Monday, May 25, 2009

Cerita Niat di Taaruf Week

Alhamdulillah kerna masih diberi peluang untuk menaip walaupun dalam keadaan yang agak letih, sehari suntuk tak tido lepas melayan beratus-ratus sisters di AMF selama 2 hari. Sekarang semua orang cerita pasal Taaruf week. Ya, pelajar baru untuk sesi 2009/2010 telah mendaftarkan diri pada hari Sabtu dan Semalam (ahad).

Kali ini gabung pelajar dari Nilai dan PJ menjadikan jumlah mereka adalah 3500+ . Ramai kan? Itu belum masuk budak DQ lagi, kerna waktu ini mereka masih menghadapi final exam. Oh moga dipermudahkan. Ameen :)

Ok sambung balik pasal cite cfs okay.

Seronok? Tentu sekali kerana saya memang seorang yang suka berada di dalam masyarakat dan membantu mereka, seikhlas yang mampu. Anda tahu? Hidup yang sementara ini perlu digunakan sebaiknya agar kelak kita takkan menyesal. Hidup di dunia ini cuma sekadar persinggahan. Maka tidak hairanlah ada antara kita yang sentiasa menyibukkan diri di sini kerna mereka tahu mereka akan berehat dan bersenang-lenang di Akhirat kelak. InsyaAllah.

Bercakap mengenai Taaruf Week, tersangatla tak pernah lari daripada bercakap mengenai niat.

Niat : perkara paling simple tapi paling susah nak apply dalam hidup.

Bangun je pagi, ade ke kite niat ape2? Baca doa? Mandi niat apa?
Sedangkan rasanya ketika solat hanya hati kita mengatakan niat solat itu kerna Allah Taala.
Adakah benar?

Kerna itu, teramatlah penting bagi kite untuk mentajdidkan niat. Memperbetulkan niat. Kerana manusia itu asalnya na-si-ya = lupa. Manusia = pelaku bagi yang lupa.

Teramat perlu bagi kita untuk meniatkan sesuatu yang dilakukan kerana Allah. Kerana bukankah matlamat hidup kita adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya? Entahlah sudah kali keberapa kita mengingkari janji dalam solat setiap hari:

-sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk TUHAN Sekalian Alam-

Saya pasti anda yang membaca blog ini adalah mereka yang jauh lebih baik daripada saya. Namun ketahuilah matlamat kita sama : mendapatkan redha Pencipta yang Maha Agung.

Walaupun bertimpa ujian DIA turunkan, ketahuilah DIA sayang pada kita. Mengharapkan kita merintih sepenuh hati pada-Nya, bukan pada yang lain. Ujian menguatkan iman yang ada. Kerna dengan ujian kita akan selalu ingat pada-Nya.

Dengan membetulkan niat selalu, kita akan selalu sedar bahawa hidup ini sementara. Kita ada destinasi yang dituju. Akhirat Abadi. Kerna itu, cubalah untuk apply dalam hidup.. Jangan drastik. Pelan-pelan je. Start esok, kita bangun lantas terus memulakan niat. Lipat selimut, kemas katil, mandi, belajar, makan, tidur, sembang dengan kawan, semua kita niatkan kerana Allah. Agar diri lebih berdisiplin, agar Allah berkati ilmu yang kita ada, moga sembang dengan kawan akan menjadikan kita lebih dekat dengan Allah, moga makan akan memberi kita lebih tenaga untuk beribadah pada-Nya, agar kita lebih bersemangat untuk meneruskan Taaruf Week. Allah lah yang memberi kekuatan! :)

Sebab tu dalam Taaruf Week perlu yang amat untuk sentiasa membetulkan niat. Kerana Allah. Berkhidmat untuk masyarakat. Membantu adik-adik yang ada dengan rela. Tak ikut perasaan sendiri sahaja. Ajar lagu CFS, perbetulkan bacaan Asmaul-Husna diorang, tentang baju batik, T-shirt, bank muamalat, al-ma'thurat and so on.

Saya pasti sahabat-sahabat yang menganggotai Student Committee Members amat penat, berdasarkan yang dibaca dalam blog-blog yang ada serta reaksi spontan apabila saya berhadapan dengan kalian hehe. Ingatlah sahabat-sahabat, tiada istilah rehat. Perjalanan kita masih jauh. Walaupun mati itu dekat. Moga amal yang sedikit ini akan dihitung olehNya. Ameen.

p/s : sebagai ahli Registration Bureau, saya kini rasa amat sayang pada ahli biro walaupun ada yang baru dikenali dari Nilai. Oh, terima kasih ya Allah atas nikmat ukhuwwah yang Kau berikan..


kanan atas pakai spec : Amiirah, Head Of Registration aka Boss kami yang susah sangat nak dicapture gambar kerana terlalu bz ke sana ke mari..

sayang kamu semua!

Wednesday, May 20, 2009

tips ikhtilat untuk muslimah

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 : "Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik."
Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa "YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan."

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori 'dari mata turun ke hati' itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mukminah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi.
Wassalam.

Thursday, May 14, 2009

Dia

Malam itu. Dia menangis lagi. Menangis kerana mengenangkan ujian sebegini berat diutuskan padanya. Nafsunya menggila. Namun dia tahu Allah memerhati, walaupun seringkali dia tersasar dari target yang telah dia tetapkan.

Dia baru ditinggalkan. Oleh seorang lelaki yang dulunya mengaku menyayanginya. Alasan, kerana tidak mahu couple. Dia pasrah walaupun hatinya merintih pedih. Kerana memang itulah yang patutnya mereka lakukan sejak dulu lagi. Dalam diam, hatinya bersyukur kerana lelaki itu yang memulakan.

Dalam esak tangisnya, dia merintih mengapa dia ditimpa ujian sedemikian rupa. Hatinya perit menghadapi ujian sebegitu. Ujian cinta, ujian nafsu yang menggoda.

'Ya Allah, kenapa aku diuji dengan ujian begini? kenapa aku tak mampu melawan nafsu yang ada?'

Jika sebelum ini hanya tangisan menjadi peneman tatkala hendak melelapkan mata, kali ini dia terus ke bilik air. Mengambil wudhuk, menyarungkan tudung lantas membuka Kitabullah peninggalan Rasulullah, panduan umat akhir zaman. Dalam keadaan yang kurang sihat, dia terus membaca sehingga dia terjumpa satu ayat dari surah Al-Ankabut:

Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya KAMI akan tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam Syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang beramal,
(iaitu) yang bersabar dan bertawakkal kepada Tuhannya.


Air matanya mengalir. Merintih lagi. Betapa peritnya hati merindu kepada yang bukan hak, sedangkan yang dirindu itu jua adalah makhluk yang tidak kekal sepertinya.
Atmanya meronta, mengharapkan kekuatan untuk menghadapi semua ini. Mencari hikmah yang tersembunyi.

Ya Allah, kuatkanlah aku.. Ya Allah, sabarkanlah aku dengan semua ini..

Menangis lagi.
Lantas meneruskan bacaan, hingga tiba lagi pada ayat ini,

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main, Dan sesungguhnya Akhirat itulah kehidupan sebenarnya, kalau mereka mengetahui.


Betapa dia menginginkan kematian saat itu, andai itu yang terbaik untuknya. Dia tidak tabah seperti yang disebut-sebut orang. Dia tak kuat. Dia hanya orang biasa.

Dan akhirnya,

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari kderedaan) KAMI, benar-benar akan ditunjukkan kepada mereka jalan-jalan KAMI. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.


Itulah antara yang membantunya untuk terus hidup, walaupun dengan ujian bertimpa.
Dia berdoa yang terbaik untuk mereka berdua, walaupun hatinya terguris sakit.
Walaupun baginya dia tidak mampu menyayangi orang lain seperti dia menyayangi orang itu.
Sedangkan Allah lah yang paling sayang padanya, dengan mengurniakan ujian sehebat itu.

Air matanya mengalir lagi. Sambil memohon agar disabarkan hati dengan ujian nafsu.
Agar kuat pergantungannya pada Allah.
Agar dikuatkan hati untuk bertawakkal padaNYA semata.
Agar kuat keyakinan bahawa janji Allah itu sangat pasti, wanita yang baik untuk lelaki yang baik, walaupun dia tidaklah sebaik mana, dia tetap mengharap.
Semoga dia akan bertemu dengan insan pelindung yang bisa menyayangi sepenuh hati selepas Allah, Rasul, jalan dakwah ini serta keluarga.
kalau bukan di sini, mungkin sekali akan dia temui pada bidadara Syurga.
Yang hidup di sana indah sekali, yang menjadi dambaan semua manusia.

Akhirnya dia lena dalam tangisan, hingga menjelang Subuh.


Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah DIA menciptakan untukmu pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA di antara kamu berdua rasa kasih dan sayang (mawaddah dan rahmah). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.

ArRum:21

Nasihat saya kepada 'dia':

Oh remaja, harapan keluarga
Putera puteri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama
Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kautahu
Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu..

Allahua'lam. :)

Wednesday, May 13, 2009

Langkah Praktikal Membantu Palestin

1. Berikan pesanan kepada orang ramai :

+ kuatkan iman dan ikatan dengan Allah.

+ jauhi segala MAKSIAT kerana ia menjadi antara sebab tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan Allah tertahan.

oleh sebab itu, jangan marah kepada 'bekas couple' kamu kalau dia memutuskan hubungan. Bersangka baiklah bahawa dia minta putus kerana langkah di atas. Walaupun kamu tak boleh lari dari bersangka bahawa dia dah jumpa orang lain, kamu tak layak untuk dia or whatsoever. Apa yang pasti, bukan kamu tak pernah tahu couple tu haram kan? Cuma nafsu kamu tu nak jugak nak jugak. haha. ade sape² terase ke? haish, janganla mcm tu, takde kaitan dengan sape2 pun. Lagi pun kan, mane tahu kamu dapat orang lebih baik dari dia? atau mungkin orang yang sama cuma dengan iman serta jati diri yang lebih ampuh. Ameen!

pastu, jangan pulak bengang dengan member kalo dia taknak ikut kamu tonton tv sekali kt lobi asrama. heheh. saya tak pernah diajak, cume titibe cam nak tulis pasal ni. Almaklum, kat tv sekarang macam² adaaa.. tinggal iman setipis kulit bawang nak menapis apa yang buruk dan baik untuk diri sendiri. Ingatlah Allah itu Maha Melihat, dan semua yang bersifat maksiat bisa mendatangkan titik hitam pada hati seterusnya menghijab hidayah Allah yang bertubi-tubi. InsyaAllah, DIA pasti membantu kita dalam melakukan kebaikan. Ameen!

macam² la kalau nak cakap pasal point ni. selebihnya sendiri mau ingat ye! :D

2. Menggiatkan program memboikot semua barangan syarikat² Yahudi, Zionis, Amerika, Eropah dan lain-lain yang mana mereka ini membantu menguatkan ekonomi Israel.

Program memboikot sememangnya memberi impak yang sangat besar jika kita semua bersatu. Apa lagi? Mulakan sekarang!

3. Menyertai dan menyokong semua program yang memberi bantuan kepada penduduk Islam Gaza.

4. Melancarkan kempen derma di peringkat individu, yayasan, syarikat, badan dan seumpamanya.

Saya pernah membaca, wakil Hamas pernah merayu agar setiap rakyat Malaysia menderma sekurang-kurangnya USD1 bersamaan RM3.60 setahun untuk mereka di sana, kerna itu sudah cukup bagi mereka. Adakah kita sudah memulakannya?

5. Membuat sebaran dan iklan secara meluas melalui media seperti blog, forum, dan ceramah umum dalam pelbagai bahasa untuk memberi penerangan tentang isu yang berlaku di Gaza.

6. Semua persatuan hak asasi manusia bertindak segera memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang menyokong zionis :

+ menghantar surat mengutuk tindakan zionis.

+ menggerakkan demonstrasi dan perhimpunan menentang zionis dan sekutunya.



*kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua*

Sunday, May 10, 2009

entry untuk ummi

Alhamdulillah.
Saya merasa sangat berysukur kerana dikurniakan ibu, emak, bonda yang sangat ceria dan gembira, di samping tidak melupakan elemen² penting dalam mendidik kami semua anak².

Kamu tahu? Bila ummi cerita tentang anak muridnya di sekolah, bagaimana sakitnya hati melihat ramai antara mereka yang kurang adab, melawan guru, tak hormat rakan² serta peraturan dan macam2 lagi la.

Ummi pernah cerita bagaimana ketika perhimpunan hari Isnin, apabila ditanya berapakah orang yang solat subuh pagi itu, tidak sampai 10 tangan yang diangkat. Hairan kan? Apabila ditanya, rata-rata berkata 'Mak ayah saya pun tak solat.'

Read more..

Kamu nampak tak apa itu? Ya, the main role are on the parents. Saya rasa amat bersyukur kerana dikurniakan ummi abi yang sangat mengambil berat tentang kesihatan rohani, di mana kesihatan jasmani sudah tentulah kan.


Sempena hari ibu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ummi tercinta, Puan Salbiah bt Noordin, kerana tanpa beliau tiadalah saya dengan jati diri yang ada, berbekalkan panduan Al-Quran dan Sunnah, serta hidayah dan taufik daripada Allah.

Dalam bas tadi, terdengar..

duhai apakah gerangan budi bahasa
bagi insan melahirkan membesarkan
berguguran air mata bila mengenangkan
betapakah besar budi ibunda berikan

tiada bahagia andai tiada doa puja restu
Syurga itu di telapak kaki ibu


Memang saya menangis bila dengar. Cubalah renung2kan kembali apakah yang telah kita lakukan untuk ibu kita. Dan saya jua terbayang bagaimanakah perasaannya bagi mereka yang sudah ketiadaan ibu. Oleh itu, bagi kita yang masih ada ibu bersama, manfaatkanlah masa bersama beliau, kerana banyak yang didapati bahawa remaja seperti kita lebih suka kawan² berbanding keluarga sendiri. Kan? Begitu jua bagi yang punya couple, usually family are always been neglected.

Entry ini untuk ummi, jua sebagai renungan buat pembaca semua.

Kasih ALLAH tiada tandingan, kasih ummi membawa ke SyurGa

Allahua'lam :)

My Happy Ummi


Allah is the only One!

ummi memang suka gini padahal xde orang pn dlm hp tu hihi *winks*

wanita solehah akhir zaman. Ameen!

Saturday, May 9, 2009

Alhamdulillah!
Salam 'alayk to all.
So happy today [lagi?] hidop mesti gembira, kerana hidup hanya sekali. Namun begitu, banyak yang perlu ditangiskan, dosa-dosa kita, tentu sekali nasib saudara2 kita di Palestin!

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis
Dewan Merdeka, PWTC
9/5/09

Speaker
: Dr Roslan Mohd Nor [UM]
: Dr Azzam Tamimi [London]
: Dr Mohsen Salleh [Lubnan]

Anjuran : Aman Palestin Berhad & Persatuan Belia Islam Nasional -PEMBINA-

Paper 1
Dr Roslan - Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel

Paper 2
Dr Azzam - Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis Terhadap Dunia Sejagat

Paper 3
Dr Mohsen - Hakikat Zionis dan Agenda yang dipropagandakan

Paper 4
Dr Azzam - Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Musuh Zionis

Paper 5
Dr Mohsen - Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini

Actually, paper sume dibentangkan dalam English. InsyaAllah, akan dipost serba sedikit after this, kerna otak yang agak pening2 sekarang.

Yang pasti, terima kasih kepada temanku yang forward email psl program ini pada saya seterusnya saya dapat sebarkan pada orang lain. Nanti bagi la email2 pasal program lagi yek? Semoga Allah membalas jasa anda :)

agak lelah, maaf ye. wassalam.

Friday, May 8, 2009

perkara baru!

alhamdulillah hari ini hari yang menyeronokkan!
kenapa?
sebab dapat derma darah, jumpa kawan baru, jalan tempat baru! wuhu!~

tadi pagi Gee teman saya ke medan mara. Ya, ade ramai orang sayang! hihi :P ape taknye?

Read until the end.. ^_^

Pegi sorang2 ke.. xpe2 bace doa byk2 ye.. erm dlm bus lg da bley nmpk die tulis sogo.. kdg2 org bus 2 gtau da smpai kdg2 xpun.. sng je, tgk je sblh kiri, insyaAllah xterlepas.. Jln elok2 tau,jgn pegi tmpt yg xramai org, kalo nmpk org yg xsenonoh jln jauh2 sket., jgn naek cab sorg2.. Hehe cam mak pulak =) Take care ya!

-ecah comey-

ala, msg ecah nk tny jalan ke sogo je, banyaknye mak nasihat.. hihi. alah, sayang sumai ke? huhu siyes terharu! thanks ep ecah.. :)

after breakfast makaroni + kuetiaw goreng, moh ke metro 12 dengan gee. turun kat Kotaraya, cari je mane2 bus yg da nk jalan. konduktor yg kami tanye kate, sume bas lalu Sogo. Eh iyakah? naik saja. Siyes ah, tgk foreigners ramai gle, make me a lil nervous.

Lbh kurang pukul 11 lbh, smpai la kami ke bangunan Medan Mara.. bajet ah xmo jumpe kak mia, ade pulak dia serbu sumai waktu tgh derma darah! wee~ satu rombongan ngan isma, ika n bazilah. ade ke patot? tak patot tak patot. haha :P bikin malu sumai saja. haish =:)

siape kak mia? ini kakak kenalan dari KBM anjuran KRJ. Kami baru je kenal, xde sampai sebulan kot. Oleh sbb ngah excited nk derma darah, kebetulan kak mia and the gang pun jaga booth JIM sempena mggu Palestin kt situ, jumpe la mereka kn.. bile lagi nk jumpe kawan baru.. hheheh. kawan baru? alahai, saudara seakidah yg baru hendak kenal2 kan.. :)

after derma darah, cuci mata cuci hati tgk gambar2 dan info yang ada ttg Palestin, Zionis dan sume2 la. Serious, rase nak nangis waktu akak tu cerita pasal kesan bom fosforus putih pada adik beradik kite kt sane..

ape kesan dia? sape2 yang kene cahaya dari bahan kimia tu, daging kt kulit akan mereput. mereka akan mati perlahan2. kejam gile kan? bom ni diharamkan dunia, tp kenapa israel boleh gune ha? nk tgk kesan die x?








dengan kerajaan mesir yang sekat bekalan makanan, ubat dan keperluan family kita kt sana, aku tersangatla tak faham kenape dgn mereka. kenapa? takkan tak ade langsung rasa kesian? mane rase kemanusiaan? mane mane?

aha, some pics captured, tapi itu untuk langkah praktikal membantu mereka je.. sbb nak hafal tp xmampu time tuh. after ni akan di post pada readers okay :)

area 12 lbh, lpas sembang2 ngan kak mia, tgk video KBM ngan palestin, beransor la pulang bersama gee. alhamdulillah, smpai bilik lbih kurang 1.40 petang. toce toce gile untuk cik fauziah hanum aka gee kerana menemankan. insyaAllah after this boleh la jalan sorang2 ke sogo haha. yela, sume sibuk nk final exam. wawawa.

alhamdulillah, secara jujur ade satu perasaan gembira lahir bila jumpe kak mia, ika, bazilah ngan isma. ye la, asik chat skali je, jumpe kan best! alhamdulillah :) and of course la hepi gile sbb dapat derma darah! sebab da 5 bulan xderma kot. tula cerite dia.

moga ukhuwwah berkekalan hingga ke syurga! ameen. :)

cerita speaking muet semalam

23 jam sebelum..

ala, akak tibai je, cakap je ape2! yang penting cakap! ummi tahu akak boleh punyer!!


malam sebelumnya..

Huu! gambate ucu! yeah! ucu bole!


dan ramai lagi yang wish secara lisan.. anjang, ijat, amsya, anisah, ei apesal sume huruf A ni? kak mia pn wish jugak! best2 :D

selepasnye..

Tadi boleh speaking ke dapat topic apa dah makan malam makan apa ke dah mandi ke esok buat apa sabtu buat apa ahad balik kul brapa nah kau banyak gila soalan sila jawab segera


Read more..

itu ummi bagi.

terima kasih kepada semua yang mendoakan.. jua kepada yang tak wish tapi doa senyap2 kan.. ade ke? perasan saje kamu ni sumai. suka hati la haha.

ape jadi?

no angka giliranku MB 115/4107 [jgn suke suki nk chek bile kuar result okay]
last room, dekat ngan stage AMF. Im candidate C, together with 3 Sitis

- Candidate A : Siti Solehah [medic]
- Candidate B : Siti Suhaila [pharmacy]
- Candidate C : Siti Sumaiyah aL-HaQiiRah [ict la]
- Candidate D : Siti Suryani [engine]

oleh sebab kami group laassst sekali, maka menantilah kami sejak pukul 11 hingga jam 1240 la kot. Sembang2 mcm nak rak, mcm tak nampak ade tulis silence please depan mata. haha nasibla, sape suruh kami tunggu lame2. hihi

Topik? Ianya mengenai cara terbaik untuk implement safety child to society.
saya dapat dari segi public awareness campaign.

in group discussion, ada 2 pandangan, saya dan solehah sokong point saya. suryani ngan suhaila pasal point at home.

lastly, pointku jua yg dipilih. haha. jenuh nk extendkan, mase 10 minit agak lama, bagi orang yang agak kekok nak speaking cm kami sume nih.

smpai sumai pun masukkan point supaye mak bapak jgn hutang ngan along

Kami bukan along, kami cuma nak tolong

sebab itu mgkin antara sebab anak diculik, dibunuh, mcm kes sharlinie yang masih belum ketemu. Di mana Sharlini [?]

hah, siyes tibai cakap. ckp sangkut2, memangla kan mane biasa speaking london ni haha. dengan tangan sejuknye, dengan taktahu nk ckp ape dah, itulah saya.

haish tak boleh jadi ni! mane boleh nk berjaya kalo tak fasihkan english kn. english is needed, especially when you deal wiith ppl. camane Islam nk maju kalo english + arab lemah kn?

So, itu antara pengajarannya. Biasakan lah speaking, bukan untuk beria, menunjuk2 tapi lebih kepada agar orang nampak Islam itu bukan mengongkong, dan tentunya untuk menyebarkan agama ini kepada yang tak boleh bertutur bahasa Melayu. Ye dak?

itulah kisah muet speaking ku. dah lepas, tak boleh undur2 daa.. kepada semua yang akan speaking london next week, all d best! Do ur best! :)

Thursday, May 7, 2009

dulu-dulu aku pernah berazam
mahu jadi muslimah mukminah
Allah bantu aku
aku masuk sekolah agama
aku rasa aku dapat semua yang perlu

tapi kenapa sekarang jadi begini?
mengapa mudah sekali tertipu dengan mainan cinta dunia?
oh, cintakan manusia
cintakan harta
cintakan pujian

aku bukan begitu!
aku benci pujian
sebab itu bawa aku ke neraka
aku suka hidup mudah
moga mudah untuk beribadah

tapi aku sering tewas kerana cinta lelaki
lelaki? siapa mereka?
kamu la lelaki, yang sedang baca post ini
kenapa mesti aku jumpe kamu
kemudian kamu menaburkan janji-janji manis
lantas aku yang lemah terpedaya
pada cinta palsu
yang tidak berlandaskan syariat
lantas aku terjerumus ke lembah dosa

ade kes aku yang mulakan
kenapa mesti kau terpengaruh Adam?
kau mesti kuat
kau pemimpin
bakal pemimpin agama
tentu sekali nakhoda rumahtangga
tidak boleh tewas hanya dengan satu suara manja
tiga patah perkataan berbisa
aku cinta padamu?
i love you?
go to Hell!

aku mohon maaf Adam
kerana aku yang memulakan
aku mohon maaf
kerana aku lemah
masih belum mampu menjadi muslimah mukminah
meneraju ummah di belakangmu

Ya Allah, ampunkan kami.
ampunkan kami..
Keampunan-Mu lebih besar dari dosa2 kami..
Yang Maha Pengampun..
Ampunkan kami ya Allah..

Kurniakan kami pasangan hidup penyeri di mata, penyejuk di hati..
Tetapkan hati kami atas jalan ini ya Allah..
Kabulkanlah.. Ameen.

Sunday, May 3, 2009

after 3 years..

after 3 years i am soo happy to show all of u d puzzle that i completed yesterday.




Read until the end.. ^_^



i bought this thing once upon a time at Ipoh Parade in 2006 if im not mistaken. konon2 nak buat waktu cuti lepas spm la. with Atie Ahmad, one of my kamceng friend. I miss you :) Atie also bought one, for the LPS to complete.

Contained 1000 pieces, but in my case, i lost 3 pieces resulted only 997 pieces of them, heheh.

Im so happy! with some troubles with me now, this is one of my medicine. heheh, relieved to see them!









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...