Monday, December 14, 2009

Wanita oh Wanita

• Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.[ Riwayat dari Muslim ]

• Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka mencium bau harumnya. Maka, ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.[ Riwayat dari Ahmad, Thabarani dan
Hakim ]

Dikahwini wanita itu kerana empat perkara:

• Kerana hartanya;
• Kerana keturunannya;
• Kerana kecantikannya; dan
• Kerana agamanya.
• Maka, carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.




Read more..>>




• Wanita apabila ia sholat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami. Maka, masuklah mana-mana pintu Syurga yang ia kehendaki. [ Riwayat dari Ahmad ibnu Hibban, Thabarani dan Anas bin Malik ]

• Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari Kiamat; Tiada nur baginya.
[ Riwayat dari Tarmizi ]

• Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya; Tidak diterima sholatnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf).[ Riwayat dari Hassan ]

• Wanita yang taat pada suami; Semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga sholat dan puasanya).

• Dari Muaz bin Jabal… Bersabda Rasulullah saw: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api. Maka, diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api Neraka.

• Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama; Maka, ALLAH azzawajalla memasukkannya dalam Syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana ia memuliakan suaminya di dunia. Maka, mendapat pakaian dan bau-bauan Syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.

• Wahai Fatimah… Jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya; Diberi minum ALLAH akan ia sungai di Syurga, di iringi ALLAH baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman Syurga serta mencatatkan ALLAH baginya kelepasan dari Neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-Mustaqim.

• Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "Tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun." Maka, ALLAH azzawajalla akan hapuskan amalannya selama 70 tahun… Walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.

• Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya; Maka, beristighfarlah para malaikat untuknya. ALLAH azzawajalla mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan; Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin. ALLAH azzawajalla mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH (perang Sabil); Apabila wanita melahirkan anak; Keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Apa macam? Best x jadi wanita? Itu belum kira nikmat jadi wanita Muslimah dan Mukminah. Maka nikmat Allah yang manakah kita dustakan? Selamat lah semuanya di Sayyidul Ayyam. Babai~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...