Saturday, February 21, 2009

IQRA' Family Day

Alhamdulillah, semalam, baru selesai diadakan Family Day bagi Sekretariat IQRA', persatuan pelajar dq-uiam di CFS ni ha. Petang tu, sumaiyah and the gang tiba di court belakang mahallah Zainab Jahsy lebih kurang 5.45PM. Dah ada orang la, Ada Aflah, Radhiyah, Ameenah, Jalilah n sape lagi ye. Ade la. Hehe.

Diorang main netball. Tapi second year ada 2-3 orang je. Hari tu Aflah cakap, 2nd year yang beria nk buat family day ni, sebab diorang nak kuar dah, ni last semester bg diorang. sementara nunggu yang lain, kami pun warming up.

hiyahh! hiyahh!
kami joging kat court, 3pusingan je. then warming up buat senaman2 yang disulami dengan zikrullah. Then?

Kita belajar tarian Poco-poco! Hehe. Ini yang seronok. Nampaknya Ucu hidayatul n Usu Poo_Jan dah master poco2 seh! taniah2! :P

The, ada request nak main chicken dance. Amin@ Ameenah la yg tak tahan tu. Sangat bersemangat! Bagus2. Ini la yang kita cari! Muslimah aktif! heheh. :D

dah ramai2 sikit tu, kami main orang muzik pulak, macam kerusi muzik, tapi rebut iorang, means kena peluk la orang tu. Hehe. Best2, sebab tak pernah2 akak 2nd year nak peluk titibe dapat pelukan ukhuwwah. Alhamdulillah..

Then, main Digital Quran Manual. Banyak betui mainnye ye. Yang ni, kena ingat ayat yang diberi. Kumpul ikut biro, then dapatla setiap satu kumpulan tu, 4-5 potong ayat daripada surah as-Syu'arak. Rasa cam suasana kat DQ ada balik.. Sob3


Malam tu, Maghrib, di surau mahallah Aisyah @ AC. SOlat Maghrib, Hajat sempena exam, baca yaasin dan solat Isyak. Pastu salam widak utuk akak2 tersayang then makan! Hehe. Ada kek chocolate pulak tu. Kebetulan ada hisbah yang anjurkan solat hajat tu, ada la makanan lebih2 dapat kat kami suma. Alahai, rezeki jangan ditolak! Makan besar kami malam tu. hehe.


Alhamdulillah, rasa seronok sangat walaupun pada mulanya hati agak berat untuk pergi. Yela, exam da dekat. tapi bagi orang yang selamba cam saya, tak kisah kot, sebab memang jarang sangat study. huhu. sangat teruk!

Yang agak sedih, ramai yang tak turun, especially sahabiah 1st year la, sebab sama ngan saya kn. Yang ada hal, masyaqqah watsoever, nevermind, nak wat gmana kan. Tapi yang memang tak suka program, nak study fizik la.. Orang lain pun exam jugak kakak.. saya sangat sedih. Sebab dah takde banyak masa da kita nak sama2. Bila lagi nak eratkan ukhwwah yang dijalinkan kerana Al-Quran ni kan? Moga Allah beri Hidayah pada kita semua. Ameen.



Apapun, life must go on. All d best kepada semua pelajar CFS IIUM! Yosh!! :D


Wednesday, February 18, 2009

INTECH_SS 's AGD 2009

Alhamdulillah AGD @ Annual General Dinner bagi society saya telah selamat dilaksanakan. Sebagai salah seorang committee, saya merasa sangat lega kerana ia sudah tamat! dan rata2 survey kepada seniors, mereka berpuas hati. Alhamdulillah!Bertempat di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam bermula selepas Maghrib, 15 Februari 2009.

tak banyak gambar pun. Sebab mane bawa kamera. HP je la yang ada. Maaf ye. tapi gambar ni mesti ada. hehe


kumpulan ETIQA yang buat persembahan. best gile


Master of ceremony : sumaiyahafizah

Terima kasih kepada semua committee yang bekerjasama dan mohon maaf atas segala silap dan salah. Moga Allah memberkati kita semua! :D INTECH_SS ke arah pembaharuan! Allahuakbar!

Gugusan bintang

Al-Buruj (85)

1. Demi langit yang mempunyai gugusan bintang,
2, dan demi hari yang dijanjikan.
3. Demi yang menyaksikan dan yang disaksikan.

4. Binasalah orang-orang yang membuat parit (iaitu para pembesar Najran di Yaman),
5. Yang berapi (yang mempunyai) kayu bakar.
6. Ketika mereka duduk di sekitarnya,
7. Sedang mereka menyaksikan apa yang mereka lakukan terhadap orang-orang mukmin.
8. Dan mereka menyeksa orang-orang mukmin itu hanya kerana (orang mukmin itu) beriman kepada Allah Yang Maha Terpuji,
9. yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Dan Allah maha Menyaksikan segala sesuatu.
10. Sungguh, orang yang mendatangkan cubaan (bencana, membunuh, menyeksa) kepada orang2 mukmin lelaki dan perempuan lalu mereka tidak bertaubat, maka mereka akan mendapat azab Jahanam dan akan mendapat azab (neraka) yang membakar.
11. Sungguh, orang-orang yang mengerjakan kebajikan, bahawa mereka akan mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, itulah kemenangan yang agung.
12. Sungguh, azab Tuhanmu sangat keras.
13. Sungguh, Dia lah yang memulai penciptaan (makhluk) dan yang menghidupkannya (kembali).
14. Dan Dia lah Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih.
15. Yang memiliki Arasy, Maha Mulia.
16. Maha Berkuasa berbuat apa yang Dia kehendaki.
17. Sudahkah tiba kepadamu berita tentang bala tentera (penentang)?,
18. (Yaitu) Fir'aun dan Thamud?
19. Memang orang-orang kafir (selalu) mendustakan,
20. padahal Allah mengepung dari belakang mereka (sehingga tidak dapat lolos).
21. Bahkan (yang didustakan itu) ialah Al-Quran yang mulia,
22. yang (tersimpan) dalam (tempat) yang terjaga (Lauh Mahfuz).

dah baca kisah Ashabul ukhdud? ayat 4 hingga 8 cerita tentang pembesar Najran yang seksa orang beriman, sambungan kisah ashabul ukhdud tu la.

Berdasarkan Tafsir Fi Zilalil Quran, ayat ni diturunkan kerana sahabat pada zaman Rasulullah sangat bersedih kerana mendapat tentangan hebat dari pihak musyrikin. Dengan tak ramai orang nak masuk Islam, sahabat2 rasa sgt down. Allah turunkan ayat ni supaya sahabat tahu pada zaman sebelum mereka, ada kaum yang mendapat cubaan lebih hebat dari apa yang mereka alami. Dan Allah memujuk mereka dengan 10, 11 dan 12. Subhanallah!

Saturday, February 7, 2009

ikan

Hari ini sabtu. Ada exam english td. Lepas habis je exam, ramai sokmo orang pergi bandar. Ada yang ke mid valley, mydin mart, times square, sunway pyramid, low yat dan macam2 lagi. Macam2 ada. Saya? Duduk dalam bilik diam2, buat apa yang patut. Hehe. Tahukah bahawa hari sabat itu juga hari sabtu? ala, eja nama arabnye pun sama. sin, ba, ta. :) Jadi, hari ini?

Hari ini kisah hari sabat.

hari sabat adalah hari ibadah orang Yahudi, yang mana nama itu diambil sempena harinya iaitu hari sabtu. Allah telah menceritakan kisah kaum ini di dalam Al-Quran antaranya adalah dalam Surah Al-A'raaf, surah ke 7.

Dan tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri yang terletak berhampiran laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabat, (yaitu) ketika datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, padahal pada hari-hari yang bukan Sabat ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka disebabkan mereka berlaku fasik. (7:163)

1-Kota Eilah yang terletak antara Laut Merah antara Kota Madyan dan Gunung Sinai
2-Menurut aturan, mereka tidak boleh bekerja pada hari Sabat, kerana hari Sabat itu dikhususkan hanya untuk ibadah.

Once upon a time, ada satu kaum Bani Israil (kini yahudi). Mereka tinggal berhampiran pantai/laut. So, mestilah pekerjaan utama mereka adalah nelayan. Allah perintahkan mereka supaya tidak bekerja pada hari Sabtu, untuk beribadah kepadaNya. Dan bila Allah dah perintah, mesti Allah uji mereka. Macam kita, Allah cakap jangan mengumpat, tapi Allah uji kita dengan selalu bersembang ngan member, cakap pasal manusia, peristiwa dan macam2 la.

Ok, balik pada kisah Allah perintah mereka jangan bekerja (menjala, memancing, mengumpan bla3) pada hari sabtu tu. Nak tahu x, waktu hari sabtu tu la Allah bagi ikan banyak sangat keluar, melompat-lompat atas permukaan laut. Oh! Tercabarnya iman! Ada la satu golongan ni, diorang nak jugak ikan tu. Yela, dahla hari lain susah nak dapat ikan, hari yang disuruh beribadah tu la ikan banyak gile. Seolah-olah melambai kt diorang.



So, golongan yang taknak ikut perintah Allah tu cari helah. Diorang menjala jumaat malam sabtu tu dan angkat jala tu pagi ahad. Huh? Macam2 akal manusia kn. Namun begitu, sama sajalah sikap itu dengan orang yang engkar. Sebab mereka tetap dikira bekerja hari tu, cuma tak turun laut je.

Ada satu golongan menegur golongan yang engkar tu. Mereka nasihat, 'korang ni, Allah kan dah perintah jangan kerja hari sabtu, beribadah je kan. Kenapa korang ingkar ni?' -ayat lebih kurang la.

Dan golongan ketiga pulak,cakap macam kat bawah ni kat golongan ke dua :

Dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata, "Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?." Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa." (7:164)

3-Alasan mereka itu ialah mereka telah melaksanakan perintah Allah untuk memberi peringatan.

Dapat tengok tak, mereka berusaha memberi peringatan agar mereka dapat berlepas dari tanggungjawab yang telah Allah amanahkan kepada mereka.

ganti mereka dengan kita.

kita berusaha memberi peringatan agar kita berlepas dari tanggungjawab yang telah Allah
amanahkan kepada kita. KITA BUAT KE?

Tanggungjawab kita ada 2 yang utama. Sebagai hamba Allah dan Khalifah. Dalam dua tu, ada banyak pecahan lagi. Antaranya amar ma'ruf nahi mungkar. Kita buat ke? Aku buat ke? Oh..

Di mana kita akn ditanyakan di hadapan Allah nanti.. heeee.. haaaa..

Contoh, roomate saya namenye Suliza, saya panggil dia Suli.
Nanti Allah akan tanya saya, 'Sumaiyah, kamu ada tak ajak suli solat jemaah sama2 kat surau?'
Kalau ya, suli akan jawab ya. Maka sumaiyah terlepas dari tanggungjawab tu. Suli join sumaiyah atau tak, itu hal lain. Kalau Suli jawab, 'Takde pun.'
Habislah Sumaiyah! Diazab dengan azab yang keras..

----------------------------------------------------------------------

Rasul--KITA--Umat selepas kita

Dan demikian pula KAMI menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu.. (2:143)

Umat pertengahan di atas mambawa dua maksud. Maksud umum, umat yang seimbang di antara dunia dan akhirat. Dalam kata lain, tidak mengabaikan dunia di samping berbekal untuk Akhirat.

Dan satu lagi makna, di mana kita adalah yang berada di tengah-tengah. Kita berada di antara rasul dan umat selepas. Allah nanti akan bertanya pada kita, 'Apakah telah sampai seruan dari rasulmu?' Kita pasti akan jawab ya. Ada Al-Quranul Kareem dan Al-Hadith.

Namun kelak, umat selepas kita ditanya Allah, 'Apakah telah sampai kepadamu seruan dari Sumaiyah?' -ayat lebih kurang-,, kalau mereka jawab tidak, maka hancurlah saya.

Umat selepas kita tak semesti anak cucu cicit kite je. Ia juga boleh dimaksudkan dengan mereka yang sekeliling kita sekarang. Roomate saya, classmates saya, senior dan junior saya. Masyarakat kita.

Apa yang hendak dijawab nanti andai tanggungjawab tak terlangsai..?

Ya Allah, bantulah kami.

lepasni kite crite surah al-buruj pulak. sebelum tu, bace la kisah ni dulu! Ashabul Ukhdud

Friday, February 6, 2009

umur aku bertambah


Selamat hari lahir.. smoga panjang umur dan mendapat redhaNya.. :-D

From: DQ Syidah

0:00 3-FEB-09


Happy birthday su! hu2..aku orang kebrape ni?

From: DQ Jalilah

0:02 3-FEB-09


Hapei besday kak sumaiyah. Moga bahagia ke anak cucu

From: CFS Tikah

0:02 3-FEB-09


Salam. Moga tarikh ini membuka sinar perubahan buatmu.. membuat revolusi dengan tekad hati menjadi mujahidahNya yang sejati.. kudoakan moga dirimu dipanjangkan umur, dimurahlan rezeki, diberikan Allah kemudahan dalam segala segi, dan ditekadkan hati dalam menjadi pejuang di jalan Ilahi.. Selamat hari lahir saudaraku fillah.. moga ukhuwah kita sampai ke syurga. Salam cayang dari anjang.. ^_^

From: DQ Anjang

0:03 3-FEB-09


Ya Allah.. hatiku merindui sahabat2 seperjuangan, yang selalu bersama dalam suka dan duka, eratkan ukhuwah kami agar kami setia di jalanMu, damaikan hati sahabatku kerana Kau sebaik2 PENDAMAI. Uhibbuki =) selamat hari lahir..

From: DQ Hazwani H

0:03 3-FEB-09


Salam, selamat hari lahir.. semoga sentiasa dilimpahi rahmat dari-NYA.. epi selalu :-)

From: RKT BAsirah

0:03 3-FEB-09


Krinngg!!


Hello!


Juz called to say..


HAPPY BIRTHDAY!


Click!

From: DQ Aminah

0:06 3-FEB-09


Ya ALLAH, kiranya RasulMu bersahabat, kurniakan jua aku sahabat, tapi biarlah sahabat2 dari lorong yang membenarkanMu seperti kebenaran AsSiddiq.. biarlah sahabat2 dari pintu2 ilmu seperti Ali Karamallahu wajhah.. Ya ALLAH, kiranya semua itu tak layak buatku, aku bersyukur dipertemukan sahabat yang SATU ini. Mungkin padanya ada segalanya yang tak pernah aku salami. Mungkin padanya letaknya apa yang aku impikan selama ini.. Tapi jika aku seorang sahabat yang tak menghargai, Kau ampunkanlah dosaku dan Kau kurniakan kegembiraan kepada sahabatku ini.. Ameen. Aid milad sa’id ya ukhti.. Semoga sentiasa di bawah rahmat Tuhan..

From: DQ Mufi

0:36 3-FEB-09


3..


2..


1..


Happy birthday, su!! J May eternal peace,rahmah n barokah from ALLAH will always be with u..!! ;-)

From: DQ K.Syahrul

2:16 3-FEB-09


Salam. Happy 19th birthday. Moga pertambahan usia ini mampu mendorong kita untuk lebih optimis dalam hidup ini. Take care, hiasi peribadi.

p/s: ome mengirimkan salam beliau.beliau berada di Malaysia sejak mggu lepas til 15hb ni.

From: T Imah

2:38 3-FEB-09


“..Allah selamatkan kamu..2x.. Allah selamatkan sumayah yahya, Allah selamatkan kamu..” Selamat hari lahir dan semoga panjang umur.. hehe

From: T Oyin

6:41 3-FEB-09


Its me,


Looking 4 u..


Only to say….


Epy besday..

From: DQ Aflah

7:17 3-FEB-09


Semalam..


Kita bergurau,,


Kita bersenda,,


Kita gembira,,


Hari ini..


Kita berjaohan..

Kita berasingan..


Tapi pape pun,

Sume ni mengajar ku erti persahabatan yang sebenar.. =)

HapPy birthday adik yang ude cayang.. Moga pertambahan umo ni menjadikan kita hamba yang lebih bersyukur.. :)

From: DQ Aisyah R

7:29 3-FEB-09


Salam, sumai, epi besday, sori lambat ucap tepon hilang, lupe no hang..Huhu..Aji

From: DQ Aishah N

8:04 3-FEB-09


Salam.. Su, selamat hari lahir.. May Allah bless u in everyday life.. Luv u fillah.. Wassalam.. ;-)

From: DQ Madihah

8:44 3-FEB-09


Salam ingatan untuk teman lama, siti sumaiyah, selamat hari lahir, semoga sisa umur yang berbaki entahkan sampai bila lebih menjadikan enti seorang muslimah mujahidah yang berjaya, semoga allah membuka jalan hidayah untuk enti seluas2nya!! Doakan ana jugak! :)

From: Izani AU

12:33 3-FEB-09


Doaku..

Semoga kau dikurniakan kelembutan seizzah Abu Bakar.. Ketegasan selembut Umar.. Ketabahan sepasrah Usman.. Kemurahan setulus Khadijah.. Kefasihan sepetah Aisyah.. KEpatuhan seutuh Fatimah.. & yang paling UTAMA, hati yang gigih sesuci RASULULLAH.. Selamat hari lahir!

From: DQ Ahda

12:51 3-FEB-09


Ya ukhti, sanah helwa 19, semoga bertambah usia akan bertambah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, dan bertambah matang dalam mengenal kehidupan yang sebenar serta bertambah kecintaan kepada Yang Maha Penyayang -hepi bezday-

From: DQ Zur

16:33 3-FEB-09


Salam. ‘adik’ su, eid meilad sa’ied.. Yubarikullahu fiik.. B-) Moga lebih mature lepas ni.. Sweeet 19th. Ukhuwwah fillah abadan abada!!

From: DQ Tasha A

18:26 3-FEB-09


Salam. Su, selamat hari lahir semoga umur yang berlalu dinilai di sisi ALLAH dengan sebaik2 nilaian dan umur mendatang digunakan semaksima mungkin dalam meningkatkan ketaqwaan padaNYA ~strive for mardhotillah~ murah rezeki dan hepy selalu ‘(^_^)

From: DQ Radhiyah

23:00 3-FEB-09


Da tdo ke? Wanna wish hepi bezday to ucu yang tersayang! Moga menjadi wanita solehah dan dipermudah urusan dunia akhirat. ANDAH SAYANG UCU TAU. Hu2 :)

From: DQ Andah

23:34 3-FEB-09


Salam ulangtahun kelahiran ke_19 semalam.. Moga diri terus sukses dalam redha Allah! Takbir!

From: Hasnur

7:12 4-FEB-09


Epi belated birthday sumaiyah. Moga sentiasa diberkati Allah. Luv u.

From: DQ Hakimah

23:44 4-FEB-09


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Presents:




from ummi


i assume this is also a present.. TQ :)

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua.


Kepada ALLAH, Tuhanku, Tuhan kita yang masih memanjangkan umur ini dalam iman dan Islam. Alhamdulillah.


Kepada ummi dan abi yang telah mencorak kain putih yang satu ini dengan sebaiknya.



abi


ummi

Kepada guru-guru yang membantu ummi dan abi.


Kepada sahabat-sahabat sejak kecil hingga kini, di alam maya atau realiti.


Kepada adik-adik, kakak-kakak, dan abang-abang, ikhwan dan akhowat saudara seIslamku yang sama-sama mengucap kalimah Tauhid yang Satu.


Sesungguhnya tiada aku tanpa DIA.

Tiadalah aku sekarang tanpa kalian semua.


Jazaakallahu khoiron Jazaak.


:)


BTQ

Inilah ustaz saya yang ajar BTQ aka Basic Theme of Al-Quran, CFS IIUM. Beliau juga mengajar saya di DQ dulu, satu semester. Ini lah wajah ustaz ketika mendengar anak2 muridnya tasmi’ :









Ada yang cuma tasmi’ 5 ayat dari 17 yang sepatutnya. Majoriti begitu la.

Ustaz cakap, lelaki zaman sekarang malas dan suka bertangguh. Hehe. Betul ke? Saya setuju. Berdasarkan pemgalaman saya, lelaki di sekeliling saya ramai yang begitu. Oh lelaki, tidak tercabarkah anda?

Rilek, bukan semua lelaki begitu. Kita lebih kenal diri kita bagaimana. Sama-samalah berubah ke arah kebaikan! Yosh!



Sunday, February 1, 2009

banyak kisah

Selamat Hari Lahir

kepada adikku tersayang Siti Sarah bt Yahya yg genap umurnya 15tahun. Moga dapat menjadi hamba yang taat kepada Pencipta, anak yang solehah kpd ummi dan abi, pelajar yang baik kepada guru2, rakan yang sentiasa bersama di kala duka dan suka. Moga hidupmu sentiasa dalam berkat dan rahmat-Nya! Ameen :)


Teknologi memakan diri

Peristiwa ini terjadi pada saya. Kita tentunya punya rakan yang kita senang bersama. Begitu juga saya. Kadang-kadang bila keluar sama-sama, kita tentunya banyak perkara yang ingin dibualkan. Tapi yang saya perasan, kita selalu menghargai yang tiada di depan mata berbanding apa yang di hadapan kita.

A ke bandar bersama B. B antara yang A sayang, kerana dia adalah adik beradik seusrah A di tempat pengajian yang sama dulu. Tapi, ah, mungkin salah A, mereka seperti tidak begitu mesra seperti selalu. Kerana? handphone. ya, itulah dia. Masing-masing sibuk bermesej dengan orang lain hingga xsedar ada manusia yg wujud bersama. anda sedar? saya tak tahu. tapi ini yang saya dapat lihat dan rasa.

Kadangkala pulang ke rumah, kita sibuk melayan orang di dalam handphone berbanding ibu bapa dan adik beradik kita. kadang-kadang ada yang tidak makan bersama keluarga kerana bersembang dgn kawan di hp. atau makan sendirian di hadapan laptop menonton cerita jepun, korea, atau online YM. Hah.

Adakala waktu yg sepatutnya digunakan utk mengeratkan ukhuwwah sesama keluarga, kawan atau guru telah dicuri dengan gelagat kita sendiri yang mendengar lagu di mp3, atau main gameboy atau apa saja.

sedang jalan2 dengan kakak, tapi saya pasang earphone di telinga, kakak nak sembang pun serba salah. Oh!

Kadangkala saya tak suka akan teknologi, walaupun tidak saya nafikan sumbangannya pada manusia. Adakah kerana saya yang memang tidak mesra menyebabkan orang bosan bersama saya? atau saya menyalahkan teknologi? haha, kadang2 memang berbaloi punya handphone yang tidak punya bluetooth, skrin tak berwarna dan cikai. heh.

entah. hitunglah diri sendiri, ape salah n silap mohon dimaafi .. :)


Kisah derma darah

Alhamdulillah hari tu 28hb Jan, saya dapat derma darah buat kali ke3 dalam hidup secara tak rasmi dan secara rasminya yang ke2 la. hehe. tiba-tiba time tengah syok berbaring, teringat pula yang saya pernah mengidap chikunguya oktober tahun lepas.

'boleh ke aku derma ni?'

ingat nak tanya doktor selepasnya, tapi terlupa.

Then 2 days later, i went back.

'Doktor, kelmarin saya ade derma darah. Tapi baru hari ini teringat nak tanya. Saya kena demam chikunguya bulan 10 hari tu. boleh ke derma?'

Doktor : Kalau demam denggi n chikunguya, after 6 bulan baru boleh derma.

[doktor cakap dgn muka risau sbb darah saya dah sampai ke Pusat Darah Negara, sambil kawan-kawannya pun muka cam xtahu nak buat pe, same as me]

akhirnya, saya kena tulis nama pnuh n no IC so mereka akan check balik darah tu. saya tak pasti adakah mereka akan buang terus darah tu atau mereka akan check kandungannya dulu.

Dapat tengok x, kadang2 bukan sume yang kita nak, kita akan dapat. Be cool la bebeh :)

Sekarang saya sedang menghitung hari untuk menunggu bulan April, so that time i'll be available to donate blood again. Erm, sape2 ade info pasal tempat derma darah sekitar selangor dan perak bulan April nanti, do tell me ya, TQ ! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...