Tuesday, March 31, 2009

yana punye keje

1. Anda rasa anda hot?
* saya memang berdarah panas :P


2. Bila kali terakhir makan pizza?
* kt pizza hut, thn lepas. Pizza kat kedai roti baru beberapa minggu yang lalu..


3. Lagu terakhir anda dengar.
* Dust is My Bed


4. Apa yang anda sedang buat selain dari tag ini?
* Chat dengan andah + Surfing


5. Selain dari nama anda sendiri apa nama yang anda suka dipanggil?
* sumai. Tak ingat sape start tapi saya suka!!


6. Tag lagi 5 orang.
* saya mahu . . .
  1. Sis Fadilah aka DieyLa
  2. My Top List!
  3. merahituhamra
  4. durakhyar
  5. fitrah hanim
*you can ignore if u want*

7. Siapa no 1?
senior cfs . .


8. Siapakah orang no 2.
One of persons that interested in my blog ^_^

9. Orang no 3 ada hubungan dengan sesiapa?
Ada, dengan Tuhannya! :)


Sekian, trimas yana!

p/s: saya seperti merasakan saya tidak mahu di tag selepas ini.. maaf ya! :)

Monday, March 30, 2009

Musim2 ngundi ni..

Tadi ummi dan saya jalan² a.k.a. poya² di pekanku bandar diraja perak.

Pastu kan, ada kereta bawak bendera PAS yang besaaar lalu.. kira selisih la..

Ummi main lampu ngan keta tu sambil saya yg dok sebelah ummi ni angkat tangan. Orang tu kuarkan tangan dia dr cermin, balas. Haha saya sangat terujaaa!!

Sebelum tu, jumpe da skali satu kereta bawak bendera PAS jugak tapi kami angkat tangan deme xnampok.. huhu

Tadi ceramah kat surau, cerita pasal Maulidur Rasul oleh ustaz Manolito (best gile.nyesal dtg lmbt). Ustaz cakap ust ada mesyuarat kt taiping kul 1030. Mesyuarat bukit gantang ke ustaz? heee.. :)

Undilah pada mereka yang padanya ISLAM! Bukan yang mengagungkan bangsa kerana yang mulia di sisi Allah bukan bangsa Melayu tetapi orang yang bertaqwa.. mendapat taqwa itu adalah dengan Islam bukan dengan Melayu, Cina, India, Arab Badwi, Bani Quraizah atau sesiapa!

Allahua'lam :)

Thursday, March 26, 2009

Majlis mesti jadi best kalau makanan sedap! 2


"agd pling bodo pnh ak pegi..
1st year cam gampang..
makanan x sedap..
kate mkn western la..tu la..ni la..
air pun ltk ats meja je...mne air kopi?...air buah?..air2 lain?
lauk pulak...ak mkn stu jnis je...yg sayur putih ape ntah ak x nmpk org mkn pon...sup pun ntah ape2...xde org mkn...
mkanan x mmuaskan langsong...
rugi duit ak rm50 mlayang...
mknenye menu korang plih x sedap...menu x padan dgn hrga yg kitorang bayar...
perjalanan program mcm bodo...mne ade org speech bnyak2 bru mkn...
ptutnye mkn dlu brula speech bnyak2..
ak tnye knpe perjalanan program cmni?
diorang jawab..kite ikut protokol...
KPALE HANGGUK KO PROTOKOL...
x thu protokol yang sbenar jgn mmandai...tnyela senior yg lagi mngetahui...bongok!
1st yr buat progrm mmg mcm bodo..ade ke AGD xde sesi bergambar???
org pkai lawa2 nk amik gmbar n nk seronok2...korang pg ptong trus event amik gmbr tu wat ape?
1st year mngadu mase x ckup utk jlnkn progrm n buat bnde lain...
pdahal korang yang bodo isi masa dengan program2 yg bongok n x mnarik lgsung...
video azlan pon ak kne paksa diorang siarkan..org buat penat2 diorang kate mse x ckup...mungkin akan disiarkan..
MUNGKIN?...wei...org dah buat korang xnk tnjuk plak...igt sng ke wat vdio sbjik...bodo 1st year...
wtf
ak lg rela kuar sndri mkn nandos drpd pegi agd nih...
1st year mmg bodo...
lg baik kite yg lg tahu ni handle...
1st yr punye program...gampang..

kotak beracun=tak dpt sambutan wehhh
cabutan bertuah=tak happening sbb student sndri yang bg hadiah...bgila grand sket...sruh lecturer bg hadiah..
sesi bergambar=xde lagsong
makanan=x mmuaskan...x padan dgn byaran..
1st year=bodo
comittee=bodo

cmane ICT akn dpandang tggi kalu adenye perosak program cm korang 1st year...
crila committee lain yg lg bgus n bleh diharap..
jgn smpai ICT sane da parak bru la sedar....."

Ini salah satu komen yang aku dapat dari pemilik blog zelo55.com .
Memang komen ini tiada kena mengena dengan tajuk entri ini dan juga entri sebelum ini,
tapi sedikit sebanyak, telah menerangkan apa sebenarnya yang berlaku pada makan malam tahunan aku.
Banyak lagi komen yang aku telah terima, tapi aku rasa komen ini yang paling bernas, berasas dan lengkap.

Yang berkenaan, nilailah sendiri.


*Taken from the senior's blog. Whats your opinion? Irma? HUsaini? Anyone?

Wednesday, March 25, 2009

Perhimpunan Agong UMNO


Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung dan keputusan pemegang2 jawatan baru je diumumkan sebentar tadi.

Tak perlu list nama diorang kot. Saya bukan ingat nama penuh pun. Heh. Tapi waktu penggulungan hujah wanita umno, saya sangat terkesan dengan ayat Rafidah Aziz yang menyandang Parlimen tempat saya tinggal ni ha.

Nak tahu dia cakap ape?

Kita nampak mereka berserban, dan bermacam2 jenis pakaian lagi. Tapi matlamat mereka sama iaitu untuk menghancurkan BN..


menghancurkan BN?

oh, terkejutnya saya. Korang konfem dapat tangkap kan, mereka dalam ayat dia tu pembangkang.

Ada ke dalam visi dan misi PAS atau PKR untuk menghancurkan BN??

Takda saya rasa. Mereka cuma ingin menegakkan syiar Islam di Malaysia tercinta ni.

Ayat Rafidah tu memang buat hati saya terbakar. Saya bukan penyokong mana-mana parti, kerna saya tahu setiap mereka ada buruk dan baik. Tapi saya mesti la nak sokong yang mana baik kan? Ni negara saya, negara kita.

Hari tu waktu Rafidah menang 2008, mak sedara saya cakap ngan ummi, "opah pidah menangla."

hehe saya tak kisah sapa menang asalkan Islam itu tertegak dalam diri mereka. Kita bukan nak tengok sempurna, tapi usaha itu perlu ada. Barula gembira kan?

Oh, saya bukan fanatik politik, well, ini post pertama saya yang berkisar tentang politik. Mungkin ada lagi selepas ni. Yang pasti, saya pasti menyokong yang benar. Dan bukan ke politik itu sendiri termaktub bawah cabang Islam?

Camne nak tahu itu benar dan itu salah? Banyakkan membaca dan mendengar. Hehe. Banyak sumber, sendiri mahu cari la.

Nasibla saya tercakap pasal UMNO, sebab perhimpunan Agung PAS takde liputan sebegitu dalam TV kan? Huhu

Ini cuma pandangan, mahu kritik silakan. :)

**oops! saya tak letak YB, Datuk, Dato' or whatever sebab sume tu tak dibawa ke kubur pun. Lagipun tak kuasa saya nak ingat pangkat2 orang ni. Ahaks!***

Tuesday, March 24, 2009

Bila Jodoh Habis?

Tadi saya tonton rancangan Anjakan Paradigma bersama Dr Fadzilah Kamsah di Astro Oasis. Tajuknya agak menarik,

Bila Jodoh Habis

Almaklum sekarang musim kahwin ekspress di kalangan orang Malaysia. Yang terkejut tu kahwin 12 hari pun ada. Apa mau jadi ma. Nauzubillah.



Dalam rancangan tu ada lah dia cakap apa punca cerai di kalangan Malaysians sini. Berdasarkan kajian di Lembah Klang, 30% pasangan bercerai dalam masa 5 tahun. Tak ke banyak? 30 orang bagi setiap 100 orang. Lu kiralah sendiri.

Punca-punca antaranya kewangan, masalah dengan mertua, kurang belaian dari pasangan, suami masih hidup dengan cara bujang, isteri tak pandai masak etc. Pendek kata, benda-benda yang tak ternampak la waktu couple. Waktu couple sume indah kan. Yang ni pandai cover depan awek. Yang tu, pandai tipu pulak cakap pandai masak dan macam2 lagi. Padahal si lelaki tu orangnya panas baran, si perempuannya tak tahu masak langsung! Ada pulak tuh couple 8 tahun tapi bila kahwin cuma bertahan 2 bulan. Ape ke halnya?

Sebelum ni, saya pernah tanya ummi, adakah terjadinya penceraian itu akibat jodoh mereka habis atau apa?

Ummi cakap; in her opinion, sebenarnya semua tu berpunca daripada pasangan masing-masing. Maksudnya toleransi, tolak ansur sesama mereka. maksudnya bukan semata-mata bila dah tak suka, cakapla dah takda jodoh, kami tak serasi, hidup kami lebih baik sebagai rakan bla3.

Namun ada yang memang telah cuba menyelamatkan tapi kalau si suami main kayu tiga, amik nafkah isteri, apa kes? sedihnya bila tengok pemimpin-pemimpin rumahtangga sekarang.

Semoga pasangan kita nanti akan membawa kita ke jalan-Nya. Oh, mungkin ada orang cakap saya masih muda, ade ke cakap benda2 gini. Saya rasa budak sekolah rendah pun dah ada boyfriend/girlfriend kan? Sebab benda ni sume fitrah, cuma sendiri mau ingatla, jangan sampai ke kancah fitnah. Kita w a n i t a la terutamanya. Jadi tak salah lah saya menulis kan, ini sesuatu yang semua orang rasa.

Terang lagi bersuluh la couple itu sangatla tidak membawa kebaikan. Menambah dosa, hati tak tenang, rasa bersalah, jenuh cover depan orang. Kita selalu mementingkan penampilan kita di hadapan manusia berbanding Allah kan? Saya juga.. :(

Banyak lagi cara untuk mengeksperesikan rasa cinta kepada seseorang. Kalau belum masanya, rilek la beb. Ada jodoh tak kemana. Doa la banyak2, Allah mendengar. DIA Maha Mendengar! Kalau nak sangat, suruhla orang perantara ker, parents ker, dll. Moga Allah membantu kita mengekalkan sifat malu yang dituntut dalam Islam! Ameen..

I seek forgiveness from The Almighty and i apologise for anything i had done to all my friends, muslimin and muslimat. May Allah bless us . .

*Arrijaalu qawwamuuna 'alannisaak*

Monday, March 23, 2009

LaunChinG!!

dalam kekecewaan diri yang tidak mampu ke cfs pj untuk bersama-sama ke launching wireless service di sana, ada hikmah tertentu di sebaliknya. Pasti.

Untuk pengetahuan semua, saya akan bertukar ke no baru bermula 24hb Mac 2009 aka esok ler. Kepada mereka yang dah dapat no baru tu, tahniah. Kepada yang belum dapat, sila emelkan or bagitau saya kat YM yerp. :)

So, it is launching of my New HP number!! :)

KENAPA SUMAIYAH TUKAR NO?

Waktu forward message no baru, ramai la gak member yang complain sebab sumaiyah asik tukar nombor. huhu. mintak maaf.. takde niat nak menyusahkan anda semua.. :(

atas sebab tertentu, bukan satu tapi banyak, saya tukar nombor hp. Tak perlu tahu mungkin apa sebab²nya. No baru ni saya register dengan nama adik saya yang bongsu. hehe. Ya, masih uox.

Harapan saya dengan no baru ni, moga redha Allah sentiasa mengiringi kita semua.. Moga yang pedih dan luka itu dibiarkan dan dilupakan. Moga hidup ini sentiasa tenang dan aman daripada dosa yang mampu dielakkan.

Hidup sebagaimana yang kita mahu. Asalkan masih atas landasan Islam, kamu pasti bahagia!! :)

minta maaf semua...

Sunday, March 22, 2009

result + kahwin muda



Alhamdulillah sume cewek2 dan cowok cfs iium pj & nilai dah dapat result masing2 untuk semester 2. Tahniah la kepada sume yg berjaya. Yang tak berjaya, cuba lagi! Hehe. Result saya? Alhamdulillah ada peningkatan. Cuma tak excellent cam orang lain. Sebab sem 1 dulu result sangat tak elok atas sebab2 tertentu. :(

-Yang paling mengharukan, result EPT aka English Placement Test lulus semua skill! yakni reading, grammar, writing, speaking & listening. Sebab waktu exam especially speaking, cam a lil bit nervous dan hujah cam budak2 je, dengan invigilator yang agak tak berapa friendly.. Tapi Alhamdulillah! semuanya kuasa Allah, tinggal kita yang nak bersyukur atau tak..


Tadi kan, saya ke kenduri kawan saya. Dia bertunang.



Balik tu, mak saya cakap la tentang kahwin muda ni. Sebab kawan saya baru 20 tahun. Hehe. Dia cakap alasan tunang dia tu untuk tunang awal ialah kerna takut kawan saya ni lari. Almaklumlah, kawan saya ni cun melecun orangnye.. :)

Mak saya cakap, tak sesuailah zaman sekarang ni kahwin umur awal2 camtu. Sebab kawan saya dijangka akan berkahwin 2 tahun lagi. Sebab tunangnya pun masih sedang belajar. Cam dia jugak. Cam saya jugak. Cam korang jugakla kesimpulannya.

Mak saya cakap lagi, dia pun menyesal sebab kahwin awal dulu. Dia cerita jugak pasal adiknya yang kahwin awal. Penyudahnya tak sempat sambung belajar, jadi surirumah, duk bawah ketiak laki, nk duit sume mintak kt suami. Kire cam xbest la.

Bagi saya, mak saya cakap sume mmg betul. Sebab saya belum pernah jumpe la pasangan yang nikah awal dan dua2 puashati dengan apa yg ada. redha memangla redha. cuma target untuk kehidupan masing2 xpernah tercapai dua2nya.

Kepada yang dah ada plan untuk nikah, silakan, sebab nikah dapat tutup banyak pintu maksiat. Namun, siap siagalah sebab banyak lagi bende lain yg menunggu. Bukan hantu. Tapi lumrah hidup berumahtangga. Bagi diri saya, Allah lah menentukan segalanya. Tapi seriously, saya nak kerja dulu! He3. Jumpa lagi!

Kepada pelajar CFS yang ada short semester especially roomateku terchenta ammar dan anisah, all d best! Untok sume2 laaaa.. Daa . . . .

*EPT adalah requirement untuk ke main camp di gombak. Jika tak lulus, nescaya kandaslah anda di pj.. huuuu

Tuesday, March 17, 2009

do u believe it?

i got this link from durakhyar. thanks! :) walopun jawapan ada cam unbelievable tapi bole kate 95% betui. Wah!! :D

http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx
-link ni best la.banyak kuiz ttg personaliti!-

Answers for Sumaiyah :->

Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

Your views on education:
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.


The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:
Success in your career is not the most important thing in life. -betui ke ni?- You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working.

What are you most afraid of:
You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

Dah kenal saya? bagus2. hihihi :)

Nak tag orang bole?
1. One
2. Yana latif
3. Imah
4. Andah - if u r bz its ok :)
5. Raihana
6. sape yang suka baca blog ni tapi xkomen ape2 haha -i know you!-

all d best! :D

ini gambar saya dan 2 orang abang saya kecik2 dulu..
[suke hati la orang nak letak haha]





Saturday, March 14, 2009

Cerita seorang aku

Aku punya impian
Punya teman sepanjang jalan
Tidak kan pernah meninggalkan
Walaupun aku hina berbanding kalian.

Aku punya harapan
Kuat luaran dalaman
Menongkah arus penuh cabaran
Bertemankan mereka yang menyemangatkan.

Aku punya cita
Tidak dengan mereka yang lupa
Bertemu kebenaran, aku dilupa
Aku ditinggalkan tanpa apa-apa.

TUHAN
Kupohon diberi kekuatan
Biarpun kini ditinggalkan
Tanpa arah tujuan
Ku mencari insan dan teman
Yang tak akan pernah meninggalkan
aku yang hina nian
Semoga KAU memakbulkan
Ameen..

aL-HaQiiRaH
Kuala Kangsar
140309

Tuesday, March 10, 2009

Kedatangan

Babak 1

Pada suatu hari, sedang kita menonton Akademi Fantasia, ada seseorang memberi salam di luar rumah. Kita lantas menyuruh adik kita jengukkan kerana bosan ada orang mengganggu.

Adik kata dia tak kenal orang tu. Kita pun keluar tanya dia mencari siapa.

Dia membalas : "Aku mahu melawat umatku."

Babak 2

Sekumpulan wanita sedang bergosip di dalam kawasan kerja ketika waktu rehat. Bercakap tentang rakan sejawat yang itu, mengatakan dia selalu bising dengan kerja dan selalu sombong dengan barang kemas yang ada.

Tanpa disedari, ada seseorang yang memerhatikan mereka dengan raut wajah yang sedih sekali. Anda tahu siapa dia? Dia Penutup bagi segala Nabi.

Babak 3

Sekumpulan remaja sedang melepak dengan menghisap rokok, bertepuk tampar sesama lelaki wanita tanpa segan silu, menjerit-jerit tak tentu pasal. Ada insan yang sedang merenung mereka sambil menangis.

Dalam hatinya berkata, "Ya Allah, ampunkan umatku."

Babak 4

Ketika saat kewafatan Kekasih Allah, Rasulullah SAW.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?"

Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?

Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?".

Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku."

baca sini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alangkah sayangnya baginda kepada kita!

Apa agaknye ye, sumbangan kita pada baginda? pada agama ini?

HUrm, kita dah tutup aurat sepenuhnya ke? Kita ikut apa suruhan Allah sepenuhnya ke? Kita amalkan sunnah baginda ke? Kita jaga ke batasan pergaulan lelaki dan wanita?

Tanda cintakan baginda bukan hanya sekadar berselawat namun dengan patuh pada arahan Allah dan sedaya upaya mencontohi baginda dalam segala segi.

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya TUHAN saja yang tahu..

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu..

Happy Birthday Ya Habibullah!

*Masuklah kamu ke dalam Islam secara total*

Friday, March 6, 2009

Free wireless service in CFS PJ


Written by Izdihar
Thursday, 26 February 2009

Assalamualaikum

Free wireless service is available in Petaling Jaya Campus. ITD will do a trial run on 5th March 2009. If you are a CFS stundent in PJ and interested to participate, kindly email to wirelesscfs@iiu.edu.my. This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it . The wireless registration will start at 10.00 am (5th March 2009, Thursday) at Infomation Technology Department .

Our official launching will be on 23rd March 2009 (2.30 pm at AMF Hall). All students are welcome.

For further infomation, you can visit http://wireless.iiu.edu.my. Thank you. Wassalam.
Last Updated ( Thursday, 05 March 2009 )

dur punye keje

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
xserata. Sebab ini identiti saya. Huruf x simbolik kepada ex means bekas @ former. serata is shortform for my previous school, Sekolah Raja (P) Taayah. I'm proud to be one of students there :)


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://xserata.blogspot.com
memang id saya dari dulu. emel gune ini. blog pn gune ni. kan senang. btul x?

3) Kenapa anda berblog?

kerana ingin mengetuk pintu hati ini dan sesiapa yang Allah beri Hidayah

dan juga untuk menghilangkan bosan

dan untuk belajar benda baru

dan untuk kenal semua orang!!
:D

4) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
cerita kot. Di alam realiti, saya boleh dikatakan agak suka bercakap. Cuma tinggal ada isi ke tak la kan. So berblog ni lebih kureng bercerita. Apa2 yang saya suka! Saya tak kisah orang nk cakap apa. Nak ngata belakang pun silakan. Saya tahu apa yang saya buat.


5) Antara rupa dan isi, yang mana lebih anda utamakan?

Isi. Tapi orang selalu mengutamakan rupa. Kalau blog nampak menarik, baru dia nak baca. Itula pengalaman saya sebagai pembaca.


6) Adakah anda meletak widget lagu di blog anda? Kenapa anda memilih lagu tersebut?
Takde. Tunggu masa je.

7) Antara banyak-banyak artikel di blog anda, yang mana paling anda suka dan kenapa?

Semua. Ha3. Kisah blog kot. sebab dalam post tu saya dapat luahkan apa yang saya nak cakap pada sape2 yang rase dialah orang yang saya tujukan.

8) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

Blog ini pernah terhapus sekali. Kerana saya rasa saya cakap tapi tak buat. Banyakla bendenye. Tapi, sekarang dah ada kekuatan balik untuk bina smula diri. Islah nafsak wad'uu ghoirok. Moga Allah membantu saya!


9) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

Perghh, new layout nampak! Blog org yg tag saya dah maju, saya taktahu bila lg, takde masa dan wang. sape2 bole bantu? ngeh3


kepada
tagger, terima kasih :)

kepada semua pelajar CFS, selamat bercuti! ^_^

Monday, March 2, 2009

What's up?

Apa cerita Palestin? Oh, musim2 exam ni, sume sibuk study. Tapi yang sedih gila tu, saya jumpa sisa2 makanan dari KFC, McD dan DOMINO's kat tong sampah berdekatan bilik.

Hmm.. dulu bukan main berdemonstrasi. Sebentar itu sajakah semangat itu?

Sebagai seorang yang suka makan, saya lagi teringin gila nak makan benda alah tu. Tanye la roomate, diorang da penah la mengahadapi situasi saya mintak nak makan dominos. Kupon ada je dalam simpanan. Tapi tahan la ye. Tak mati pun kalau tak makan.


perut da bunyik2


adik saya suka. saya tumpang sekaki


Apa khabar saudara kita??

Mishaal: Menentang pilihan strategik Hamas.

Isnin, 02/03/2009 - Khaled Mishaal, ketua biro politik Hamas berkata pada hari Sabtu perjuangan menentang penjajahan Israel merupakan pilihan strategik Hamas dan akan berterusan sehingga setiap inci tanah Palestin dibebaskan.

Beliau menjamin bahawa Hamas tidak kira sejauh mana pencapainnya dalam bidang politik namun tidak akan berganjak dari prinsip penentangan ini dan perang di Gaza merupakan satu contoh praktikal bahawa tiada masa atau posisi yang mampu mengubah arah perjuangan Hamas, kata beliau kepada kunjungan delegasi Jordan.

Mengenai usaha mewujudkan kerajaan penyatuan, beliau berkata Hamas serius dan positif terhadap langkah ini dalam memastikan perpaduan di kalangan rakyat Palestin sambil mempertahankan prinsip perjuangan Hamas tanpa pilih kasih dan tidak akan berkompromi dalam hal-hal perjuangan.

Sementara itu penayangan filem yang menghina Nabi Isa, ibu baginda Maryam, Nabi Muhammad dan Hamas oleh media Israel menunjukkan masa kehancuran Zionis Israel semakin dekat kerana mereka yang terang-terang menentang Allah tidak akan berjaya atau mempunyai tempat di tanah suci Palestin.

Dalam satu kenyataan yang diterima oleh PIC, seorang pegawai kanan Ikhwanul Muslimin di Jordan, Kadhim Ayish berkata pertubuhan mereka menyokong segala usaha ke arah penyatuan di Mesir dan berharap dialog ini akan membebaskan dari projek Zio-Amerika yang sememangnya terbukti gagal.

sumber : http://www.palestinkini.info

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...