Thursday, December 31, 2009

The blood, Interview dan Ummi

THE BLOOD

Hari ni saya ponteng kelas MGT. Umi dah pesan jgn ponteng kelas. Memang azam xmo ponteng pun. Tapi apa boleh buat, saya ke klinik. Nak check apa yang patut la, xkan p klinik sebab nak beli eskrem Baskin Robbin kan. kihkih.


Read more..>>



Semalam derma darah. Pagi. Petang nya lepas bangun tido, lubang tempat cucuk tu terbukak, darah membuak spt coklat yang dicurah ke ladang gandum. cepat2 cari tisu nak tahan, ni ha tisunya.



tanya roomate ada plaster ke x. Depa kata takdop. So tahan je la dengan muka beria. Acewah. Duk rehat2 sebentar, then solat Asar. Lepas amik wudhuk, buh ler tisu yang disapu minyak gamat, selotepkan pada tmpat yang kuar darah tu. Haish, ini baru sikit. Cannot imagine kan siapa2 yang accident, luka banyak. Aduhai.

Tadi ingatkan nak singgah kt PDN tu, tanya awat tangan saya ni berdarah balik. Dah sampai depan masjid dah (depa punya port kt situ), then cancel. Titibe rase tak larat. Mungkin sebab gusi yang bengkak, pastu sakit kt bawah rahang. Abi kata mungkin ada kaitan ngan bengkak gusi tu, tapi ade ke patut kawan saya kt Grapesnasyid kata itu beguk. tak patut kan. Seram dibuatnye. Ni pun doktor bagi antibiotik, ubat tahan kalau gusi sakit, ngan ape ntah lg satu. Rasa nk demam pun ada. Macam tak larat je memanjang. Sebelum ni derma darah takdop apa kesan pung. Mungkin sebab jarak jauh dengan mahallah dan kepanasan cuaca. Kifarah dosa? Hmm. Kemungkinan Besar.

Pesanan untuk diri sendiri, minum air byk2 dan jgn kena panas. Pegi kelas bwk payung. awwww. haha. Abi pesan solat hajat, mintak doa. Maka Mukhayyam Khariji yang saya nak pergi mggu ni pun mcm kena cancel. Tengok esok cmna. Kalau esok dah baek, insyaAllah. Doakan saya sahabat =)

2nd INTERVIEW for TAHFIZ CLASS

berlangsung pada hari selasa. Baru baru ni. Interviewer nye Ust Farid Samad. Ini nama bapanya samad. Hari tu nama nya Samad. Tapi yang pasti mereka bukan anak dan ayah. Eheh. Kena tebuk. Sebelum tu ustaz tanya jugak kenapa nak join. Then ustaz tanya ingat apa. Cakap je ar juzuk 1, 2, surah2 lazim. Dah tu, ambik kau kena juzuk satu, ayat 'wattaba'uu maa tatluus sya yaateenu 'alaa mulkis sulaimaan'. Baca dekat satu muka. Then habis. Panggil Hafizah. Tapi tu lah, takut juga. Bila nak tahu jawapan ni pun tak tahu ler.

KISAH DENGAN UMMI

Ummi (guna ID abg annas)

buzz
ini ummi ummi baru balas emel akak tau

hehe
meow meow
dah bace la mem
tenkiu

nnti baca tau
sihat ke

akak tgh mkn popcorn nih
hihihi

lama x tepon

alhamdulillah
hehe tu la nak save bajet
hikhik
insyaAllah le mlm ni ker
tu sape ada kt rumah tu

cepat tu
apa pasal tulis meow meow

saje je
kihkih
suke suke
abyan suka yane meow tu bila buzz

popcorn bli kt mane

pasar malam hari rabu hr tu
heheheheee
petang ni makan ape mem

sume org pun nak save
study ok ke

ok kot
kena rajin2 kan diri ler
mcm biasa
mggu ni ada assignment kena siapkan
kena hantar isnin nanti

sume ada excep kamu dgn sarah

ooo
tu ler. nak balek nih.
tp alasan sama la
save bajet
ngehehe

ari ni ummi posa smalam pun posa posa ganti la skali

ooo
hehe jgn tgk akak makan

nanti ari ahad 10 Muharram sunat posa tau
buat assignmt elok2msti dptkan mrkah bagus
kalau x tau tanya lectrr

yep
insyaAllah
baeekkk puang
hihihi

akak kt mane tu ummi ingtkn dkt blik

bilik la nih
td pg ada kelas
smpai bilik tengahari jugak
pas zoho makang
nasik
pehtu tidoooooo smpai kul 6
hehehe

rumet ok ke lamenya tido nasib baik jaga he he

heheh
tu le pasat
rumet ok
tp dia balik
ada kelas mate nk mai sini tido skali
ngan buat assignment math
sebab rumet dia balik kot

kalau dah lama rehat bleh study nnti kim slm kt dia

mem tgk habib ker
oo insyaAllah
xmasuk sgt ler mem
depa dah seniot
senior
pastu kecek kelate
sbb dua duk ganu satu duk klate

nnti pg anto sarah bleh jmpa akak dah rindu le kt akak

akak pung rindu jugakkkkk

tengok habib buat apa bkn bleh tmbh iman he he

kihkih

kalu dia kecek klate akak kecek apa

kecek KL la

bagus2 bgitulah kplbagaian satu bilik
itu baru satu bilik
blum satu dunia he he

hikhikhik
mak ngan ayah kwn akak hafizah tu pegi turki mggu nih
esok pagi tiket nye
dia balek umah p anto mama papa dia
tp bwh agency ler
agensi pelancongan

ada rezeki bleh le pg
rezeki ummi lain plak

hehe
tu le pasai
mem sini kan ada baju renang
tp harga 225
bleh order dulu
akak nk beli bleh x mem
tp memang dia x melekat kt badan ler kalu kena ayo

kt mane plak nak brenangnya

sini ada
female sport complez
complex
tp akak xpenah masuk lg
tp training nye buat kt situ x silap
tp xmahu ler masuk kelas nye, mahai kot
blajo ngan kwn2 jer

nnti kn ada ptptn ha bli le nnti

hihi
tu ler nk order dulu
bayo nye nanti
hehehe

nnti tu bila tahun depan he he
ummi dah pnt ni nak masak plak

hehe
tu la
tahun depan kot
xde dengo ape2 pung ptptn ne
hr ni makang ape mem

buat assgnmnt tu jgn cttng je hoho babai nnti jmpa lagi tau
makan angin hehe
makan nasi le makann asasi rakyat msia
bai kak hepi study

babai mem
i luv u
jaga diri baik2
jgn tgk artis holiwud je

hehe habis xtau nk tgk ape tgk je la
klik je ape2 yg ada kat dpn tu
hehe
bai

baaaaiiiiiiiiiiiiii
salaaam

luv u too



mem tu panggilan manja kami pada ummi.

noted ummi tulis yang italic.
tersentuh hatiku.
harap2 ummi xbaca post ni. segan akak.
hihi.

Semalam baca ayat pasal "wa bil walidaini ihsaanaa" terus rasa nak call rumah. Tapi call ke tak eh? Lupa pulak. Tadi ada la call tp ummi pegi mesyuarat. Cakap ngan abi je. Sayangilah kedua ibu bapa kita, tunjukkan kasih sayang sementara mereka masih ada. Alahai, sebak dada pula. Moga ada manfaat. Selamat beribadah semua. Jumpa lagi! ~

Friday, December 25, 2009

Tahfiz Class

{ menaip sambil mendengo maherzain=InsyaAllah }

Beberapa hari yang lalu saya telah diramah temu oleh seorang ustaz dari CCAC.
Nama panjang nya Co-Curricular Activities Center. Saya dan sahabat saya cik Hafizah apply untuk kelas tahfiz, bi makna, kalau kami diterima, maka study circle@halaqah kami akan diganti sama itu kelas tahfiz maa. Understood? Tenkiu. He, maaf. Otak sedang agak mereng sedikit.

tak silap saya, nama ustaz yang meng interview saya itu, samad. Titibe teringat sama
bubur somat [siapa peminat Faisal Tehrani akan mengenali]. Aha ustaz samad. UStaz muda. Dop ler mude beno. Sudah menikah tekaanku. Tapi idok le teman nanya beliau.

[bagi salam n duduk depan ustaz]

Ustaz : Ha, ni siape nama ni (sambil menengok kertas butiran yang telah kuisi)


Read more..>>



Saya : Sumaiyah.

"Hmm.. dari Darul Quran, ni program persijilan tuh ye."

"Ye, ustaz."

"Ni apa ni? consulation prize?"

"Aah. saguhati. pertandingan hafazan peringkat negeri perak tahun lepas. yang sempena
maulidur rasul tu."

"Oh budak taayah.."

"Ye ustaz." (smbil tersiput2 malu)

"Ni apa ni? 1/10 alquran? surah al-insan, yaasin, al-mulk.."

"Yang tu je kot yang saya ingat takat ni." (kantoi)

"Kamu rasa program persijilan tu cmne. 30juzuk dalam masa setahun setengah.. boleh ingat ke?"

"Hmm. secara jujurnya memang tak lah." (minta maaf JAKIM)

"Cuba kamu tanya kawan kamu yang lain, depa bleh ingt x 30 juzuk."

"Takde. yang ada pun dia ingat sebab pernah menghafaz sebelum ni."

"Haa. tu la. saya rasa program ni tak praktikal. cube la bayang. setahun setengah nak ingt 30 juzuk."

"Hehe."

"Ermm.. kenape kamu nak masuk kelas ni"

"Sebab saya rasa ni je cara saya nak jaga hafalan saya."

"Kamu tahu ke kena bwk berapa satu sem?"

"Errr.. 3 ke 5 juzuk eh?"

"Kalau kamu yang dah hafal ni, 5 juzuk la. boleh ke?"

"Insya Allah.."

"Kelas ni ada 10 session, kena pandai la bajet."

"Errr, kalau macam tu, sekali kelas kena hantar 4 maqra la eh"

"Ye. boleh ke"

"Insya Allah, saya cuba. Kalau gitu, sehari kena 1 maqra la ngulang, mcm budak diploma.."

"hmm." (sambil anggukkan kepala)

dan macam2 lagi sembang.. pasal availability of the instructor, tentang pelajar yang sudah menikah, time tengah tasmik habaq kat ustaz yang suami dah menunggu kat luar. ahaha. seriau eden dengo nye. Tapi insyaAllah saya tak menikah time2 gini seh. Kelas tahfiz ni diadakan selama 3 tahun, maksudnya 6 semester. sebab tu bila 30 juzuk dibahagi dengan 6, jawapannya LIMA. Bukan The Lima okay. So 5 juzuk untuk 1 sem.

Pastu, ustaz kasi satu muka, kasi setengah jam tuk memorize, then datang tuk tasmi' kembali. Tapi ayat common la, yang 'Bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhanmu, dan Syurga yang luasnya langit dan bumi..'

Secara jujurnya, alhamdulillah. Rasa seronok dah wujud time taaruf Week, bila depa sebut pasal kelas ni. Rasa mcm "eh, ada la inisiatif ku nak menjaga apa yang telah dihafal". Walaupun keputusan whether hafizah n I are accepted or not belum diterima lg. Berdebar2 rasanya. Kat Kuantan, not sure. Mungkin juga ada. Kalau kelas tasmi' kat PJ tu, attendance x ambik. Ini ambik kedatangannya. Sebab Credit Hour dia 0.5.

Makanya, selamat lah menjalani kehidupan dengan gembira wahai pembaca sekalian.
Selamat Beribadah. Selamat Mujahadah.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Subahanallahil aziim, subhanallahi wa bihamdih.

Till then, baarakollahu feekum!


psst : Tahniah untuk adik saya yang satu itu, 8A PMR! :D

Saturday, December 19, 2009

ustazah...

Siti Khatijah. Yang Tasmi' kami di Raudhatul Huffaz untuk sem 1 dan 2. Sedih juge xdapat mai. Moga ustazah berbahagia hingga ke Syurga. Ameen.



kredit tuk Radhiyah & Aishah :P
lain kan muka ustazah? :D

Friday, December 18, 2009

Hati Kita

selamat membaca dengan perlahan dan tenang agar maknanya lebih dikenalpasti



Sesungguhnya manusia ini menyediakan dirinya bagi ma'arifah adalah dengan hatinya dan bukannya dengan sebarang anggota badannya. Maka hatilah yang mengetahui Allah, mendekati-Nya, dan bekerja kerana-Nya. Hatilah yang menuju kepada Allah,. Dan sesungguhnya anggota badan itu adalah pengikut, pelayan dan alat yang dipergunakan oleh hati.

Hati yang diterima oleh Allah adalah apabila ia selamat sejahtera daripada selain Allah. Hati itu terdinding daripada Allah apabila ia bergantung kepada selain Allah.


Read more..>>



Hatilah yang mencari dan hatilah yang berbicara. Hatilah yang akan rasa bahagia apabila dekat kepada Allah. Hatilah yang taat setia kepada Allah. Dan ibadah-ibadah yang terhasil pada anggota badan dan segala sifat terpuji itu adalah lahir daripada hati.

Dengan gemerlap dan bersinarnya hati maka lahirlah kebaikan. Dengan gelapnya hati maka lahirlah kejahatan.Apabila manusia telah mengenali hati maka dia akan kenal dirinya, maka dia akan mengenal Tuhannya.

“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran.
Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

[Al-Ghazali]



Salam Maal Hijrah. Tahun Baru Islam 1431 Hijrah. Astaghfirullah minal khotoya..

Thursday, December 17, 2009

Under Oath..


In The name of Lord, the Creator, Master and Sustainer of the Universe, I, Siti Sumaiyah Yahya as a student of the International Islamic University Malaysia, solemnly pledge that I shall;

1. At all time, uphold the good name, philosophy, vision and mission of the International Islamic University Malaysia and obey the Laws of Malaysia, University's Rules, Regulations and Code of Ethics.

2. Uphold the Constitution of the University;

3. Perform my religious duties that are obligatory upon me, and observe the code of conduct as required by the University's Rules and Regulations, such that shall include the Dress Code and the prohibition of any form of immoral and unethical relationship with the same or the opposite genders inside and outside the campus.

4. Never assist directly or indirectly the spread of beliefs, ideas, isms and ideologies that are contrary to the Vision and Mission of the University;

5. Seek knowledge diligently;

6. Promote the spirit of brotherhood and curb ethnic polarisation, conflict, animosity, hatred and slander among students and in the University community, arising from conflicting political party allegiances, or different religious belief or any other cause of social conclict;

7. Apply the knowledge that I have acquired, and the profession that i am trained for, in accordance with the principles of truth and justice for the sake of universal welfare, peace and harmony among mankind, irrespective of race, colour, religion or country.


Alhamdulillah. Cuma number 6 tu ada yang tak disebut waktu berikrar. Aha. Moga diberkati perjalanan ini. Mohon doa sahabat2 sekalian. Thanks. Zuhairah, selamat menyambut ulang tahun ke 20. Maaf lewat sehari ye. Baca sini pun ok. Till then. Take care! ~~

Wednesday, December 16, 2009

Illuminated Part 2

Greatest Love. Searchin for it. Forever and Ever.



Ya Allah, andai kami jatuh cinta, labuhkanlah cinta kami kepada mereka yang mencintai-MU. Amiin.
Subhanallah wal hamdulillah wa Allahuakbar.

Monday, December 14, 2009

Wanita oh Wanita

• Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.[ Riwayat dari Muslim ]

• Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka mencium bau harumnya. Maka, ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.[ Riwayat dari Ahmad, Thabarani dan
Hakim ]

Dikahwini wanita itu kerana empat perkara:

• Kerana hartanya;
• Kerana keturunannya;
• Kerana kecantikannya; dan
• Kerana agamanya.
• Maka, carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.




Read more..>>




• Wanita apabila ia sholat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami. Maka, masuklah mana-mana pintu Syurga yang ia kehendaki. [ Riwayat dari Ahmad ibnu Hibban, Thabarani dan Anas bin Malik ]

• Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari Kiamat; Tiada nur baginya.
[ Riwayat dari Tarmizi ]

• Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya; Tidak diterima sholatnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf).[ Riwayat dari Hassan ]

• Wanita yang taat pada suami; Semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga sholat dan puasanya).

• Dari Muaz bin Jabal… Bersabda Rasulullah saw: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api. Maka, diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api Neraka.

• Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama; Maka, ALLAH azzawajalla memasukkannya dalam Syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana ia memuliakan suaminya di dunia. Maka, mendapat pakaian dan bau-bauan Syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.

• Wahai Fatimah… Jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya; Diberi minum ALLAH akan ia sungai di Syurga, di iringi ALLAH baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman Syurga serta mencatatkan ALLAH baginya kelepasan dari Neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-Mustaqim.

• Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "Tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun." Maka, ALLAH azzawajalla akan hapuskan amalannya selama 70 tahun… Walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.

• Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya; Maka, beristighfarlah para malaikat untuknya. ALLAH azzawajalla mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan; Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin. ALLAH azzawajalla mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH (perang Sabil); Apabila wanita melahirkan anak; Keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Apa macam? Best x jadi wanita? Itu belum kira nikmat jadi wanita Muslimah dan Mukminah. Maka nikmat Allah yang manakah kita dustakan? Selamat lah semuanya di Sayyidul Ayyam. Babai~

Thursday, December 10, 2009

Illuminated Part 1



Agenda of the Kuffar.
Happy watching!
pause if it is too fast. Me myself too cannot read as fast as that. It may look boring but please watch. And think. If not now, then when?



InsyaAllah I will put all the videos in this series. Maybe we can think through the time flew, what had we done for Islam and ourselves, for our Families all over the world, for Allah. May Allah bless us. Amiin.

Wednesday, December 9, 2009

untitled (2)

tetapi bukankah Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Terima kasih Allah kerna menghadirkan mereka dalam hidupku.
Terima kasih kakak kakak, kawan kawan yang masih sudi menerimaku.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri, jika KAU tidak mengampunkan kami dan merahmati kami, nescaya tergolonglah kami dalam golongan yang rugi =(

psst : Jalani hidup apa adanya..


Tuesday, December 8, 2009

untitled

mengalir lagi bersama segunung kekecewaan
entah apa kan jadi akhirnya
bawalah dirimu pergi
daripada mendurjanakan yang lain
selamat tinggal.

We are Just Friend!




Watch And Think =)

Sunday, December 6, 2009

Dari Kakak kepada Adik

Alaikassalaam wa salaamun alaik
Bismillah walhamdulillah wallahuakbar

Ila ukht Sumayyah,

Antara tanda matinya hati ialah kamu tidak merasa sedih (susah) apabila tertinggalnya suatu amal perbuatan kebaikan (kewajipan) dan tidak menyesal jika terjadi suatu pelanggaran dosa. (Ibnu 'Ataillah dalam al Hikam)

Panjatkan kesyukuran pada Ilahi ukhti, kerana dalam sengkangan waktu ini, dirimu masih mengingati akan dosa-dosa yang dilakukan.Itu tanda hatimu masih hidup subur mengharapkan tarbiyyah dari Yang Esa.


Read more..>>



Selaku manusia, kita memang sering tewas dalam bujukan hawa nafsu.Apatah lagi pabila sang syaitan yang tidak jemu-jemu ingin menundukkan cucu cicit Adam alaihissalaam menggoda.Lantaran itu kita kadang kala lupa akan janji dan taubat yg kita ucapkan.

Ukhti,

Namun ingatlah, Allah tidak menghukum hambanya atas perbuatan yg tidak disengajakan lantaran lupa dan kelalaian kita. Hatta sekalipun kita melakukannya dlm sedar, ampunan Allah itu melangit luasnya.Rahmat-Nya yg tidak terhingga mengatasi segala dosa hambanya.

Antara golongan yang dibenci syaitan adalah golongan yg telah dipujuk melakukan dosa, kemudian bertaubat dengan segera. Mmg, iman akhir zaman ini ada turun naiknya.

Ukhti,

Janganlah pernah berputus asa dengan rahmat Allah. Perbanyakkan zikir dan doa agar terhindar dari segala yg tidak diingini. Kuatkanlah semangatmu agar tidak mudah hanyut dalam segala tipu daya iblis laknatullah.

“Hidup dan matimu jadikanlah ianya untuk Islam.Biarlah diri umpama sampan ditengah lautan,walau dihempas badai gelora, sekurang-kurangnya ia masih mempunyai haluan”

Moga mujahadahmu nanti dipengakhiran nya dibalas dengan syurga idaman.Ameen

Salam Sayang,

-Wardatul Syauki-
28 Ogos 2006
2:01 AM



Wednesday, December 2, 2009

Selamat Berjuang =)

Sent by a friend few years ago. Dedicated to everyone who loves me.
Untuk sahabat baru, sahabat lama, Sobat Grapesnasyid : Rina, Emonissa, Miss harry, mikan, woshi, kak tera, kak Moja, Khalisyah, Hafiy_Humaira, servant, nasrah_natasya, redha, [ala ramai meno ni. hihi] Terima kasih untuk semuanya. Juga untuk semua user, maafkan ku jika ada kekasaran dlm gurauan, tiadalah niatku melainkan untuk menceriakan hati kamu semua seadanya. sobsob. sedih la plop. jaga diri sume.

Dari : comot, sum, Puan Tanah, Seposen


Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan tiada berkesudahan
Detik masa berlalu tiada berhenti
Oh syahdunya..

Sejenak ku terkenang
hakikat perjuangan
Penuh onak + cabaran
Bersama teman-teman harungi kehidupan
Oh indahnya....

Berat rasanya di dalam jiwa
Untuk melangkah meninggalkan semua
kasih + cinta yang terbina
Ia kan selamanya .. Ooo ..

Selamat Berjuang SAHABATku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam PERJUANGAN
perlu ketabahan + kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan IMAN..



Wahai sahabat seperjuanganku....
Ketahuilah !!!
Bicara diri hatiku ini, diri yang penuh hina...
"andai perjuangan ini mudah, tentu ramai yang turut serta. Namun, jalan yang penuh ranjau ini adalah pilihan kita. Kita beruntung kerana tergolong di kalangan yang sanggup hadapi cabaran + dugaan. Mohonlah kepada Allah agar Allah menetapkan hati hati kita di atas jalan kebenaran ini dengan penuh ketabahan. Tiada pengorbanan yang mulia melainkan terkorban untuk jalanNYA..."


tulusetiabadikhlaselamenyer,
Mardhiah Hayati Zolkeplai
>> insanrindukasihilahi <<>
IMTIYAZ 08, SAMTTAJ Shah Alam
18-20 April 2008

-------------------------------------------------

Selamat Tinggal Pusat Asasi UIAM, PJ. :(




offer letter :>


yang dicinta

level 5, english presentation


level 6. kenapa ye dua dua tajuk macam selalu kaitan dengan love? hihi

mahallah khadijah. Luv.




Welcome to IIUM Gombak Campus!





Mohon doa dari sahabat untuk saya dan teman di sini. Moga terus kuat berjuang menimba Ilmu di bumi Allah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...