Friday, January 30, 2009

Terkini : Bahan Tungsten ditambah di dalam fosfurus putih oleh Israel


Khamis, 29/01/2009 - Dr Essam Hijjawi, Ahli Lembaga Jawatankuasa Kesihatan Tebing Barat, telah membongkar fosforus putih yang digunakan Israel telah disatukan dengan Tungsten, iaitu satu unsur kimia atom bernombor 74, kepada orang awam di Semenanjung Gaza.

Dr Hijjawi menambah senjata kimia berjenis tersebut lebih berbahaya daripada yang digunakan oleh tentera Amerika di Iraq, kerana Israel telah menambah bahan bernama Tungsten, kerana jika disedut, ia akan melarut dalam darah dan merosakkan arteri di dalam badan.

Mengenai situasi kesihatan di Gaza, beliau menyatakan hospital-hospital di Gaza teramat uzur dari segi teknikal dan memerlukan sokongan yang serius seluruh dunia.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx

kisah blog

alhamdulillah.
sebab masih hidup dn dikurniakan iman dan Islam.

hari ni kisah blog. KENAPA?
kenapa la orang suka berfikiran sempit.
adakah berblog semata-mata medan dakwah?
atau electronic diary?
atau ape saje?

suka hati blogger tu sendiri la.
ya, fine nak menegur.
dan saya tak ambil pusing pun.
cakap la ape nak cakap.
tapi saya kasihan kat kawan saya.
tak perlu nak laser pedas.
cakap berhikmah cukup.

ape sumaiyah tulis hari ini?
ia mengenai manusia yang bermacam ragam.
biasalah tu.
tapi di kesempatan ni, saya nak ekspresikan pandangan saya :
be flexible.

orang nak kata saya lain dlm blog dan di luar? cakapla.
saya thiqoh kt luar tp dalam blog lain?
atau sebaliknya?
cakapla.

for me, kalau nk tegur orang, cakap personal.
dan sblm nk tegur, think it carefully.
lain orang lain pandangan.
begitulah Allah jadikan kita.
so, do respect others.

apepun, in conclusion,

'BE FLEXIBLE'


:)

Friday, January 9, 2009

Boycott!!

oleh : Salwa Mohd Saleh

"Umat Islam tidak akan mati kalau tidak minum Coca-Cola"
Tun Dr M.


"Hmm..tu lah...dah cakap lama dah..alhamdulillah, sekarang pemimpin juga bersuara..."

Antara reaksi saya pagi tadi sewaktu membaca wawancara Mingguan Malaysia dengan Tun Dr Mahathir. Topiknya tentu tentang keganasan regim Zionis yang sudah memasuki hari kelapan. Namun yang lebih menarik, Tun Dr Mahathir turut menyeru ummat islam untuk memboikot barangan Israel dan AMerika secara terancang. Sgt berguna, sayangnya versi online tidak availanle. Hanya Mukadimmah sahaja. Untuk wawancara penuh, boleh baca dengan melanggan e-paper atau beli Mingguan Malaysia.


Mukaddimah wawancara Tun Dr Mahathir


Antara yang mahu saya kongsikan:

- Tun menyeru untuk memboikot oenyokong kuat Israel iaitu AS.Israel tidak dapat bergerak tanpa AS.
-Negara-negara Islam terutamanya negara-negara Arab perlu berhenti 'memberi hutang' kepada AS dengan membeli bon mereka. Hasil penjualan bon digunakan untuk membekalkan senjata untuk membunuh saudara-saudara kita di Palestin
- Boikot memamg sukar tapi dapat dilakukan dengan mementukan senarai-senarai tertentu. Tun difahamkan di penduduk selatan Thai tidak meminum Coca-Cola.Kita juga dapat melakukan perkara yang sama.
- OIC tidak dapat melakukan apa-apa, begitu juga negara Islam, yang boleh melakukan sesuatu adalah UMAT ISLAM.
- Tidak melakukan perdagangan dalam US Dollar. Lemahkan ekonomi mereka yang sudah lemah supaya mereka tidak dapat memberi bantuan kepada Israel.

So, what say u?

Masih berdolak dalih? Masih tidak yakin? Saya dahulu sewaktu menulis entry tentang ini... (sila rujuk Jgn Buat Derk! (Boycott Israel) ) dipersoalkan. Macam-macam sikap pesimis yang ditunjukkan tapi saya masih dengan pendirian saya.

Kita mahu jadi seperti burung kecil dalam kisah sewaktu Nabi Ibrahim a.s dibakar hidup-hidup. Kita juga mahu sekurang-kurangnya memainkan peranan walau sekecil mana pun. Amat malang orang yang fikirannya sibuk mengatakan "Alah, bukan dapat effect pun..kalo kita boikot...kita ni kecik aje..bergantung kepada AS"... Ingat, sebiji batu memang tak mendatangkan kemusnahan besar, tapi kalau berlori-lori batu?????

Again, dalam entry tu ada link tentang Fatwa Ulama' tentang Boikot Barangan Israel & Amerika

Saya menyeru, ambillah sikap peduli.Cukuplah dengan kita yang asyik menuding jari...menggoyang kaki.Cukuplah.. Hanya 1 Dollar Aje sebulan...takkan tak mampu????


Dan akhirnya, jika benar2 kesempitan wang, maka berdoalah.banyakkan QUNUT NAZILAH FOR UMMAH .... :)

Allahu'alam

Wassalaam

---------------------

Saya boleh dihubungi untuk sebarang keterangan lanjut tentang Palestin, Israel dan apa sahaja tentang solusi membantu penduduk Palestin.
Hubungi: uwa_chomey@yahoo.com

Thursday, January 1, 2009

been tagged?

1.What have you been doing recently?
-- watching gokusen : japan story bout yakuza. ngeh3 :P

2.Do you ever turn your cell phone off
-- ya, bile ada orang kaco n bile nak tdo, sebab malas nk cas ha3

3.What happened at 10am today?
-- belum ag, baru 920am. semalam, 10 am sumai tengah tonton gokkusen kot.. :)

4.When did you last cry?
-- last night.

5.Believe in fate/destiny?
-- yup.

6.What do you want in your life now?
-- act like a servant to Allah.

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
-- nope, never had umbrella though. ha3. saya suka main hujan!

8.What’s your favourite thing to do on the bed?
-- mengelamun, pikir macem2

9.What bottoms are you wearing now?
-- elastic long skirt. my previous class raudhatul huffaz knew this. ha3

10.What’s the nicest things in your inbox?
-- all are nice to me. i dont know what is the nicest. hu

11.Do you tend to make the relationship complicated?
-- nope actually. being natural is the best.

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
-- i dont think so, ummi doesnt encaorage me to do that. he

13.What was the last movie you caught?
-- chermin. pagi tadi kul 7 lbh tgk kt astro kirana. tgk sikit2 je.

14.What are you proud of?
-- lots. being Muslim is one of them.

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
-- dlm hp:

Slm, sue ni syamem bg
kek kt hg.die ckp trime
kasih dtg uma.die s0h
dtg lg tyme bday
die..mkn smpi abes.=)

[pic msg of bday cake]

From : DQ Ahda
14:19 16-DEC-07

16.What was the last song you sang out loud?
-- lupe la, sebab banyak. lagu all one dalam kete umi kot..

17.Do you have any nicknames?
-- yup, sumaiyah, sue, sue ya, mai, sumai, maya, akak, mayah, siti, sumaiyahya, sue cun, aL-HaQiiRaH, ucu, ngeh3!

18.What does the newest text say?
-- dalam hp,

Take care too. Salam. :)
18:29 30-DEC-08

19.What time did you go to bed last night?
-- approximately at 12.05 am

20.Are you currently happy?
-- erm.. yes for now..

21.Who gives you the best advise?
-- persons who give me sincere advise from their heart :)

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
-- nope. but i do like to eat!

23.Who did you talk on the phone last night?
-- nobody.. sob3 :P

24.Is something bugging you now?
-- i dont think so.

25.Who was the last person to make you laugh?
-- ummi.

daaa... TQ to gee aka durakhyar for the tag. afte dis sumai akan cari hadiah utk kamu pulak! :D

Sebarkan !!

Sumber :Salwa Mohd Saleh

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa ‘ala alihi wa sohbihi wa bareek ‘alaih

Moga semua dalam keadaan tenang, dibawah rahmat iman dan islam.

Kalau ada yg bertanya,mengapa falastheen, mengapa tidak dieja ‘Palestin’ atau ‘Palestine’? Kerana dalam lughatil ‘arabiyyah (bahse Arab) sebutan bg palestin disebut dengan bunyi FALASTHEEN.

Jarang benar saya melaksanakan tanggungjawab menulis ttg isu ini. Mungkin kerana lambakan bahan dan info tentang isu ini, saya ambil mudah dan lebih senang meng’arah’kan pembaca dengan link2 dan artikel di laman2 web, tapi tidak menulis sendiri. Kali ini, mahu benar rasanya saya menulis sendiri, moga ada khair utk pembaca dalam penulisan yang tidak seberapa ini.
_______________________________________

Saya ingin mengajak anda sekalian untuk duduk sejenak, meletakkan diri anda di dalam semua situasi dibawah ini. Lebih baik jika dapat digambarkan dengan sebenar-benarnya. Tutuplah mata, gambarkan di kepala atau buatlah apa sahaja asalkan ruh anda terbawa ke dalam situasi-situasi ini:


SITUASI –SITUASI

- Bagaimana jika ayah kesayangan anda ditangkap hanya kerana mempertahankan kebun Zaitun miliknya? Dengan kebun Zaitun itu ayah anda menyara hidup sekeluarga, anda dan adik2 dapat belajar, ada makan pakai. Kini, ayah ada di penjara dan diseksa kejam Israel, kebun keluarga dirampas, dan anda terpaksa berhenti universiti utk membantu ibu mencari sesuap makan.Sedang ibu,menderita sakit kanser dan tidak dapat menerima bantuan yang wajar kerana hospital tidak dapat beroperasi akibat tiada bekalan elektrik.Ambulans2 tersadai kerana tiada petrol utk menggerakkan. Saudara mara anda ramai yg meninggal dunia akibat tidak dirawat dengan sepenuhnya.Hatta pembedahan juga dilakukan tanpa sedikit bius pun kerana sesetengah ubatan dan bius disekat di sempadan.

- Kawan anda ada yang kudung kaki kirinya ditembus peluru sesat Zionis, ada yang hilang kedua-dua tangan, malah ada yang syahid tika berjuang melawan Yahudi laknatullah.Anda sendiri kehilangan sebelah mata akibat serpihan bom ketika operasi tanpa belas dikawasan perumahan anda. Pemuda-pemuda termasuk anda ramai yang menjadi penganggur kerana tidak dibenarkan bekerja oleh penjajah Yahudi.

- Adik anda, Reem yang usianya hanya 4 tahun melumurkan patung mainannya dengan cat merah dan adik lelaki anda minta dibelikan senapang sebagai hadiah ulang tahun. Malah jiran-jiran seusia mereka juga bermain dengan peluru, darah dan senjata. Kegembiraan zaman kanak-kanak mereka telah lama dirampas. Mereka tidak kenal apa itu chess, sahibba atau computer games, tapi mereka di’sajikan’ dengan darah dan air mata.

- Kakak anda yang baru melahirkan dan bayinya menggigil kesejukan dalam selimut nipis. Suaminya telah lama syahid setelah diburu Zionis kerana terlibat dalam brigade al-aqsa.Tiada bekalan elektrik, tiada pemanas udara dalam pekat malam dibawah paras beku musim sejuk.Hanya lilin dan beberapa botol air bersih yang dapat anda berikan kerana anda juga sudah bertukar menjadi biru didalam dingin malam itu.


Apakah rasanya saudaraku?
Apakah rasanya andai itu yang berlaku padamu?
Apakah rasanya hidupmu?
Dapatkah kamu merasakan?

Dapatkah?
Dapatkan?
___________________________________

Menjadi suatu kebiasaan bagi Aman Palestin untuk menjemput pimpinan dan individu Palestin sendiri utk datang ke Malaysia dalam rangka usaha memberikan kesedaran, perkembangan terkini, latihan dan berkongsi idea dalam usaha memberikan bantuan kepada rakyat Palestin sekaligus menyelamatkan Al-Quds dari cengakaman yahudi laknatullah alaih.

Sebagai salah seorang ahli keluarga Aman Palestin (yang kadang-kadang hidup dan kadang-kadang mati, astagfirullah), kala berkesempatan, pasti akan turut hadir dalam mana2 seminar dan ceramah yang ada.

Semalam, diberi Allah peluang utk hadir sama dalam seisi TOT (training for trainers) di Putrajaya. Ucapan aluan dari Abu Hisyam begitu mengesankan. Ini kali kedua bertemu empat mata dengan beliau. Raut wajahnya tenang dalam ketegasan dan penderitaan. Suaranya jelas menggambarkan kecekalan mereka yang menjadi pelarian di Lubnan akibat kezaliman Yahudi.Ucapannya sering disambut laungan takbir oleh peserta. Itulah Abu Hisyam.

Training kemudiaanya disampaikan oleh Isa al-imad, pemegang PhD dlm human resource dan pakar kekeluargaan. Training berkisar ttg kekuatan, peranan dan langkah dalam membantu menyelamatkan Aqsa.

Menariknya, kedua-dua mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, namun tidak menjadi sedikitpun penghalang. Semua disampaikan dalam bahasa Arab dan diterjemahkan secara lansung beberapa ustaz (bergilir-gilir). Amat mengesankan apabila mendengar dari mulut mereka sendiri dalam lughah al-quran(bahasa al-quran). Malah sempat divideokan kata-kata mereka, cuma sayangnya tidak dapat dikongsikan disini.

Abu Hisyam dalam ucapannya membawa khabar:

Di gaza pada masa ini, 105 orang pesakit meninggal dunia setiap hari kerana kekurangan bantuan perubatan akibat catuan dan penutupan sempadan” (Bayangkan saudaraku sekalian, tika kita sibuk merungut perkhidmatan di hospital swasta atau umum yang ‘tidak efficient’, mereka lansung tidak punya pilihan selain terlantar menunggu ajal!)

Serangan berterusan di kawasan awam dan perumahan. 3-10 penduduk awam meninggal setiap hari akibat serangan.”

“Sempadan yang dibom tempohari telah ditutup kembali. Kita hanya mampu berdoa moga sempadan itu kembali dibuka dan dapatlah rakyat Palestin menerima bantuan dan keperluan asas”

Saya juga jadi teringat ketika Gaza ditutup dari bantuan luar, dari laman-laman web kita dapat ketahui, mereka bergelap, tiada pemanas ketika hawa musim dingin menyucuk-nyucuk, hatta bekalan air bersih sendiri pun tidak mencukupi.Mengikut data dari WHO, kebersihan bekalan air disana jauh lebih rendah dari standard minimum yang ditetapkan badan dunia itu. Innalillah, andai kita membuka mata!

Ini adalah 3 keadaan di Quds sekarang..

1) Masjid al-Aqsa disekat sepenuhnya dari penduduk. Telah dibina tembok yang sangat tinggi yang menghalang dari orang islam utk memasuki masjid Aqsa
2) Israel telah membawa lebih banyak rakyat mereka ke kawasan Al-Quds dan. Setakat ini telah ada 700 penempatan baru dibina Israel disekitar Al-Quds.
3) Penduduk asal yang berada disana dihalau secara paksa dan rumah- rumah-rumah orang islam telah dihapuskan."

Kalaulah kita mendengar semua ini, kemudian masih berpeluk tubuh, periksalah hati dan jiwa...benarkah mengaku sebagai orang islam?

Isa al-imad pula pada awal pembentangan dengan jelas menegaskan:

Al-Quds adalah akidah.kalau kamu beriman kpd Allah tiada ada pilihan bagi kamu.Tidak sempurna iman selagi kita tidak berusaha membebaskan Aqsa!!!”

Katanya, umat islam sekarang lebih tertumpu pada kelemahan. Bila ditanya kelemahan, berjela-jela dapat dijawap. Bila ditanya kekuatan, semua tersipu-sipu malu menjawap. Mengapa harus malu?Mengapa? Mengapa tidak kita gunakan kekuatan kita??? Usir rasa malu itu, bina kekuatan dan jadikannya sbg senjata!!

“Tidak boleh bekerja berseorangan untuk membantu Aqsa. Perlu bekerjasama, lebih ramai, lebih baik. Jadikan perbezaan diantara kamu sebagai satu kekuatan. Apabila semua yang memiliki keistimewaan dan anugerah yang berbeza digabungkan, maka akan wujudlah suatu kuasa yang besar dan dapat membantu menyelamatkan Aqsa”

Katanya lagi, kita perlu membuat Qarar (keputusan) dan Israr (berterusan menyebutkan) dan akhirnya Istimrar (berterusan melakukan). Ini adalah kaedah yang penting. Lakukan setiap hari. Yakinlah janji Allah bahwa kita suatu hari pasti akan dapat menakluki kembali Aqsa, Al-Quds dan Palestin keseluruhannya!

Beliau turut berkongsi, SEPULUH KUNCI dalam usaha membantu Aqsa:

1) Keinginan (Rughbah)
2) Pengetahuan (Ma’rifah)
3) Dipraktikkan (Mumarosah)
4) Optimis (Taghawul)
5) Gambarkan (Taswur)
6) Iltizam (Iltizam)
7) Disiplin (Inthibat)
8) Sabar (Sobru)
9) Bereterusan dalam usaha (Mudawamah)
10)Felxible (Murunah)


Adakah susah? Andai kita yakin dengan Qarar kita, kemudian tidak henti Israr dan istiqomah dalam Istimrar, in sya Allah, pertolongan Allah itu amat dekat. (Maaf saya tidak dapat menghuraikan satu persatu kunci2 ini disini. Panjang nanti jadinya!)

Kata-kata terakhir yang ingin dikongsikan dari Isa al-Imad:

“Susahkah wahai saudaraku utk kamu meluangkan hanya 5 minit dalam sehari, menadah tangan, berdoa utk kesejahteraan dan dipermudahkan urusan saudara-saudara di Palestin? Banyakkah andai kamu setiap hari hanya mengeluarkan RM1 utk membantu mereka yang berjuang bermati-matian disana? Dan banyakkan masa selama 5 minit setiap hari utk kamu membicarakan soal Palestin kepada mereka-mereka yang masih belum mengetahui? Saudaraku, HANYA 10 MINIT & RM1 SETIAP HARI, adakah kamu tidak mampu?”

Allahu’alam. Tepuk dada, tanyalah iman dan usaha anda!!!

Wallahu’alam
Moga ada khair dan berkah dalam setiap amal!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...