Thursday, April 30, 2009

Warkah utk arrijaal~

Ketahuilah lelaki, makin kau lari, makin dia m'hampiri
Usah dinafikan
Ikutlah kata hati,
satu saat kau pasti jua akan bicara mengenai an-nisa.

Usah dinafikan kata naluri
Jgnkan dikau manusia biasa
Nabi Muhammad SAW pun sunyi tanpa an-nisa
Apa lagi yg tidak ada di Syurga
Nabi Adam masih jg rindukan Siti Hawa.

Hakikatnya
Kami perlukan ar-rijal sbg pemimpin sufi
Menelusi jln yg penuh duri
Jangan jinakkan kami dgn harta duniawi
Itulah punca kami m'jadi liar
Jangan hiburkan kami dgn kecantikan
Itulah punca kami derita
Kenalkan kami dgn mahabbah fillah
Kenalkan kami dgn cinta Allah
Zat yg kekal
PadaNya kami b'serah.

Kami juga punyai hasrat, impian & amarah
Jika di lorong itu
Kau cuma m'jeling sepi
Siapa lagi yg akan m'bongkar diskriminasi duniawi
Jika kami dah jelas bengkok
Kenapa tak kau luruskan
Kalau pemimpin itu adalah syuhada
Jgn biarkan kami hanya kerana impian lelaki.


Eksploitasi n diskriminasi duniawi
Mengagungkan kami
Sehingga lahirlah Aishawarya Rai, Erra Fazira,
Jenniffer Lopez
Kamilah women gladiator
D ceruk mana pentas dunia pun
Kamilah teratas
Tp, hakikatnya akhlak kami di kaki lelaki
Kami derita dgn nama
Kami liar mengejar kemewahan
Tiada janji yg abadi.

Jika cinta ini kosong
Huru-haralah masyarakat
Ibu kan kehilangan anak
Suami kehilangan isteri
Bapa kehilangan puteri
Bila kami derhaka
Duniamu akan huru-hara
Bila tulang rusuk m'jd rapuh & patah
Rosaklah jantung, hati n limpa.

Inilah akibat kerana lelaki
Akibat kami x kenal Tuhan
Tak kenal diri sendiri
Apa lagi mengenal lelaki.

Ketahuilah rijal
Jika cinta ini subur pdNya
Bahagialah & b'untunglah dirimu
Kamilah pencipta sejarah
Sejarah Rabiatul Adawiyah telah pun terbukti
Cinta pd Yg Esa tak berbelah bagi
Sejarah Khadijah menuntut pengorbanan.

Tiada apa yg kami harapkan
Jgn biarkn kami kecewa hanya kerana
Mata hatimu yg gagal mengenali kami
Kamilah insan terhampir dgnmu
Kamilah ibu, kamilah anak, kamilah teman hidupmu
Smkin kau lari, smkin kami hampiri
Siramilah kami dgn sinar Islam
Pimpinlah kami bukan kerana rupa
Kerana hati ini lebih kekal dari yg sementara..

Monday, April 27, 2009

cerita pesta buku

Alhamdulillah Allah telah izinkan kami memijak bangunan PWTC dengan jayanya pada 25 April, seusai exam MUET yang mencabar. Hehe.Perjalanan kami dimulakan dengan Metro Bus No 12, cam bese la. Turun di KL Central lalu mengambil perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu atau lebih dikenali sebagai KTM. Dulu ingatkan KTM=komuter rupenye salah. Haha.

Kak Is and the gang dah tunggu kami kt KL Central, almaklumlah mane pernah poie PWTC hihi. Thanks to Kak Is! Semoga Allah membalas jasa akak :)

Sampai kat Pesta Buku yang dinanti kira-kira jam 3.30 pm. Macam rusa masuk kampung, redah saje sume. Tapi yang pertama sekali dicari tentunya kedai yang menjual air, kerana kami dah hampir mati kehausan. Waha. satu botol RM3, standard la bg tmpt gitu. Sebelum jumpe kedai tu, tanye orang jugak la, mane diorang dapat air mineral yang dorang minum. haha orang desperate katekan. At last, beli la kat kedai yang mahal tu..


Read until the end.. ^_^



Mule2 memang kelam kelibut gile sbb peta pn taktahu. lepas solat asar, barula jumpa peta. Actually saya cari JIMedia punye booth, tapi sbnrnya mereka tidak wujud. haha. Abang yang keje situ cakap yang diorang kan NGO so tade booth maa. Cume gabung dengan satu booth yang dikenali sebagai Readnetwork tak silap. Saya pun belila satu buku, 2 button badges dan jugak 2 pelekat Save Gaza & Freedom For Palestine, untuk kereta di rumah, sebab ummi nak. tapi nanti kalo beli satu je nanti abi merajuk. hihi. :)

Kebetulan jua, penulis novel Ayat-ayat Cinta, Mr Habiburrahman El-Shirazy (saje je panggil Mr) ada sidang di situ jam 5.30. wah, adela peluang bertemu muka, walaupun dari jarak yang jauh.









Then jalan-jalan lagi, jumpe booth PTS Millenia, Hijjaz Record, Inteam, Galeri Ilmu. Wah, Ustaz Hasrizal pun ade! Adela nampak buku yang ijat suruh belikan, Bercinta Sampai Syurga -Aku Terima Nikahnya II- dan juga pasal buah Tin tu, tulisan ustaz Hasrizal jugak. Ustaz pun ade kat situ sibuk menyain autograf yang diminta peminat. Hehe. Nampak seperti ustaz penyenyap, dan mungkin tak sihat atau penat.

Ade jugak Haji Bad, penulis kolum rumahtangga yang kartun dalam majalah Anis. Saya suka baca kolum beliau. Saya ade la bgtau dia, then dia suh saya beli buku I Love You Too, karya terbarunya. Saya cakap la tade duit dah. Dia gelak je. Gayat cakap 'dia ni belum kahwin lg la.' Haji Bad ckp, bagi kt mak ayah ke, wawa. masalahnya wang dah ilek.

Then Gayat ade ajak balik daa. Huhu solat Maghrib kat KL Central. Mule2 saya setuju then tak jadi la, solat kat situ jugak.Ya Allah ramainye orang. Waktu saya sampai elok2 aja tengah azan. Memule ingat nak solat sendiri tapi bile perasan orang sebelah solat berimam muslimin kt tirai sebelah,saya pn tukar niat. Subhanallah, rase seronok sangat. Yela, duk kat rumah mane nak dpt solat jemaah. Susah.

Dan Subhanallah, seusai solat, orang sebelah menjenguk muka saya, rupenye dia ialah Aisyah Tahir! teman satu sekolah sampai Form 3 di Taayah, then beliau ke Kolej Islam Sultan Alam Shah aka KISAS, skrg di KDU College. Tak ingat Sri KDU atau KDU. Dia di situ kerna akaknya kerja part time di PTS Millenia,lebih krg buat layout buku la. Sembang2 sekejap then beranso.

Waktu nak beranso ni la, kasut hilang sebelah. Dengan satu arus untuk orang ke surau, dan satu arus untuk yang mahu keluar, memang kasutku entah kemane. Dengan muslimin yang menakutkan [haha ayat hiperbola], adik2 dari bermacam sekolah, tak berapa nampak, jumpe sebelah je. Akhirnya itu dia! Kasutku! Beramah sebentar kat adik yang sekolah mane ntah tu,baju batik warne merah,

'Jap-jap dik! Bagi akak amik kasut akak jap!'

Dia pn stop la jalan kejap. Seusai ucap terima kasih saya pn terkocoh-kocoh ke luar, nk pakai kasut lagi. Jumpela Taqwa, Rawaida [Agen HerbaLife] & Fariha, member DQ. Hihi.

Oleh sebab saya jenis yang suke jalan laju, kadang2 tak perasan orang sebelah pun. Ya Allah, terlanggar dengan Abu Saif waktu nak keluar tu. Terlaga bahu ke tangan entahla, ustaz bagi saya jalan dulu. Bile terpandang barula perasan itu ustaz Hasrizal! saya bagi salam, tapi taktaula ustaz dengar ke dok. Dgr cam ustaz tergelak la. Haiya, malu dibuatnye.

Dah terlambat ni! Mintak maaflah Gayat, saya ckp sekejap je, tapi lame pulak. Huhu. Kesian Gayat menunggu. Dia jama' takhir saje.

Balik.. Nyeberang jalan macam orang tak betul, biasalah orang kecoh macam kami ditambah dengan kereta yang banyak. Hihi. Sampai kat KL Central jam 8 lebih, makan Spicy Fried Rice kat Food Court. tak tipu, macam Nasi yang ku selalu makan di Johnny's.

Dan tunggu bus, no 12 cam biasa. Adela satu adegan kelakar, yang mana pelakon utama ialah Gayat! haha, tamo la citer, nanti Gayat mara. hihi :P hanya mereka yang ada di tempat kejadian yg mengetahui.

Alhamdulillah jua, puji hanya bagi NYA, kami selamat tiba di depan pagar CFS hampir jam 10 malam. Ow, belum solat Isyak keh! Balik, roomate, amsya tade sampai lagi. Santai-santaila berehat, penat sungguh. penatla kot. Tapi enjoy! Thanks Gayat!

Berikut antara majalah dan buku yang saya beli :







PTS Millenia
-Tuhanku Maha Best! [Muhammad D. Sensa]
-Yakjuj & Makjuj [Muhammad Alexander a.k.a Wisnu Sasongko]
-Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain [Afareez Abd Razak Al-Hafiz]

JIMedia - Biarkan Aku Jadi orang Palestin

Telaga Baru - Majalah SOLUSI Isu 3 & Perdana

yang buku HAMAS tu, beli di MPH lame dulu. Currently im reading that. Serious, memang banyak ilmu tahu tentang mereka, saudara kita, adik beradik kita.Kalo ade peluang, bacalah! tak menyesal! Confirm! :)

---------------------------------------------------------

Gayat dalam cerita di atas adalah senior saya, Wan Nur Izzati Wan Ghayatuldin yang merupakan classmate kelas english saya selama 2 semester. Sorang yang happy go lucky juga, cuma beza umur setahun dengan saya. Akan ke IIUM Gombakpada esok hari, menyambung pengajian. Saya ngan amsya je panggil dia Gayat kat cfs ni. Dia ni best! tatau mau ckp camane. Best Gile! Thanks akak! :)


saya sayang akak!



----------------------------------------------------

Saya juga dapat merasa kemanisan berhijab waktu ke sana. Ya, dengan ramai orang, susah nak jaga wudhuk dari asar ke maghrib, itulah antara kelebihan menutup aurat, selain mengelakkan gangguan orang2 jahat [hiperbola lagi haha], rasa selamat dan tenteram. :)Thanks Allah. :)
itu saja corat-coret pesta buku kali ini. Moga Ada umur untuk yang akan datang! Bi-iznillah. Till then, fi 'amanillah! :D

Sunday, April 26, 2009

corat-coret

pernahkah kamu rasa sakit hati kerana sapaan pada rakan tidak berbalas?

ini bukan bile mesej or IM dengan lelaki la. Dengan kawan2 lama, kawan baru yg hendak dikenali lebih rapat n so on.

kenape eh mereka tidak memberi respon? Adakah mereka tak sudi berkawan dengan aku?

atau mereka sibuk time tu?

mungkin sebab kedua.

Read until the end.. ^_^

di masa aku free memanjang nih la nak merapatkan ukhuwah namun sedih sekali kerana tidak bersambut.

yang agak tak best jugak, ada la pulak segelintir ID yang sangat2 tidak dikenali mengganggu. Haish! Bisa pusing kepala! Alah, rasenye diorang kenal aku tapi takmo bgtau name.
Mereka ialah

  • sufi_jihadi
  • tomatomen_1
aku rasa deme org yang sama tapi mungkin tak. So kepada sesiapa yang nak berkawan dengan mereka, silakan add! aku benarkan! haha.

Dan sila harap maklum bahawa aku tak suke ber IM dengan lelaki kecuali kalo ade bende nk tny psl study, cfs, ape2 yang penting je k! *bajet geram*-memang geram!- abang2ku 2 orang tuh takpe ar.

till then, fii 'amanillah.

Saturday, April 25, 2009

Untukmu muslimah :)



Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...


buat Adam dialah Hawa.. [klik!]








Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...






Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ...

kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, daíah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI.


www.iluvislam.com




Tuesday, April 21, 2009

Surat untuk Muslimin

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu
Sesungguhnya aku adalah Hawa
Temanmu yang kau pinta semasa di syurga dahulu
Aku asalnya dari tulang rusukmu yg bengkokmu
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan
Kerana aku buruan Syaitan..

Adam
Maha Suci ALLAH yang mentakdirkan
Kaumku lebih ramai dari kaummu di akhir zaman
Itulah sebenarnya kelebihan ALLAH dalam urusanNYA
Jika bilangan kaummu melebihi kaumku
Nescaya akan merahlah dunia kerana darah manusia
Kacau bilaulah suasana
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa
Buktinya cukup nyata dr peristiwa Qabil dan Habil
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang2 ALLAH
Yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari 4 pada satu waktu...



Adam
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku
Tapi.... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu
Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara...

Adam
Aku tahu bahawa dalam al-Quran ada ayat yg menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita
Kau diberi amanah utk mendidik aku
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku
Memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu

Tapi Adam
nyata dan rata2 apa yg sudah terjadi pada kaumku kini
Aku dan kumku ramai yg telah menderhakaimu
Ramai yg telah menyimpang dari jalan yg ditetapkan
Asalnya ALLAh mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah
Di jalan2, di pasar2, di bandar2 bukan tempatku
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut

Tapi.... realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnye
Adam... Mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu
Aku ibu dan guru kepada anak2mu
Tapi skrg di waktu yg sama, aku ke muka menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata
Padahal kau duduk saja...





Ada di antara kau yg menganggur tiada kerja
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba
Kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara
Apakah kau tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku??

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
Maka Adam yg patut tanggung!!
kenapa? Mengapa begitu Adam?
Ya! Ramai org berkata jika anak jahat ibu bapa tak pandai didik,
Jika murid bodoh, guru yg tidak pandai mengajar!
Adam, Kau selalu berkata
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata
Tak mudah makan naasihat, kepala batu, pada hematku yg dhaif ini.

Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu,apakah didikanmu terhadapku
sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri2nya?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam
Kau sebenarnya IMAM dan aku adalah makmummu
Aku adalah pengikut2mu
Kerana kau adalah ketua
Jika kau benar, maka benarlah aku
Jika kau lalai, lalailah aku

Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu
Akalmu sembilan nafsumu satu
Aku.... akalku satu nafsuku beribu !!

Dari itu Adam, pimpinlah tgnku, kerana aku sering lupa dan lalai
Sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu2nya
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah ALLAH
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi Mujahidah kekasih ALLAH..

Adam
Seandainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri
Masih segan mengikut langkah para sahabat
Masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah
Dunia ini akan hancur bila kaumku yg memerintah...
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu ......


*petikan dari emel, jua menyampaikan hasrat di jiwa*

Monday, April 20, 2009

wajburnii



Cukupkanlah aku..
Tika aku terima nikmat-Mu
Agar aku aku tak lupa pada empunya 'alam
Agar aku tahu bersyukur.


continued here


Cukupkanlah aku..
Tika aku berdepan musibah
Tika aku diuji hawa nafsu
Tika aku rasa keseorangan
Agar aku merasa tenang.

Cukupkanlah aku..
Bila hati diuji cinta
Bila mata rasa berdosa
Bila diri tak selesa
Kerana aku berbuat dosa.

Ya Allah
Cukupkan aku
Dengan diri-Mu
Rasa bertuhan selalu
Rasa berteman
Rasa nyaman
Rasa gembira tiada lara
Selamanya.
Ameen..


aL-HaQiiRaH
Kuala Kangsar


*ilham tercetus dari maksud bacaan duduk antara dua sujud*

sila baca dengan qalqalah yang sebetulnya ye. heheh :D



Sunday, April 19, 2009

try it!

Happy birthday!




Selamat menyambut Ulangtahun yang ke - 81 kepada Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah yang mana merupakan sultan negeghi teman le.

Jom teman kongsi citer2 sikit kat kome yew.


More..



+ lahir kat batu gajah, perak.

+ belajo kt malay college kuala kangsar, universiti nottingham pun ade.

+ bidang yang banyak dikuasai adalah dalam bidang sastera dan perundangan.

+ setakat ni ada lima anak, 2 putera dan 3 puteri.

+ yang bongsu sudah tentula Raja Nazrin Shah, yang hari tu baru nikah sama Tuanku Zara dan baru je dapat baby tahun lepas. wee.. :)

itu je kot sikit2 info tentang sultan kita yang terchenta. diharapkan tuanku akan dipanjangkan umur dalam ketaatan, dan memerintah negeri dan isinya dengan adil dan saksama! -seperti yang termaktub dalam syara'-

'Eid Milad Sa'id!

*maaf ye tuanku, ni je yang dapat patik lakukan sebab takde pitih nak wat beso2*

belasungkawa

3S - batch of 42 - SERATA, Ipoh


Salam..
makluman kepada semua kenalan especially yang mengenali Laila Maisarah Abdul Kadir bahawasanya ayahanda nya telah kembali ke rahmatullah pada 17hb April jam 2pagi akibat serangan sakit jantung.

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

Saturday, April 18, 2009

insomnia and me




By definition, insomnia is "difficulty initiating or maintaining sleep, or both" and it may be due to inadequate quality or quantity of sleep. It is typically followed by functional impairment while awake. Insomniacs have been known to complain about being unable to close their eyes or "rest their mind" for more than a few minutes at a time.


More..


oh, it is currently happened to me!

But maybe one of the causes is anxiety. *sighed*

Be grateful for anyone who can sleep well every night.

*anyone could help me?*




Friday, April 17, 2009

mari join!


Palestin Berhad adalah sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan. Ia ditubuhkan untuk membangunkan kefahaman masyarakat Malaysia mengenai isu-isu Palestin. Di dalam memikul tanggungjawab yang besar dan mulia ini, semua peringkat di dalam masyarakat diajak untuk bersama-sama menyokong usaha bagi membebaskan bumi Anbiya' yang bersejarah daripada cengkaman Zionis. Ia memerlukan kerjasama yang erat di dalam menangani isu ini.

Tidak dinafikan lagi bahawa dunia kini menyaksikan kerakusan Zionis dalam usaha mencapai cita-cita besar mereka. Zionis mempunyai agenda utama tersendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi, iaitu agenda menubuhkan sebuah negara yang dinamakan "Israel Raya".

Apa yang disaksikan kini, agenda mendirikan sebuah negara yang besar itu tidak mungkin akan tercapai dalam keadaan mereka ditentang dengan penentangan yang amat kuat, sehingga mereka terpaksa berundur sedikit demi sekdikit pada ketika dan saat ini.

Justeru itu Aman Palestin dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan satu seminar yang bertajuk "Berakhirnya Agenda Zionis" bagi memberikan penjelasan kepada masyarakat khususnya golongan belia supaya melihat semula kegagalan Zionis di dalam mendirikan sebuah negara yang agong itu.


1. TAJUK SEMINAR
"Berakhirnya Agenda Zionis"

2. OBJEKTIF
· Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat khususnya golongan belia terhadap agenda Zionis yang paling utama untuk menguasai dunia sudah berakhir.

· Membangkitkan kesedaran tentang bahaya projek Zionis untuk menguasai dunia dan sejauh manakah kesan kewujudan mereka kepada dunia sejagat.

· Membuat pendedahan kepada masyarakat terhadap propaganda Zionis di dalam mendirikan Israel Raya.

· Memberikan persepsi yang sebenar kepada masyarakat terhadap status terikini agenda Zionis.

· Memberikan kesedaran tentang langkah-langkah yang boleh dimainkan oleh masyarakat bagi menghadapi agenda Zionis.



tarikh, tempat dan masa klik sini

3. TARIKH
9 Mei 2009 [Sabtu]


4. TEMPAT
Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur

5. MASA
8 pagi - 5 Petang

6. SASARAN
3000 kerusi

7. YURAN
RM 10.00 [Boleh dibayar di hari konvensyen]


laman web rasmi

http://kbaz.net/



*credit to Akh LuQman*

surat

alhamdulillah.


it gives me great pleasure to inform you that you are hereby selected to become one of the committee members for Ta'aruf Programme 2009/2010

consequently, you are requiredto report at the Student Activities Department (STAD) Office, Centre for Foundation Studies, IIUM on the 17th May 2009 from 9 am to 4 pm.

....


till the end..!



itulah suratnya yg diterima tadi. maknanya, saya perlu mengangkut diri ke cfs iium pada hari sebelumnya, 16hb.

rasenye inilah bulan yang paling banyak mengalirkan duit kerna ke sana. haha. muet, rumah, muet, rumah, taaruf week, rumah? takde la. dah start sem baru waktu tuh.

rase mcm tak sabar nak ke sana. sebabnya dah teramat bosan tinggal di rumah.

camane la adik2 baru ek. ade ke adik sekolahku? baguskah adab mereka? ya, macam2 yang bermain dalam fikiran.

Apepun, saya rasa amat bersyukur kerana terpilih. dengar2nye tak cukup applicants. tapi ade pulak kawan saya yg mohon tapi tak dapat. Hmm?

Allah telah mengaturkan yang terbaik buat kita semua. percayalah! :)



Thursday, April 16, 2009

XPDC Dakwah! Mari sertai kami!

Salam. Perhatian semua! GAMIS akan anjurkan XPDC DAKWAH 'TURUN KE LAPANGAN' Menangani Gejala Sosial' pada 18hb April ini @ Sabtu bertempat di Pantai Dalam & Kerinci (sesi 1) dan Flat Seri Penara (sesi2). InsyaAllah bas akand disediakan dari UIA. Boleh bg nama di 013-3253205 @ 013-2002359. Makanan disediakan. Ayuh, selamatkan generasi muda kita!! Siapa cepat dia dapat!! Daftar segera! Forward to all~

Wednesday, April 15, 2009

Wednesday, April 8, 2009

2 Hills : Selambau + Gantang

the first one is located in Kedah while the other is at Perak.

I'm writing not to analyse why Pakatan Rakyat (PR) won yesterday. Because i am not a political analyst. It is just my expression. Yeah, my expression. I beg you to read till the end, not because i am desperate but for you to understand what i'm writing about.

I was at Bukit Gantang on Sunday, 5 April during the campaign and yesterday, on the election day. Again, not to analyse but just to be a viewer. Take a look there with ummi and abi.
During the campaign, it was awesome especially in Air Kuning, Nizar's territory. Also at other places, both parties were really fighting, i mean psychological attack. Many banners of course. I can't capture all of them coz we're on car. But when we passed by at one of the road, looked like BN hard core were jumping maybe because they were on victory that time. That's not my problem. While i was recorded them, one of them shouted to me something that i couldn't really recognize. Seemes like he was angry. Hye, what is my fault?


More..!













So the problem here is the mentality of Malaysians.
I am not on behalf of PAS or UMNO. This is my opinion.
I surf in the internet and found lots of blogs, of course they are about the 3-small-elections thats on the air. Most of them use impolite words, too emotional, both were always wanna win. I don't think they won. Why?
Because at last, the Syaiton are still laughing at us, seeing us fighting each other, without any solutions.

This party slandered other parties and vice versa. What is the end? Yes, our chosen candidates won that election. But do you think our attitudes as the hard-core-supporters will change? It is repeating in every election.
So when our chosen one won, we will say this candidates are the best. the one who win. Do you think it's true? do the candidates realize that they are entrusted by Allah and the residents to change the wrongs to rights?

It is not wrong to write, to support but i think the people are doing more than that. Slandering people, it is worse than killing!

yet, both parties are not the perfect one. Maybe we can say UMNO did not implies Islam in their party but do you think that PAS really doing what they said? Their mission, vision? Yeah, it was only for some people who are really committed, not for all the members. I fully hope that Islam would be perfected in our country, as soon as possible. I dunno, am i obeying rude leaders? Sultan? PM? whatever it is, I hope the one who did mistakes would realize theirs because all of us will be questioned in front of Allah in Mahsyar.

And at last, I am still not a 'true' supporter for those parties. I elect for the one who are forever in the true path. How to know? the truth will be unveiled.. And for the meantime, use your heart to scan. Peace! :D

*Muslims are families. So do we*


Saturday, April 4, 2009

sometimes i think

Sometimes i think, did my blog benefit others?

Did you gain anything from what i wrote?
Coz you know what, i think i have spent plenty of my precious time in cyber world actually, not only with my blog, but with my friendster, facebook, hi5 bla3.
Now, i have deleted my account in Fs and Fb.

Yet, i still love surfing, because reading others' blogs usually will give me something new. Do you know that?

I would like to say thanks to all bloggers for giving good informations, food for my soul, reminders and whatsoever you wrote, that benefit in me.

--------------------------------------------

sometimes i think, i should stop blogging because what i wrote mostly did not benefit others.

i do not know whether they benefit in you or not.

-------------------------------------------

Just wanna ask the readers..

Do you think about your intention before doing something everyday?

Do you think it will benefit others or not?
Do you really enjoy doing it?

bla bla bla

sometimes, i think, before i start watching tv, is my intention to get the blessing from Allah?

when what we watch is a story, drama about sexy women or maybe should be called as non-fully-covered women (tada tutup itu aurat), censored scenes, violence, scene at a disco, pub, or whatsoever we think as immoral;do we think that Allah do not see us?

before we go hang out with friends, makan-makan, lepak-lepak at kedai mamak, do we think we got the bless from Allah? well, it depends on how we do it. there's no wrong to eat with friends, but if it is a gathering of boys and girls and talking bout nothing, do you think Allah will bless us?

somehow i realize, i dont really put Allah upon everything i do, anything i did. do we realize that?
do you know Allah has been watching us all the time, since we were born, until know?

and at this moment, do we realize that Alllah is watching us, reading this blog, while chatting with friends, watching videos at youtube, checking emails, etc ??

You know what, Allah is always with us, watching us, waiting for us to say that we miss Him, we love Him.

i know, it is hard to fight upon our nafsu, i do face it.

but u know what, once we succeed, we will feel happy in the soul, yet the satan will never give up. They will always try to destroy us! the sons of Adam.

the conclusion is, you should think yourself.
because we are already mature to differentiate which is good or bad for us.

the problem is, we dont wanna use the 'aqal Allah has given us with full use, right?

or i'm wrong?
----- ~~~~ ----

Allahumma nawwir quluubanaa bi nuuri hidaayatika kamaa nawwartal ardha bi nuurissyamsika abadan abadaa birohmatika yaa Arhamarroohimeen

Ya Allah, sinarilah hati kami dengan cahaya hidayah-Mu sebagaimana kau sinari dunia ini dengan cahaya matahari-Mu selama-lamanya dengan rahmat-Mu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Therefore remember Me, I will remember you. Give thanks to Me, and reject not Me. [2:152]

Al-Fatihah buat Arwah Brother Asmady Zakaria, Head of ICT Department, CFS IIUM. Klik sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...