Wednesday, September 30, 2009

rasa kini

rindu
pada yang tak pasti
yang tak kekal
tak selamanya ada


Read more..>>



kabur
pada yang tak menyuluh
yang tak mendorong
tak membantu

cinta
pada yang tak mati
yang tak hilang
kan selamanya di sisi

hidayah
menanti
mencari
usaha lagi
memperolehi
menghayati
menghargai

dedikasi
untuk yang jauh
yang dekat
tak bersua
takdir penentu segala

sumaiyah al-haqiirah
uia pj
10 Syawal 1430


Friday, September 25, 2009

'Eid Fitr


Ada ketikanya
Mata silap memandang
Telinga salah mendengar
Lidah terlanjur berkata
Fikiran khilaf menafsir
Hati silap menduga
Maaf atas segalanya.


Salam Aidilfitri pada semua.

Yang kukenali, yang mengenali diri ini.
Terlalu banyak kalau hendak di listkan.

Seperkara, terima kasih atas kejujuran dan keikhlasan kamu dalam berukhuwwah.
Maafkan ku atas segalanya.
Saya tak sempurna, minta tegur di mana salah silap.

Dan saya masih dalam proses membaiki diri :)
Moga syawal kali ini mengembalikan kita kepada fitrah kita sebagai manusia, sebagai hamba.

Kepada semua pelajar CFS IIUM, selamat menduduki peperiksaan.
Moga kejayaan milik bersama.



Salam Syawal 1430 dari kami :D

Tuesday, September 15, 2009

Pelajar UIA syahid di Palestin

Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.

Ubaida yang sepanjang belajar di UIA sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”

Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang paling aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.

Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini di kalangan pelajar UIAM. Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepad Masjidil Aqsa.

Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.

Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya.

Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.

Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.

Ameen Ya Allah.
PETIK dari sini

biodatanya di sini
picture of his relative was here

Monday, September 14, 2009

6 hari lagi



Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

enam hari lagi bulan rahmat melabuhkan tirai. entah apa natijah ramadhan kali ini. Allah, ampunkanlah dosaku! Tiada lah yang mengampunkan selain ENGKAU. Tiadalah yang menolong aku selain engkau. Kuatkan lah pergantungan diri kami kepada-Mu. Ameen.


أللهمّ انّا نسألك رضاك و الجنّة .. أمين

Saturday, September 12, 2009

Lailatul Qadar, Cinta dan Reda

Kepulangan ke kampung kali ini bersama harapan untuk berubah.

Kali ini dia pulang menaiki bas. Sepanjang perjalanan, dia mengisi masa dengan membaca buku Motivasi tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin.

'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul'


"Buat adik-adik remaja yang baru hendak mengenali cinta, ketahuilah bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, dengarilah pesananku, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki."


Kisah dalam buku itu adalah mengenai bingkisan Qani'ah untuk suaminya Dr. Muslih.
Sepanjang membaca, dia terpegun, melihat bagaimana Allah menepati janjiNya, wanita yang baik untuk lelaki yang baik. (AnNur:26)

Bagaimana Qani'ah memburu cinta Allah, sebelum yang lain.
Bagaimana ikatan antara mereka termeterai dan terikat dengan cara yang diredai.
Bagaimana Dr. Muslih yang datang meminang hanya kerana yakinkan agama Qani'ah.
Bagaimana cara Qani'ah disunting melalui ibu bapanya, tertib yang hanya beberapa hari sebelum pertunangan.
Bagaimana terjaganya ikatan pertunangan mereka tanpa sebarang maksiat.
Bagaimana Qani'ah menjaga diri dari maksiat sebelum dirinya dimiliki suaminya.
Jua bagaimana cara Dr. Muslih membawa watak seorang suami soleh yang sangat baik.
Duduk bersama membuat Halaqah keluarga, dating dengan si dia yang sudah halal buatmu, bergurau senda dengan yang sepatutnya, indah bukan?

Dia terpana.
Subhanallah.

Dia mahu menjadi seperti Qani'ah.
Dia mahu reda Allah.
Cinta hanya untuk suami, takkan dikongsi, apatah lagi dengan mereka yang bukan hak, mereka yang haram.
Dia mahu pasangan yang baik, soleh. Agar generasinya akan meneruskan perjuangan da'wah di muka bumi ini.

Apakah sudah terlambat untuk berubah?
Belum. Pintu taubat-Nya masih terbuka selagi hayat dikandung badan.
Semoa Allah membantunya, doanya selalu.

==============================================================

Aku hairan melihat pasangan yang asyik bertelagah ketika bercinta tapi akhirnta tekad untuk berumahtangga.......... Bila bermuhasabah, rupa-rupanya jalan yang mereka lalui untuk tiba ke gerbang perkahwinan bercampur aduk antara yang halal dan yang haram. Kurang sensitif dengan perkara-perkara yang boleh melalaikan hati daripada hubungan dengan Allah SWT. Tidak bahagia di dunia, di Akhirat lebih sengsara.

Aku menasihatkan mereka supaya menaiktarafkan perkahwinan itu dengan taubat. Jangan sekali-kali menyesali jodohmu tapi sesalilah dosa-dosamu. Ingat, usah sekali-kali mengambil langkah mudah untuk bercerai. Apa pun yang terjadi, berusahalah yang terbaik untuk mempertahankan ikatan suci itu.

Oleh itu, bagi yang belum berkahwin, usahlah cemari rumah tanggamu nanti dengan maksiat. Sebelum berkahwin, jodohmu untukmu adalah pilihan. Pilihan tentang sesusuk peribadi dan akhlak yang akan mendampingimu. Nama si dia telah pun tercatat di Lauh Mahfuz untukmu namun peribadinya ditentukan oleh peribadimu. Allah akan menjadikannya kufu pada kebiasaannya. Namun, tidak semua. Jika kau mengimpikan peribadinya soleh, maka soleh dan solehahkanlah dirimu.

==============================================================

Jika kau belum berkahwin, kejarlah cinta Allah SWT sebelum kau mengejar cinta lelaki.
Tanpa reda Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia.
Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu.

Kerana asyik bercinta, mungkin juga jodohmu jadi lambat kerana kebanyakan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yang mudah menyerah. Habis madu sepah dibuang. Jika ingin mencari isteri pula, biasanya mereka akan mencari gadis yang terpelihara dan terjaga.

===========================================================
Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.
===========================================================

BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN


+ Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.

+ Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya.

+ Hati akan terseksa dengan barah rindu.

+ Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.

+ Cinta lalai akan menyebabkan alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan Akhirat.

+ Aku boleh menjadi tidak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.

+ Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh jiwa, akal dan perasaan.

+ Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.

+ Jika aku dan dia berjaya ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

Nauzubillah !!

=================================

TIPS MENEPIS CINTA REMAJA

# Tegas dengan prinsip diri
# Meletakkan misi yang jelas dalam hidup
# Bersahabat dengan rakan sejantina yang soleh
# Mengekang hawa nafsu
# Mendekati majlis ilmu
# Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah
# Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan

====================================

Dia muhasabah diri kembali, apakah yang telah diperoleh sepanjang 2o hari Ramadhan yang lalu.
Meningkatkah taqwanya pada pencipta? Bertambahkah amalan sunat?
Dia gerun mengenangkan ajal yang menjemput sedangkan dirinya masih belum bersedia.
Teringat senior yang telah pergi, mereka tidak mengetahui adakah Ramadhan itu Ramadhan terakhir mereka. Dia nak pulun. Pulun sementara ada masa. Sementara bersisa.
Masa akan datang dia tak tahu. Hidupkah? Matikah? Sakitkah?
OH!

Dalam tangisan, dia memohon ampun pada Pencipta atas segala khilafnya.
Moga dia dikuatkan hati untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ameen.

=============================================

أللهمّ انّا نسألك رضاك و الجنّة .. أمين

Tuesday, September 8, 2009

life is nothing without blog #2

okay, ini lanjutan daripada post sebelumnya.
aku ada tulis yang aku ada hantar emel pada manusia manusia yang tertentu. And guess what? ada yang membalas. ni dia tulis :->

Assalamualaikum

I think you are asking the wrong person. I myself don't know about this
matter. You should ask the IT Division about this. I will forward your
email to Bukit Aman so that they will make the query. Thank you. Wassalam.


Bukit Aman? wow. seram gak. Entah, yang manusia lain tak reply lagi, mungkin ketandusan idea. Hoho

Jumaat ni balik rumah, revision period di rumah. Raya ke 5 sudah mahu exam final. Sudah bersedia? Selamat berjaya kepada semuaa !! :)

Monday, September 7, 2009

life is nothing without blog

Tajuknya cukup menggambarkan bagaimana obsesnya sesetengah blogger tentang blog masing2. Mahu update setiap hari, setiap 12 jam, setiap 2 hari sekali dan sebagainya. Eheh.

Apapun post ini ditulis untuk meluahkan rasa yang terpendam di jiwa.
Mengapa?

Blogspot sudah tersenarai dalam websites yang di halang aksesnya oleh cfs iium selain Facebook dan Myspace (apesal aku bukak fb ngan ms ni ok je ek? bile mase kome block?). Makna kata, sudah di block. Perkara ini telah disedari oleh ku pada hari Khamis lepas Zuhur, sebab pagi tu i bukak dapat je tau. Sabo je la. Kalau Fb dan Ms aku boleh la terima sebab tu sume lebih banyak buruk dari baiknya bagi aku. Ni BLOGSPOT. Salah siapa? Adakah salah ibu mengandung? Huh

Alih2 da jadi cmni

Image Hosted by ImageShack.us

Aku tak tahu kenapa ada minah tu di situ bila aku click URL address blog aku. Dia dapat gaji ke? haish. Senget betui.

Apa kah motif uia block blogspot? Anyone could answer me?
Takkan gentar dengan suara mahasiswa kot?
Takut dengan bayang bayang sendiri kah?

Aku agak hangin dengan pentadbiran sekarang. Seb baik skarang bulan Ramadhan kareem, kalau tak mungkin aku dah bom bangunan tu. hihi. Ok, kidding. Itu adalah cara2 untuk menggambarkan bahawa aku sedang bengang dengan mereka.

Aku dah send emel pada manusia manusia tertentu untuk mengetahui punca uia block itu blogspot. Korang rasa mereka nak layan ke? Wait n see. Inilah dia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Hohoho (evil laugh)

Jadinya maafkan aku sebab tak mampu nak blogwalk buat masa ini. Sesiapa ada cara untuk view blogspot, harap emel aku di xserata@yahoo.com dengan kadar segera. Ngeh. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini, cuma aku sedang mencari hikmah itu. XOXOXOXO

Jumpa lagi!

Thursday, September 3, 2009

أوجيان ايت تربيّه دري الله


Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,

Yang mencipta segalanya,
Yang menimpakan uijan,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuat keinginanmu terhalang,
Serta menyusahkan hidupmu,
Pasti akan damailah hatimu
Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia,
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,
Retaknya hatimu,
Tapi mungkin itulah
Yang Allah mahukan
Kerana Allah tahu
Hati yang sebeginilah
Lebih mudah lunak
Dan mudah dekat
Serta akrab denganNya...


Tapi aku khuatir ketika menghadapMu
Tidak pula pandai beradab denganMu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan, bukan rahmat dariMu yang kudapat

Tapi ku kan dapat kemarahanMu
Ya Robbal 'Alameen, maafkan lah aku..


Pergiku membawa hati yang lara,
Andai tidak berjumpa,
Redailah pemergianku seadanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...