Sunday, August 30, 2009

Andai Kau Di Sisi


Kerdipan bintang di langit memancarkan cahaya
menerpa kehidupan yang bersungguh mengejar cita
pernahku mendaki gunung tinggi agar disanjungi
meredah lautan yang luas untuk dipuja dan dipuji

namun bila hilang semua di manakah saudara
yang tinggal hanya lah helaian yg tiada pernah kubuka

Walau sejauh mana ku berlari
Tak mungkin sembunyi
Apa yang di genggaman
Untuk ku tempuhi dan diuji
Sejauh manakah keteguhan imanku

kabur nya pandangan ku pada esok yang menunggu
namun pasti seandainya kau di sisi
hati ku tak tersendiri..

(Brothers) kumpulan brothers daa, bukan untuk brothers

To All My Friends, thank you :)

TRIP TO MSC

EDUCATIONAL TRIP TO MSC, CyBerJaya

10th September 2009
8 am - 2 pm RM3 per person
First Pay First Serve! ~

(LiMiTeD)



For enquiries and booking, please contact :->


Helmi [UKC1 332] 013-2026586

Haziq [UKC2 214] 017-3354172

Nabilah [ZC 103 A] 012-3671714

Sumaiyah [KC 636] 013-2001056


Proudly brought to you by INTECH_SS, CFS IIUM

Tuesday, August 25, 2009

Akulah Bidadarimu



untuk belahan jiwa :

aku ingin temani resahmu
aku ingin tenangkan jiwamu
akulah pendampingmu
setiaku hanya padamu


=====================================
... Sumai.. ceria slalu eh.. Wildan menantimu di sana..
sms from : kak servant sayang :)

*Wildan= bidadara syurga
terima kasih kakak

Monday, August 24, 2009

cerita Ramadhan sumai

Semua orang letak pasal Ramadhan mereka.
Aku pun nak juge. hihi.
Ini Ramadhan kedua di Pusat Asasi UIAM. Semester 1 dulu, agak excited jugak lah sebab kali pertama berpuasa sebagai siswi. ceh, ayat tak boleh bla.

Sahur sem satu dulu, beli makanan kat kafe bawah ni. Biasa nasi goreng, nasi lauk pun adaa. selalu gak minum air masak je. faham faham saja lah kan.

Ramadhan kali ini, sangat syahdu kurasa ketika 30 Syaaban. Entah kenapa. Macam ini yang terakhir pulak. Sob3


Sunday, August 23, 2009

Dare ?

"Apabila masuknya malam pertama daripada bulan Ramadhan para syaitan dan pengganas jin akan dirantai, pintu-pintu neraka akan ditutup, tiada satupun akan dibuka, pintu-pintu syurga dibuka, tiada satupun akan ditutup. Akan ada seseorang yang akan melaungkan, 'Wahai orang yang inginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang inginkan kekejian, berhentilah. Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan daripada neraka pada setiap malam."

(HR Tirmizi, Kitab as-Saum, Bab Ma Ja' Fi Fadl Shahr Ramadhan, No. 618. Dihukum sahih)

tajuk 'dare?' sekadar motif. hihik :)

Wednesday, August 19, 2009

Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan

"Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.


Read more..>>



Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu salatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Belakangmu berat kerana beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjangkan sujudmu.

Ketahuilah, Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang salat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.

Wahai manusia, barangsiapa di antaramu memberi berbuka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

(Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan khutbahnya, "Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.")

Wahai manusia, siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, ia akan berhasil melalui Sirathal Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa melakukan salat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan salat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 salat fardu di bulan lain.

Barangsiapa memperbanyak salawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tidak lagi pernah menguasaimu."

(Aku –Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadith ini – berdiri dan berkata, "Ya Rasulullah, apa amal yang paling utama di bulan ini?" Jawab Nabi, "Ya Abal Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".)

[Ya Allah, redhailah kehidupan kami.. Ameen]

Saturday, August 15, 2009

Appreciation Night 09/10

[UPDATED]



Alhamdulillah. Regarding the Appreciation Night for Taaruf Week Committee last night, there's not really much thing to say because im tooooo HAPPY! (:

This is one of the most precious picture, and i love it, and of coz i love the members too! hihi.

REGISTRATION MEMBERS, ukhuwwah endless! :->

For those know-nothing and blur person bout this, u may read HERE and HERE.



For more pics click here!



Story telling started here - sent to my room +_+

even it was only an ordinary paper but i still feel appreciated. ahaha

it was us? pakat lepaih rindu dendam ler ni. alahaii

ehem3. sume pakat posing gapo dio tah..

they are.. widad, syaraf, tikah summer and miirah :)

from nilai : syahirah, atiq, syikin, shazana (:

nilai too : fath n miza.
noted : the 2 more faces at the back. ahaha :P they are not from regist members! keh3

programmne manager : bro mahfudz

madam humaiyah as the VIP

perghh siyes khusyu' xsompek nak toleh-toleh

haa ni sempat la sikit :P

yang ala ala excited tu la head @ lady boss of registration : amiirah (:

the certificates..

ini le gaya kalau dah excited nak bergambar. lalala~

haa tayang tayang sume.. name korang betui ke tuh? ahaha

the brothers.. leaded by hafiz, most left at the front :)

aik? ni pun kena capture ke? kena laa miirah. hihihi -_-

nyum, delicious, speechless ekeke :P

tangga pun jadi. alahaii~


yaaa.. who are we? registration!!


erk, orang excited apa boleh buat. sha la la~


the gift. bukan senang nk dapat tau..


not mine~ ahaks :P


to all regist members, may Allah bless all of you. Walaupun mengenali kalian hanya sementara, ku harap ukhuwwah islamiyyah ini kan kekal hingga ke syurga. Thanks for everything. Ingatla kenangan kita dulu2, beg taaruf, surau Fatimah Zahra, kene marah ngan madam humaiyah, kena puji ngan dean, kena kejar2 ke sana sini, kena usher parents and students, kena tido lambat bangun awal, kena tolong finance arrange borang KPTM, kak fuzah, bro zabidi, erk banyak le pulak.

ape2 hal, korang memang best! lurve from me..~ :)

Tuesday, August 11, 2009

GPDP : Teguran Terbuka Buat Yang Dikasihi Kerana Allah

GPDP : Teguran Terbuka Buat Yang Dikasihi Kerana Allah

Satu perkara yang cukup memberi impak yang besar bagi semua mahasiswa di cfs iium adalah program berwajib yang mesti dihadiri dan mempunyai peranan sebanyak 10 peratus untuk subjek wajib kami di cfs iium iaitu FIM.Dan perihal perkara ini dan peri penting program ini berserta perkara yang bersangkutan dengannya perlulah diambil cagna yang tinggi.


Tajuk Post ini adalah “ GPDP : Teguran terbuka buat yang dikasihi kerana Allah “adalah hasil perbincangan saya dan rakan-rakan sepanjang berada di cfs ium selama lebih kurang setahun kami berada di sini.Juga adalah survey terhadap students 1st year yang baru usai GPDP mereka minggu lalu. ..

Mudahan beroleh manfaat bersama.

GPDP(Global Player Development Programme)

Pertama sekali saya sangat memuji pembahagian markah untuk subjek FIM yang dilakukan dengan mengadakan 2 program yang dianggap bagus dari segi TEORInya.Satu melalui program Study Circle yang bolehlah dianggap sebagai ‘ usrah wajib.Satu lagi program yang menyumbang 10 markah bagi subjek ini adalah GPDP(Global Player Development Programme) yang diurusselia oleh LTD(Leadership Training Deparment).


LTD Objectives

1. To make students understand the vision and mission of International Islamic University Malaysia in the light of the new challenges.

2. To develop Islamic personality and leadership qualities among students.

3. To make students realize their roles in the future.

4. To fomster closer Islamic brotherhood among students.

SYABAS.Melalui 2 program ini mahasiswa tidak terbelenggu dengan budaya peperiksaan yang amat menyakitkan seperti subjek yang lain.Sekurangnya markah yang diperolehi dari 2 program ini sebanyak 20 peratus menjadi pencetus kepada pengurangan budaya “ exam oriented “ pun begitu selaku seorang mahasiswa yang telah memasuki sebuah universiti yang dianggap berPRESTIJ di Malaysia,izinkan saya menegur beberapa perkara di peringkat pelaksanaan yang barangkali memberi implikasi yang besar kepada penghasilan modal insan di peringkat kampus cfs seterusnnya dalm proses “ penyumbangan mahasiswa yang berintegriti dan berkualitas ketika di kampus utama “


TEGURAN BUAT YANG DIKASIHI


Antara perkara-perkara yang perlu diberi penekanan adalh perihal universiti sebagai salah satu badan bebas yang tiada kaitan dengan mana-mana badan politik.Hal ini ada disebutkan oleh Dr.Siddiq Fadzil dalam pembentangan kertas kerja bertajuk “Krisis Pendidikan Malaysia : Cabaran Membina Generasi Berjiwa Merdeka “.Beliau menyebut bahawa ipt kini menjadi korban politisasi.Mahasiswa seakan2 dipaksa memilih antara “ Yang Majoriti Memerintah “atau “ Yang Minoriti Memerintah”.Walhal ini bermaksud mahasiswa tiada pendirian yang tersendiri.

Berbalik kepada GPDP,wujud budaya penDOKTRINAN yang sengaja ditimbulkan yang memihak kapada pihak yang tertentu.Ini secara tidak langsung bias melahirkan mahasiswa bukan dengan personalitinya yang tersendiri tetapi personaliti yang diTENTUKAN.Maka budaya politisasi dikalangan mahasiswa cfs uia terwujud dengan sendirinnya.Dan hal ini saangat menyedihkan kerana mematikan idealisma mahasiswa itu sendiri..

Perkara yang lain juga adalah berkaitan dengan ‘baiah’ yang telah dilafazkan oleh mahasiswa cfs ini

ketika minggu orientasi(Taaruf Week Proramme).Teringat lagi dengan penuh khusyu’ dan khudu’,mahasiswa ini semua melafazkan ikrar setia mereka yang mengandungi

1.Uphold the good name,of the Centre For Foundation Studies of the International Islamic University Malaysia;

2.Obey all the rules and regulations of the Centre for Foundation studies;

3.Perform the five daily prayers and conduct myself in accordance to the teaching of islam;

*4.observe Islamic religious prohibitions regarding immoral behavior and improper relations between males and females;

5.Strive to the best of my ability to achive the highest level of academic excellence while studying in the Centre for Foundation Studies;

6.Promote the spirit of Islamic brotherhood and cooperation among all students;

7.Abide by all the Laws of Malaysia.

Pun begitu,melalui maklumat yang diperolehi dari peserta gpdp,perihal ini tidak diberi perhatian yang baik(*Lihat perkara 4)


’Modul balut badan dengan tisu “ brothers balut sister “ menambahkan kekeruhan baiah yang dilafazkan.Duduk bersebelahan yang sengaja disusun tambah menyedihkan.Alasan yang diberikan adalah untuk menghilangkan gap dan mengeratkan ukhwah.Kasihan,mahasiswa ini terpaksa melanggari baiah suci yang mereka lafazkan.

Tarian “ chicken dance “ sebagai senamrobik disamping paparan artis di skrin juga menimbulkan tanda tanya mendalam di kalangan mahasiswa adakah mereka benar-benar berada di universiti islam atau hanya sekadar retorika semata-mata.

Malah sebahagian respon yang saya terima mengatakan bahawa seandainnya beginilah rupanya program berwajib setiap tahun,maka tak mustahil GPDP adalah penyumbang terbesar kepada keruntuhan moral di uia.

Seterusnya,Program GPDP ini dihadiri mhasiswa bagi mendapatkan markah dalam subjek di cfs iaitu subjek agama.Tetapi sejauh mana proram ini mendapat pantauan atau baangkali kelolaan dari pensyarah IRKHS.Sangat menyedihkan andai para pensyarah berkobar menerangkan perihal peri pentingnnya menjaga akhlaq,ikhtilat muslimim-muslimat dalam teori di kelas,tetapi luar dari kelas,pelajar-pelajar ini keliru dengan perkara yang berlaku keliling mereka.

Justeru,dengan penuh perasaan rendah diri dan mengharapkan yang terbaik bagi seluruh warga CFS,saya meminta agar pihak yang berWAJIB yang punyai kaitan secara langsung mahupun tidak dalam penyelenggaraan program ini agar menilai perkara-perkara yang telah saya sebutkan ini diperhati dan diperhalusi mengikut sekadar yang termampu.

Insya Allah andai diminta untuk memberikan pendapat tentang penambahbaikan program ini,saya berserta rakan-rakan yang lain sudi membantu dengan sekadar yang termampu

Ambillah teguran ini sebagai salah satu proses pengislahan demi kebaikan secara bersama.

Setinggi ucapan tahniah untuk LTD atas usaha-usaha peningkatan jati diri pelajar,barangkali andai usaha itu dapat diusahakan secara usahasama dengan persatuan-persatuan pelajar di cfs iium seperti FSCC,FRC,Medcy,Engenius,Press,intechs,Idea,Perkim dan lain2 beserta kelolaan dari para pensyarah IRKHS pasti hasil yang terhasil akan lebih menarik untuk kita hayati bersama.

Mudah-mudahan,Tujuan pendidikan sebagai MEMANUSIAKAN MANUSIA akan terhasil dan kita di CFS IIUM sebagai pencetus kepada universiti yang lain.InsyaALLAH.

* “ We are the torchbearers for the Ummah “

“ Guide by Qur’an and sunnah “

* Cfs song


originally written by : Nuur Asyrafuddin Mohd Said.
Gen 8 DQ-UIAM.

this post is previously posted in his blog but currently the authorities asked him to delete the blog. Kejam tak pihak uia ni? pergghh. sabar sabar T_T



cerita ni pun saya tahu lepas baca kat SINI. Moga Allah beri hidayah pada kita semua. Ameen.

Monday, August 10, 2009

H1N1 True Experience Story

SILA BACA UNTUK TANDA@ SIMPTOM HINI. SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA

Please read to know bout the symptoms. As prevention as well.

<High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman>

Beginner stage

Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...


Read more..>>



Second Stage

Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena... masa ni kena kuarantin... at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yang kena. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin... Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted. macam kes adik I. Critical Lung infection.

Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral.. very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u.

That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan... sampai dia give up .sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...

Itu lelaki tu.. imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin... tak blh masuk dlm bilik kuarantin... Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik.

To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin... Alhamdulillah pastu dia ok sikit. Ada hikmahnya... All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest doctor in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient.

At the same time dr bz with other case as well... 1 doktor 5 patient... kat gov hospital... kesian dr tu... berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali.. So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa.. very efficient. Very quick actio.

Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience dia org tetap work hard give the best treatment to the patients.. sampai tak balik rumah... tidor kat hospital. Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I... Thanks to Allah :)

*credit to the one who spread this through email*

-----------------------------------------------

Tadi roomate saya bilang, sudah ada satu kes di Mahallah Abu Bakar @ ABC (bukan syaki tapi kes). Lecturernya habaq kt kelas tadi. Bio bona? dan saya juga baru tahu semalam bahawa ada pelajar2 kami dikuarantin di Mahallah Fatimah Az-Zahra. Mungkin dalam belasan pelajar. Dan tadi petang ada pengumuman tentang seorang lagi sister yang akan ke sana. Erk?

Ramai tanya bila uia nak tutup? Saya tak berapa suka nak tutup sebab nanti banyak aktiviti pelajar tergendala, juga cuti akan dipendekkan serta kejenuhan untuk me-replace kelas. +_+

Saya juga dalam kesedihan kerana ummi tidak membenarkan saya menderma darah atas sebab kesihatan. ayat ummi

"Kamu tak payahla derma darah dah. ummi rasa sebab tu kamu selalu sakit."

(dilafazkan ketika saya batuk tak elok-elok beberapa minggu lalu) Ketika dalam dilema samada untuk minta izin nak derma jugak tapi mintak org PDN kurangkan amount darah tu (i donated 450 ml per session before this) jadi 250ml atau 150ml jek, Ijat ajak derma plak. Tapi ummi tak bagi? camna ni? -_- saya suka derma darah sebab? baca la sini.

maaf atas ketidak updetan blog ini sebab saya perasan busy. Moga amal kita diterima Allah. Ameen. Jaga diri hiasi peribadi. Jumpa lagi! :D

*Kepada sume sahabat sahabiah yang dikenali di Grapes Nasyid, salam ukhuwwah!*

Sunday, August 2, 2009

Konsert Antara Dunia : Review

Alhamdulillah. Allahuakbar!

e n e r g e t i c

itulah satu perkataan yang dapat digambarkan selepas menghadiri Konsert Antara Dunia anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) yang berakhir jam 12 tengah malam tadi. Antara kumpulan yang beraksi adalah Hijjaz, Raihan, Rabbani, Shoutul Harakah dan juga Nibras (Arab Saudi).

Perasmi kami ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Sungguh rasa tak percaya bila Tuan Guru berada depan mata sendiri. Allah. Dan tak boleh lupa tentu sekali kata kata Presiden Gamis, Dzulkhairi :

Kami GAMIS tak kisah jika kami tak popular asalkan Islam diangkat, dapat
ditegakkan, popular di atas muka bumi ini!


Kamu tahu, saya tak pernah menghadiri konsert sehebat ini yang mana totally lain 'feeling'nya dengan konsert Search : Di Awan Biru atau Konsert Linkin Park. Wah hebat tuh. Mende yang hebat sangat?

Lagu pertama pun dah best. Pujian kepada Allah, Raihan menyampaikan Puji-Pujian dari album pertamanya dengan sungguh bersemangat! Subhanallah!


Read More..>>



Dan diteruskan dengan Rabbani, Shoutul Harakah, Hijjaz dan Nibras. Manalah hati tak rasa tenang kalau semua lagunya lagu rohani. Lagu mendamaikan jiwa. Lagu yang mengenbalikan jiwa kepada Pencipta.

Kenangan terindah of course lah bila bersama Shoutul Harakah. Lagu jihad menyentap jiwa untuk terus bangun meninggalkan kisah lampau dan memulakan hidup baru sebagai PEJUANG! Ya, kamu akan cakap saya gila kerana titibe je macam ni, semangat tak tentu pasal.

Mana tak nya. Sambil menyanyi dengan sungguh bersemangat, tangan dihayun ke atas. Badan bergoncang ikut rentak lagu, dan yang jadi teraju utama sentapan jiwa adalah liriknya yang berunsur perjuangan!

Perjuangan, hijrah, kehidupan, pengabdian.

Selingan bagi setiap kumpulan yang buat persembahan adalah sesuatu tentang fitrah. Bagaimana kita diciptakan, kematian yang memburu atau diburu, kasih bonda dan ayahanda yang tidak berbelah bahagi, dan yang paling penting ialah cinta pada Allah, ingat padaNya setiap waktu, juga keinginan diri yang mahu sentiasa berjuang, menegakkan Islam dalam usaha memburu redha Pencipta, Allah Yang Maha Agung!

Tidakkah damai jiwa mendengar lagu berunsur kasih sayang, keharmonian, persaudaraan sesama insan yang mana memang dianjurkan Islam? Allahuakbar.

Tidakkah tenang hati menghayati lirik lagu Thank You Allah dendangan Raihan sambil bersama saudara seakidah mengkoreksi diri apakah benar diri ini sudah benar-benar berterima kasih padaNya? Allah Maha Agung.

Allah, Allah dan Allah. Secara jujur itulah yang berada dalam fikiran saya sepanjang konsert. Jihad menegakkan syiarNya, memburu kematian Husnul Khotimah, pembinaan tautan hati dan jiwa bersama makhlukNya, berkasih sayang dalam batas syariat, dan entah berapa macam jenis ingatan lagi telah disampaikan dalam konsert ini.

Kematian. Apakah sudah cukup bekalan? Apakah umur selama ini yang digunakan hanya sia-sia? 19 tahun? 20 tahun? Di Akhirat hanya ada dua kesudahan, Syurga atau Neraka. Kita mencipta watak sendiri atas pentas dunia yang hanya lakonan. Mahu watak baik atau watak jahat? Kalau watak kita baik di dunia tentu award nya di syurga. Dan sebaliknya.

Benarlah, jiwa makhlukNya, jiwa kita semua hanya akan tenang dengan mengingatiNya. Menjadi tabah bila mengenangkan ganjaran Jannah yang didamba. Menjadi kuat bila merasa kita tidak keseorangan, bercambah meneruskan saki-baki perjuangan. Kita ada bersama Allah. Allah Yang Maha Berkuasa. Dialah Pelindung Dialah Penjamin. Allahukbar!

Tahniah GAMIS! Saya sungguh rasa terharu sampai tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Benar, kembara rohani itu akan tidak dapat diterjemah dengan kalam manusia. Ia hanya akan mampu dirasai jika anda melaluinya sendiri. Nikmat indah bersama PENCIPTA, nikmat indah tiada terkata.

Buat semua:
Kawan-kawan, aku mahu jadi pejuang macam kalian. Bawalah aku bersama. Ingatkan aku bila aku lupa. Alunkan aku dengan nasihat tika aku leka. Ajak aku solat berjemaah. Iringkan aku dengan doa agar kuat seperti kalian. Aku mahu ke syurga bersama kalian. Aku mahu jadi mujahidah pembela agama macam kalian. Kalian takkan tinggalkan aku kan? Aku mohon dengan sangat, bawalah aku wahai sahabat..

dan saat ini air mata bergenang lagi. Allah, kuatkanlah aku. Tarbiyahkan aku dengan ujianMu. Kuatkan kami dengan taliMu. Andai sahabat-sahabat kami kasih akan kami, ENGKAU YA ALLAH, Maha Pengasih. Andai ibu ayah kami sayang akan kami, ENGKAU YA ALLAH, Maha Penyayang. Kau bantulah kami mengharungi liku-liku kehidupan yang bersisa ini. Ameen. Perkenankanlah Ya Allah..

Saturday, August 1, 2009

Kenapa kena pergi?

HIMPUNAN MANSUHKAN ISA

Aku dah tahu lama tapi tak tulis sini. Liputan meluas kot. Kamu mesti jumpa kt mana-mana. Doktor ckp aku demam balik. Aku nak pergi jugak.Tapi mungkin aku tak sampai istana kot? Wait and see.
Apesal aku nak pergi?
Tontonilah video ini dan bayangkan kamu berada di tempat mereka.



Apa perasaan?
Sendiri nilai bah.
Allahua'lam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...