Monday, November 30, 2009

We are using by the Facebook?

This post may be related to this. Anyway, each of us can think using the 'aqal Allah gave us. Happy Watching!

Sunday, November 29, 2009

'Eid Adha's memories



laksa johor


lomang lomang


budak2 PMR :>


ape snap snap ha? sape nak, kena bayar!

makan durian di bukit gantang

sedap bai

kampung sebelah umi


wanita wanita solehah, amiin.

meriah meriah

abg ammar xde. Selamat Hari Raya!


Thursday, November 26, 2009

'Eid Adha






Merenung ketaatan Ibrahim dalam melaksanakan perintah Ar-Rahmaan. Melihat keteguhan iman Ismail yang akur dan redha. Digali pula ketabahan Siti Hajar ketika mencari air untuk anaknya Ismail. Belum dilihat kecekalan dia ketika ditinggalkan suami di lembah yang kontang.

Sungguh, percaturan Allah itu ada hikmahnya bagi mereka yang mahu memikirkan. Allah tidak akan mempersia-siakan mujahadah hambaNYA. Biarlah dipandang hina asalkan tidak menderhaka pada Pencipta.

Jika bukan kali ini untukmu, mungkin nanti tiba masanya. Jika bukan di dunia, insyaAllah di Akhirat pasti ada. Mujahadahmu pasti ada ganjarannya. Allah menghitung setiap rintihanmu dalam perjalanan menujuNYA.

Teruskan mengkoreksi dan memperbaiki diri.
Moga Berjaya mendapat apa yang didamba.

Kembalilah diri kepada fitrah diri, hamba kepada Allahu Robbi. Moga bertemu di Jannah dinanti.





Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Tiada TUHAN Melainkan Allah
Allah Maha Besar

Allah Maha Besar
Dan segala PUJI hanya untuk Allah

[petikan takbir, sayu sekali mengalunkannya]




This is a piece of paper.
A symbol of our life.
How we colour it.
WE decide it.

Selamat hari Raya Aidil Adha =)
Kullu 'aam wa antum bi khoir.
Minta maaf untuk semuanya.

Tak dilupai kepada saudara2 di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak yang dilanda banjir. Moga tabah tabah hati selalu..

Wednesday, November 18, 2009

Muslimah dan Benang

Umum dapat melihat bagaimana manusia zaman ini, ibu ibu bapa bapa khususnya anak anak remaja sebaya saya yang ketandusan benang, kapas dan kain dalam berpakaian. Entah mengapa, ia sudah menjadi satu trend, yang semakin kecil itulah yang semakin mahal dan mendapat tempat di hati masyarakat. Salah siapakah?

Tercetusnya idea untuk menulis topic ini mungkin selepas di belanja oleh ummi ku sayang, sebuah [sepasang pun bolehhh] jubah seluar sempena meraikan kegembiraan kerna diterima ke UIAM kampus Gombak [walaupun offer letter tak dapat lagi ketika post ini ditulis. hikhik].
Ini lah harga jubah itu ye.. Trang tang tanggg..


kalu xnampak nombor 1 sila amik kanta pembesar kt makmal ye


Kalau pegi pasar malam uia pj yang berlangsung selasa petang, satu t shirt lengan pendek boleh dapat serendah RM5 je beb. Kadang kadang saya mengalami kecelaruan fikiran seketika, apekah yang menyebabkan benda yang kecik itu la mahal yang amat. Kalau diamond tak payah story lah kan, ia memang berharga sebab susah diperoleh. Eh tersasul pasal diamond sebab ummi suke sembang pasal benda tu. Hoho.



Read more..>>



Bila terfikir lagi, betapa besarnya peranan tukang tukang jahit di Malaysia yang mengambil tempahan daripada manusia manusia di Malaysia la, takkan Somalia pulak kan. Kalau lah tukang jahit tu menjahit baju yang menutup aurat, ikut syarat sungguh besar sekali pahalanya kan. Membantu manusia melaksanakan tuntutan syariat. Kebaikan bersama sepanjang si pemakai memakai apa yang dipakai. Haha. Dan begitu jugak pada enchek dan mak enchek yang menjahit baju yang kecik kecik, yang ketat ketat, yang entah apa apa lg, adekah keburukan itu bersama si penjahit sepanjang si pemakai memakai apa yang dipakai? Hmm..



Memang kos hidup yang akan dibangkitkan, alasan sebab nak sara diri, mahu kehidupan lebih selesa dan sebagainya menjadi asbab untuk main taram saja ape ape baju yang hendak dijahit. Saya cuma terfikir, tidak rasa bersalah kah kita menyumbang sesuatu yang tidak baik kepada ummah sendiri. Dahle seram sejuk tengok fenomena bermacam ragam tentang manusia la ni, mungkin kah pakaian menjadi punca?

Bukannya tiada manusia yang mahukan pakaian yang menutup aurat. Ramai. Kalau tidak, takkan lah wujud butik Sri Munawwarah, Hajaba, dan tukang tukang jahit yang menasihat tatkala mana si klien nya nak gini gini, gitu gitu yang tak berapa nak molek di mata syariat. Saya dan Ummi adalah antara yang mahu pakaian begini. Walaupun harga yang mahal sering menjadikan kami kensel nak beli. Sobsobsob.

Biarlah hidup ini mudah asalkan berkat nya ada. Bukan tidak boleh hendak bermewah, namun bimbang ia akan menjerumuskan kita ke kancah kufur nikmat seperti yang terjadi pada Qarun. Teringat saya pada ceramah yang saya dengar di IKIM, Engineer Ahmad Jais kot tak silap, kata nya “Kalau kita tak mampu bersyukur dengan harta yang sedikit, jangan harap nak bersyukur dengan harta yang banyak.”

Kalau lihat baju baju siap zaman sekarang, ya ampun, jenuh nak pikir nk beli ke taknak. Terang sangat ke warna baju ni? Jarang ke? Kang lalu kt cahaya tembus nampak semua, apatah lagi dua tiang yang mengukuhkan kedudukan pabila berdiri. Jujurnya, malu saya tengok bila melihatkan fenomena2 sedemikian. Muslimah terutamanya, kalau dah Cina, Hindu buat apa saya nak sibuk sibuk sebab mereka bukan Islam. Mungkinkah agama Islam kita ini hanya setakat atas IC atau tudung sekadar nak cover rambut yang tak berapa nak cun atau pakai tudung cuma sebab taknak orang sekeliling pandang serong atau pakai kain dalam dan stokin time event islamik saja, sebab ada ustaz ustazah. Eh banyak la pulak. Itu semua sekadar contoh. Banyak lagi jika kita mahu memerhati dan memikir.

Adakah salah ibu bapa? Selalu saya terfikir, ala banyak la pulak fikirnya. Maaf. Tapi nak tulis jugak. Kenapa ye ibu bapa biar je anak anak depa pakai baju baju macam tu. Tak rasa malu ke. Kalau nak tayang body, saya pn ada body. Ingat dia sorang je ke ade ? Kehkeh, ala tu ayat ummi la. Mungkin juga ketandusan ilmu. Tapi setahu saya time skolah rendah, skolah menengah, skolah agama rakyat sume da dpt ilmu basic macam tu. Camane ek ? Mungkin mak ayah dia suka anak dia macam tu kot. Bangga sekali anaknya jadi tontonan ramai.

Ingat muslimah, dirimu permata berharga. Jangan biarkan harga dirimu dipijak pijak sedemikian rupa. Islam memuliakan wanita. Jadilah muslimah yang kuat. Minta kekuatan dari Allah Al-Qawiyy untuk membantu kita mujahadah melawan hawa nafsu di kala zaman yang serba mencabar ini. Allah akan membantu, insyaAllah.




Maka kembalilah kepada Allah, serta peninggalan Rasulullah, al-Quran dan al-Hadith. Jangan segan bertanya bila kita tak tahu, tapi malu lah kita bila kita tahu tapi buat buat tak tahu. Perbetulkan diri kita di hadapan Allah, maka automatic kita akan jadi ok di pandangan manusia. Persiapkan diri sebaiknya untuk generasi kamil akan datang. Kita tentu mahu anak anak kita jadi lebih baik daripada kita kan kan kan? insyaAllah.

Maaf lah kalau ada sesiapa terasa. Ingatkan nak tulis sikit je, tapi taktahu cmne dia terpanjang. Nasib baik tak menang anugerah entry terpanjang di dunia ke kan. Hikhikhik.

Semoga Allah mengampunkan dosa dosa kita yang lalu. Barakallahu fikum.
Allah sayang kita. Ingat tu sentiasa. Babai ~



Saturday, November 14, 2009

Offer Letter

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Semalam offer letter tuk ke Gombak sudah mengeluarkan dirinya di dalam website. Tahniah kepada semua kawan kawan yang akan melangkah sambil berlari ke Gombak. Untuk yang tak berjaya, Allah knows best for you. Saya pasti akan rindu rindu rinduuu pada sahabat2 semuaaa terutama sahabat2 sejak sekolah rendah, Taayah, dan semestinya sahabat2 Darul Quran. Mungkin lepas ni kita akan jarang berjumpa, kudoakan moga Allah merahmati kalian semua.. Amiin Ya Allah..



klik gmbar tuk gandaan tumbesaran


psstt : i wont never forget banat generate!

Wednesday, November 11, 2009

maafkan SAYA ..

untuk servant a.k.a. kak ain,


Sungguh tidak mudah untuk kita tidak meletakkan harapan pada manusia, kerana kita juga manusia lemah. Usah letakkan harapan pada mereka kerna pabila tiba masa harapan itu tidak dapat dia penuhi, kau yang kecewa sendiri. Mungkin mudah untuk membina ukhuwah namun terpulang kepada kondisi hati untuk mengekalkan apa yang terbina itu.

Bukankah pernah kau ingatkan padaku, hidup itu tidak lain hanyalah senda gurau, maka di SANA lah yg Abadi. Kita mahu bertemu Wildan, kau tanamkan itu kukuh dalam diriku.
Namun kini lain jadinya. Tidak dapat tidak, aku katakan ini semua berpunca dari diriku.

Aku yang tidak sempurna, hati rosak di sana sini.
Lantas engkau yang menjadi mangsa.
Tidak lah ku berniat sedemikian.
Melainkan kerana;

aku rasa bersalah kerana tidak mampu membalas kasih sayangmu.
tidak aku tahu kenapa, mungkin kerana aku manusia biasa, yang comot dengan dosa.
kasih sayang yang menjadi fitrah, salah ku kerana tidak mampu memupuk ia sebaiknya untuk dibalas kepadamu.
mungkin aku terlalu sensitif hinggakan perkara kecil jua hendak diperbesarkan.
aku akui itu kelemahanku yang utama dalam menjalin hubungan sesama insan.
namun kebanyakan perkara tidak kusimpan lama, sudah kumaafkan namun aku sering kematian kata kata pabila berhadapan denganmu.
lalu menjadikan aku kelihatan tidak mesra denganmu sepertimana mesra ku pada mereka yang lain.
memang itu salahku..

maafkan ku.. maafkan ku.. maafkan ku..


aku pasti kasih sayangmu itu ada ganjarannya di sisi-Nya.
letakkan lah harapan itu pada DIA yang sentiasa Mendengar, bukan sepertiku yang selalu mengabaikanmu.
hidup perlu diteruskan, kerna nanti kau jua akan miliki hidup sendiri bersama yang lain.
yang bisa menyayangi engkau jauh lebih baik dan tulus dariku.
doaku mengiringi ..



bukan ku menjauhi tetapi amat sukar sekali
bila kenang sekali
aku disisih dan dibuang ke tepi
malah aku tidak dipeduli
Allah Maha Mengetahui yang ada di hati
biar DIA menentukannya

[Redha, InTeam]




Allahua'lam



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...