Thursday, July 30, 2009

Air Mata Palestina

ketika manusia lain sibuk belajar maths untuk exam mid term malam ni sempat pula aku ke sini.



Dan air mata bergenang lagi.

Exam exam jugak, saudara di sana jangan lupa ya.
Sengsara mereka jangan lupa ya.
Perjuangan mereka jangan lupa ya.
Doa untuk mereka pun jangan lupa.

Adakah KITA lupa?

Palestin, maafkan aku..
Membiarkan saudari seakidahku diperkosa.
Melihat maruah diragut dengan rakus.
Melihat kejamnya zionis itu.
Melihat kau solat di al-Aqsa dalam keadaan ketakutan.
Melihat mereka merobak rabek kesucian Kiblat pertama itu.
Maafkan aku saudaraku..

Sunday, July 26, 2009

Tuesday, July 21, 2009

syukuri nikmat sihat

Bismillahi walhamdulillah.
Lama sikit kot dah tak menulis di sini. Sengaja mungkin, agar manusia yang belum mengetahui tentang facebook mengetahuinya dan membuat penilaian sebaiknya.

Apa khabar iman kita hari ini? Sudahkah membarukan niat, hidup dan mati kerana DIA? Hmm, kalau belum, sempat lagi ni, selagi izrail belum memunculkan kelibatnya. :)
macam tu la niat kawan-kawan, sebab ia selalu berubah kalau tak diperbaharu kan. sebab Syaitan tu xpernah leka nak lalaikan kita anak Adam ni. Hoho so mari le kite berhati-hati!


Read more..>>



Maaf kerana post ini agak peribadi.
Sekadar memaklumkan kepada sahabat semua bahawa saya mungkin akan berehat dari menulis, atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Kalau menulis pun, mungkin sekadar sikit-sikit lama jadi bukit atau pun copy paste dari mana-mana yang saya suka. hihi.

Masuk hari ni, dah 6 hari demam dan batuk melanda diri. Entah bile mahu kebahnya. Kadang-kadang badan menggeletar, dan sekarang selesema pula yang datang. Semalam baru ke klinik. Doktor kasi obat saje la kan. Siapa yang biasa dengan isu semasa, mungkin akan tahu simptom yang saya hidapi sekarang ni simptom penyakit apa. hehe. Takpe. Kita tunggu sampai hari Jumaat. Kalau tak kebah juge, alamat nya ambil darah la ye.

Sebelum cuti Paper Mid Term Exam: Introducion to Information Literacy & Physics dijawab dalam keadaan kepeningan dan kemualan. Tapi takde muntah-muntah pun. Hish.

Bila dah sakit takde makne la berstreamyx kali pertama di rumah.
Bila dah sakit memang hilang la mood cuti di kala orang lain bergumbira bersama keluarga.
Bila dah sakit memang susoh le nak concentrate bace buku programming ngan buat latihan maths.
Bila dah sakit, ha, baru kamu tahu ape rasenye sumaiyah.

Saya yang sememangnya suka makan pun sudah jadi terpaksa menyumbat makanan ke dalam mulut supaya perut tak lapar dan untuk memudahkan proses penghadaman ubat yang berjumlah 5 kapsul sekali makan. Ubat bukan satu benda yang susah bagi saya, cuma sakit kali ni terasa sangat pahitnya ubat itu. Oh!

sakit pun kena senyum tau (:


Ahad malam Isnin, terasa bersalah sebab rasa tak tolong umi abi apa-apa pun hari tu (sampai rumah Ahad thari). Malam tu tolong la umi gosok baju untuk sekolah esoknya walaupun rasa tak larat. sambil tu air mata pun jatuh, rasa-rasanya macam nak dekat masa je. Terbayang wajah arwah 'Ammar dan arwah Nabil yang pergi mereka dalam kesudahan yang baik. Saya? Maksiat masih berleluasa, tanggungjawab dan amanah dalam persatuan, masyarakat masih belum terlaksana. Takkan nak mati macam ni? Dalam hati berdoa moga Allah panjangkan umur saya lagi dalam ketaatan :'(

Tak dapat nak terbayang waktu Demam Denggi Berdarah di Hospital Taiping dulu. Rasanya lagi teruk. Tapi oleh sebab saya cepat lupa, maka tak teringatlah semuanya. Yang pasti sepanjang di hospital, umi ada bersama. Tak dapat dilupakan, kunjungan Ustazah Siti Fatimah Othman, ketua warden SERATA. bersama doa dan harapan moga saya disembuhkan. Dengan izin Allah, doa mereka dimakbulkan.

Bila dah sakit, baru lah tahu apa nikmat sihat. Bak kata umi, baru kamu tahu langit tinggi rendah. Tapi sempat lagi tu pergi walimah kak izaidah (k.zack) dan Abg Fikri di Teras Jernang sabtu hari tu.

sama comel sama padan

majlis yang sangat sederhana ;)


di kesempatan yang ada, mohon maaf diucapkan kepada semua yang mengenali. Sahabat-sahabat sejak kecil di sekolah, DQ, CFS, alam maya, semuanyalah; Seandainya atau tidak seandainya ini kali terakhir saya akan mencoret mengarut di blog ini.
yang saya ada hutang padanya apa-apa atau nak kritik atau tegur, minta hubungi 0132001056 takut-takut kalau saya terlupa untuk melangsaikan apa yang patut.

Kepada yang masih sihat dan bertenaga, gunakanlah kesihatan yang Allah beri dengan sebaiknya. Nanti Allah tanya kita nak jawab apa ye? Takkan nak jawab kita lepak dengan member saje, takkan nak jawab kita dating dengan couple kot? Takkan nak jawab kita tonton cerita tahape-hape kt tivi yek? Oh!

Jika abg 'Ammar dan abg Nabil mendapat bidadari di syurga, saya bagaimana? Hmm, terfikir juga. Ya Allah, ampunilah dosaku dan redhailah kehidupanku.. Ameen.

والرب أدعو مخلصاً أنت رجائي
أبغى آلهي جنة فيها هنائي


Thursday, July 16, 2009

Ahli facebook kena baca

[scheduled post]

artikel ini saya dapat ketika mencari maklumat tentang facebook dan yahudi di Google dan Google Blogs. Ada banyak pendapat, terpulang nak ambil yang mana. Apa yang saya harapkan, kalian bacalah dengan mata hati dan bukan secara logik dan emosi. Selamat membaca!

Taken from here

Korang tau tak pasal benda nih?! Ades.. Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi.

Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages , kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana!!


Aku Bukan Cakap Kosong. Baca Dibawah!!


Tahukah anda!!!Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008?
Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda!!!
bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga
Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda!!!
bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah
menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda!!!
bahawa
Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.

Tahukah anda!!!
bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara,
Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?



Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...

3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .

5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel

6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya.

Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat
Islam di seluruh dunia?

Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .

Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik .

Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss. Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan. p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari
Sejarah2U so..

kepada saudara muslimin muslimat..
tolong war2kn perkara ini!!!!!!

artikel dah habes. ada pulak yang berpendapat begini. saya ambil dari sini

Berdakwah Melalui Facebook

“Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi beliau.” (Riwayat al-Bukhari)

Apa yang dapat diambil daripada hadis di atas adalah boleh berurusan dengan orang Yahudi, boleh berhutang dengan orang Yahudi dengan cara cagaran, dan boleh mengguna pakai produk Yahudi. Hukum berurusan dengan orang Yahudi pada asasnya adalah halal.

Timbul persoalan di sini berkaitan isu boikot. Adakah semua syarikat yang dimiliki oleh orang Yahudi perlu kita boikot walaupun mereka tidak menyokong sebarang bentuk keganasan?

Syeikh Yusuf Qaradhawi mengatakan kempen boikot bertujuan untuk memberi tekanan kepada bisnesman yang mempunyai sangkut paut dengan keganasan Israel agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka agar menamatkan peperangan.

Minggu lepas sempat saya meletak hadis ini di status Facebook saya dan menerima beberapa komen menarik. Ini sebenarnya bersangkutan dengan beberapa emel yang di’forward’ kepada saya tentang pemilik sebenar Facebook yang merupakan seorang Yahudi.

Jadi, apa salahnya kalau beliau seorang Yahudi?

Islam itu sifatnya adil

Dalam menjatuhkan sebarang hukuman, kita perlu mempunyai hujah yang cukup kuat. Tidak cukup kalau hanya kita katakan pemilik syarikat tersebut orang Yahudi atau dia mungkin ada kaitan dengan salah sebuah organisasi Israel.
Mungkin-mungkin atau rasa-rasa tidak boleh dijadikan hujah. Contoh ada seorang wanita membuat laporan polis yang dia dirogol.

“Saya rasa mungkin orang itu yang merogol saya semalam.”

Polis akan melakukan siasatan terhadap orang tersebut tetapi tidak boleh terus menjatuhkan hukuman hanya dengan hujah rasa-rasa wanita tersebut. Kita bukannya orang liar yang terus menumbuk dan menerajang, menjatuhkan hukuman tanpa periksa.

Dalam isu facebook pula, adakah sudah ditemui sebarang bukti yang mengatakan Mark Zuckerberg, pemilik Facebook, menyumbang kepada keganasan Israel?

Pemilik Google pun adalah orang Yahudi. Adilkah kalau hanya Facebook yang diboikot tanpa hujah yang kuat, sedangkan tidak pula kita mengajak orang lain boikot(tanpa usul periksa juga) website lain?

Apa bezanya menggunakan blogspot(milik Google) dengan menggunakan facebook? Kedua-duanya milik Yahudi.
Pada pendapat saya selagi tiada sebarang pengumuman atau kajian terperinci untuk mengesahkannya, tidak salah untuk kita gunakannya dahulu.

Berdakwah melalui facebook

“Betulkah dia gunakan untuk dakwah? Saya tengok lebih banyak tulis tentang diri sendiri sahaja.” atau “Dia ini lebih banyak main game dalam Facebook sahaja.”

Adakah kalau kita ingin berdakwah kepada seseorang, kita pergi kepadanya dan kata, “Saya ingin berdakwah kepadamu.”

Perlu ada langkah demi langkah. Perlu ada sesi berkenal-kenalan, kemudian dirapatkan lagi dengan perkongsian pendapat dan pandangan. Kalau dalam dunia realiti, salah satu cara untuk mudah mesra adalah melalui permainan.

Pernah sekali saya dan seorang rakan serumah ingin bermain futsal. Lalu diajak beberapa orang kawan lain dengan harapan mereka pun mengajak kawan mereka juga.

“Kau ajak sekali kawan-kawan kau yang lain, lepas itu suruh mereka ajak kawan-kawan mereka pula.”

Maka ramailah yang kami tidak kenal turut bermain bersama pada ketika itu. Tetapi dari situlah timbulnya rasa ingin kenal-mengenali. Tiada salah bermain asalkan jangan sampai terleka.

Adakah kalau ingin berdakwah, kita perlu masukkan perkataan-perkataan Arab di dalamnya dan barulah kelihatan, “Wah, islamiknya budak ini.”

Biarlah kita berdakwah sampai orang itu tidak tahu pun yang kita ingin berdakwah kepadanya. Tepuk dada, tanyalah Iman.

Entri ini ditulis oleh seorang pelajar jurusan Perhubungan Awam. Mohon diperbetulkan sekiranya ada kesilapan dalam sebarang pandangan berkaitan hal agama.


kepada sahabat semua, tepuk dada tanyalah iman, apakah facebook yang kita gunakan selama ini membawa kita lebih mendekati Allah, tengah2 atau menjauhkan kita dari Allah? Saya telah menyedari FB telah melekakan saya satu ketika dulu lalu mendelete akaun di sana, beberapa bulan yang lalu. Biarlah kita dipandang aneh kerana tidak mempunyai akaun di Facebook oleh orang lain. Kenali diri anda, dan buatlah tindakan sepatutnya. Allahua'lam :)

Tuesday, July 14, 2009

AGM IQRA' 09/10


أسّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

alhamdulillah kerana urusan kami telah dipermudahkan.
AGM bagi Sekretariat Iqra' telah selamat dijayakan pada hari ahad, 12 julai baru je berlalu ni. Sekretariat Iqra' adalah kelab yang ditubuhkan untuk mengumpulkan bekas pelajar DQ yang melanjutkan pelajaran di Pusat Asasi UIAM.

Majlis kali ini menggabungkan pelajar dari gen8 dan gen9, yang mana menyaksikan adik2 gen9 memonopoli tempat duduk di Lecture Hall A. Tahniah diucapkan atas semangat yang membara! ;)

Dress code yang sepatutnya adalah baju batch masing2 namun ada yang main tibai, tak kesah la kan. yang penting, hati kita bersatu, insyaAllah..
Majlis dimulakan dengan bacaan al-quran dan terjemahan daripada Megat Usamah, disusuli ucapan Nor Aflah Basri (wakil banat). Kemudian disambung pula dengan penasihat kelab kami yang baru iaitu Ustaz Ahmad El-Muhammady dari Department of IRKHS disusuli dengan presiden kami, Ahmad Dziaulhaq b. Ahmad.

Antara intipati ucapan VIP di atas ialah penekanan penglibatan ahli-ahli iqra dalam society itu sendiri. juga pendedahan mengenai tiga matlamat utama Iqra' , iaitu QURAN, KEBAJIKAN, dan UKHUWWAH.

Alhamdulillah majlis yang bermula jam 9.30pm telah berakhir lebih kurang 2 jam kemudian. Tahniah dan takziah diucapkan kepada semua yang dilantik menggalas taklifat, semoga Allah mempermudahkan kerja kalian. Juga kepada slideshow/video maker, tahniah!

Tak dilupakan buat sahabat sahabiah dari Nilai yang sudi meluangkan masa, semoga Allah mentautkan hati-hati kita dan meletakkan kita dalam rimbun hidayah dan naungan-Nya. Ameen.

maaf, gambar tak ikut turutan majlis, ini saja yang dapat (:


pengerusi : optimisham


token of appreciation to Ustaz El


dari kiri: Abdul Rahman (DnT), Wan Salahuddin (Bendahari), Haziq (Education) dan Muhaimi (Welfare)

ini waktu awal2, yang baju same-same tu gen 9 laa

antara gen 8

presiden kami

advisor kami

ini banat. yang hijo2 tu gen 9 laa :D
gen 8? ada, tgh stadi, hihi ;)



selaku pemerhati, saya amat berpuas hati dengan AGM kali ini, comparing with last semester. Tahniah lagi sekali kepada semua. Sayang kalian! ;)

pssst: yang tak turun, kami bersangka baik, cuma agak sedikit kecewa. moga ukhuwwah kekal ke jannah! ameen.

Friday, July 10, 2009

Mual

...Duniaku, Jauh dari pandanganmu...


Lewat teori retorika para daie, saya jadi Mual.

Mual pada -konon- Pengubah Dunia kepada satu Utopia syar'ie. Sedang mutabaah mereka lompong di sebukkan agenda rejuvernasi bumi yang tak sudah-sudah. Pastinya, khilafah hanyalah seperti melihat oasis di padang pasir. Saya juga rasa jelik. Jelik pada daie yang terlebih mufti,yang bagai mengerti siapa penghuni syurga neraka. Pada niat kudus mereka, mereka mendobrak jahanamkan agama kita, menyempitkan lorong-lorong serakan hidayah dari langit.

"Enti tak rasa ke yang enti tu bakal penghuni neraka?"


"Api neraka dah terlalu menggelegak nak sambar rambut enti tu"


Mungkin akibat berasa diri itu "terlalu suci" sampai nampak tanda-tanda penduduk neraka pada insan lain. Apakah terlalu sulit untuk mempelajari seni dakwah?.

Saya juga jemu,
Jemu pada golongan -konon- "Thiqah". Zahirnya terpelihara pandangan matanya dari fitnah-fitnah dunia dengan tunduk patuh pada syariat langit, tetapi bila bertemu skrin komputer mahupun television, segalanya santapan mata. Laman komuniti apa? Friendster? myspace? facebook?, semua layan. Si jejaka alim berkopiah dengan pencarian wanita thiqahnya untuk di buat -konon- sayap kiri perjuangan dalam dakwahnya. Si muslimah ayu bertudung litup menyapu lantai tekun membalas mesej pemuda-pemuda dakwah idamannya. Thiqah apa namanya tu?

fenomena overseas.
seorang wanita melayu, pabila menaiki train atau bas, ada seat kosong sebelah lelaki melayu, tapi tak mahu duduk, katanya untuk menjaga ke-thiqah-annya. "Saya lagi rela berdiri walau apa jua keadaan". Tetapi, jika terdapat seat kosong sebelah mat salleh ataupun pak arab , bagai cahaya, dialah pemenang merebut kerusi.Thiqah kah? itu bukan Thiqah, itu namanya RACIST!


Read more..>>



Seorang lelaki melayu, dalam perjalanan sebatang jalan, bertembung pula dengan pelajar perempuan melayu walau jarak 10 meter kehadapan, dengan penuh kesanggupan serta kemachoan dan lagak wara'nya melintas keseberang jalan semata-mata untuk tidak bertembung dengan perempuan melayu.Katanya hendak menjaga Thiqah, tapi itukah yang diajarkan nabi? kenapa tidak berbuat demikian kepada wanita-wanita arab mahupun eropah. Dengan selamba bertembung sambil meninjau-ninjau ukur lilit tubuh menarik. Itupun namanya Racist campur Miang.

ada lagi,
seorang Ukhti, mulut kelu terkunci bertemu seorang Syabab. Kalau bercakap, terkenang pengalaman di Kisas, liqa' albab namanya. berbicara di sebalik pintu tanpa mengenal si pemilik suara.Thiqah katanya. Tapi bila berbunyi Sms masuk, bukan main ligat. Itu bukan thiqah, tapi Malu. Ganjilnya, bila di telefon , bersayang-sayang, tak tahu pula malu.

apa yang mereka faham tentang thiqah dan ikhtilat sebenarnya? Sedang para sahabat utusan Allah pun sanggup mempelawa isteri nabi menaiki unta. Lalu, apakah yang terlalu membuatkan kita menjadi sebegini?Berpaling muka bila bertemu sambil melontarkan muka masam.Apa yang hendak dijaga sebenarnya?.

Saya juga menyampah.
Menyampah dengan Aktivis jemaah yang sempit ruang lingkup pemikirannya.Juga yang tidak reti-reti bertolak ansur tentang Taadud jemaah.Kenapa tidak terbenih dalam benak pemikirann mereka akan keperluan kepelbagaian jemaah yang berjuang pada wasilah-wasilah yang pelbagai. Sedang mereka sebenarnya melengkapkan antara satu sama lain, Cuba perhatikan pada PAS yang bagi saya sudah menombor-dua-kan Tarbiah dan terlalu meletakkan politik kepimpinan sebagai prioriti utama, maka wujudlah ISMA juga JIM sebagai jemaah Tarbiah yang mengisi lompang-lompang pada PAS. Juga, jika ISMA dan JIM merupakan jemaah tarbiah yang menyasarkan kepada golongan intelek sahaja.Maka siapa pula yang bertanggungjawab kepada pakcik-pakcik tua serta tukang sapu mahupun pengutip sampah dan juga buruh Indonesia? Di sini barulah kita nampak peranan Jemaah Tabligh dalam menyampaikan kesedaran agama kepada mereka.

Begitu juga dengan kehadiran Hizbut tahrir, Wamy, Pks dan lain-lain.
Kenapa tidak nampak pada Manfaat yang luas itu?

Saya bertambah bosan melihat pergaduhan perbalahan tak berkesudahan antara jemaah-jemaah Islam, saling tuduh menuduh, mengatakan Si jemaah A agen yahudi untuk memecah-belahkan ummat Islam , Si Jemaah B pula ingin memegang tampuk kekuasaan di kawasan C. Mungkin kerana masing-masing dengan gahnya mengatakan MANHAJ jemaah kamilah yang ter"SYUMUL", maka tertolaklah segala jemaah yang terwujud atas mukabumi ini.Mereka yang saya kira buta tidak dapat melihat permasalahan dasar ummah kini iaitu " memberi kesedaran beragama" dan "bertanggungjawab pada agama".

Butakah mereka pada ragam ummah?
adakah telah sampai masanya Islam mencapai ustaziatul alam?. Sedangkan Hedonisme masih menguasai pemuda seusia saya. Jangan cuba mempamerkan fatamorgana pada ummah dengan laungan-laungan Revolusi Islam pada masa terdekat ini pada LUMPUHNYA program Tarbiyah. Pastinya, golongan bawahan seperti saya terus musnah.


kenapa tidak dapat bertolak ansur pada kekhilafan dan cuba sedaya upaya bekerjasama pada yang telah disepakatkan?


Mungkin taadud jemaah ini melambatkan kebangkitan Islam kerana terpecah seleraknya tanpa kesatuan menjadi alasan. Adakah kebangkitan itu mampu terjalan tanpa bermulanya kesedaran?Adakah terlalu susah untuk mengikuti marhalah-marhalah yang ditetapkan?.Pembentukan bata-bata khilafah yang terdasar semakin punah pada rakusnya nafsu untuk memegang tampuk kepimpinan. Adakah mereka lupa kegagalan Parti Refah di Turki?, akibat terlalu tergesa-gesa melaksanakan hukum Tuhan, mereka tumbang bawah telapak kaki sekular.


Saya juga semakin Rimas.
Rimas dengan golongan Agamawan berlainan ideologi mazhab pemikiran. Bila berbalah perkara yang tidak memberikan langsung faedah terhadap ummat Islam. Cukuplah dengan perbalahan salafiah/wahabiah dengan Khalafiah ,di tambah dengan Ahbash juga syiah. Apakah dengan pentakwilan sifat Tuhan memberikan kemenangan mutlak umat Islam? atau hanya dengan membidaahkan pentakwilan itu musuh-musuh Islam akan jatuh kecut berlari terpusu-pusu ketakutan? Belum lagi mazhab akidah Syiah yang aktif mencaci para Sahabat ,membongkar maqam para Isteri Nabi dengan arahan ulama mujtahid mereka.

Jangankan Ulama yang menyusahkan Ummat!.

bukan saya Ahlinya membincangkan tentang ini, Cuma ini adalah yang masalah terpapar pada skrin alam yang terbentang. Jika berterusan, manakah titik pengakhiran? Lupakah mereka pada ini,

"Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara salah" (Riwayat at Tirmidzi, Ibnu Majah, Abu Daud dan Daruqutni)


Dan akhirnya,
saya jadi musykil, apakah teramat susah memahami Islam?...

Juga saya rasa sedih,
Sedih kerana menjadi sebahagian dari mereka jua tak mampu berbuat apa-apa.

4 Julai 2009
Bait Intifadha, Shari' Siddiq
Mansurah

-credited to akh BaiHaQi-

Friday, July 3, 2009

Perginya seorang mujahid : Nabil Marwan


Allahuakbar. Subhanallah.

Tidak sampai sebulan dua mujahid telah pergi meninggalkan. Setelah arwah Ammar, menyusul dengan akhi yang sememangnya tidak kukenali. hanya nama.

Terbayang keletah beliau sebelum menyampaikan nasyid, ceria nya, senyumnya.
Namun kini abangku telah pergi.

Mujahid itu pergi bersama derita, namun dalam senyum mengadap Pencipta. di malam Penghulu segala hari, malam Jumaat.

Allahuakbar. Sungguh hebat kekuasaanMu. Maka nikmat-Mu yang manakah akan kami dustakan?

Arwah pergi kerna Allah lebih menyayanginya namun dengan asbab penyakit Anemia Aplastik.

Anemia Aplastik adalah penyakit dimana semua sel darah merah gagal di bentuk dengan sempurna oleh sumsum tulang. Biasanya penyakit ini disebabkan oleh tindakbalas badan terhadap selnya sendiri (proses autoimunisasi).

Terdapat beberapa gejala yang boleh dikaitkan dengan penyakit Anemia Aplastik ialah:-

* Pesakit akan mengalami keletihan yang agak teruk
* Muka penghidap akan kelihatan agak pucat
* Akan mengalami sesak nafas jika melakukan aktiviti fizikal
* Denyutan jantung agak laju dan tidak sekata
* Mudah mengalami lebam di anggota badan
* Ruam
* Hidung bedarah
* Gusi berdarah
* Pendarahan yang berpanjangan.

Ya Allah, matikanlah kami semua dalam Husnul Khotimah (kesudahan yang baik). Ameen.
Wallahua'lam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...