Wednesday, November 18, 2009

Muslimah dan Benang

Umum dapat melihat bagaimana manusia zaman ini, ibu ibu bapa bapa khususnya anak anak remaja sebaya saya yang ketandusan benang, kapas dan kain dalam berpakaian. Entah mengapa, ia sudah menjadi satu trend, yang semakin kecil itulah yang semakin mahal dan mendapat tempat di hati masyarakat. Salah siapakah?

Tercetusnya idea untuk menulis topic ini mungkin selepas di belanja oleh ummi ku sayang, sebuah [sepasang pun bolehhh] jubah seluar sempena meraikan kegembiraan kerna diterima ke UIAM kampus Gombak [walaupun offer letter tak dapat lagi ketika post ini ditulis. hikhik].
Ini lah harga jubah itu ye.. Trang tang tanggg..


kalu xnampak nombor 1 sila amik kanta pembesar kt makmal ye


Kalau pegi pasar malam uia pj yang berlangsung selasa petang, satu t shirt lengan pendek boleh dapat serendah RM5 je beb. Kadang kadang saya mengalami kecelaruan fikiran seketika, apekah yang menyebabkan benda yang kecik itu la mahal yang amat. Kalau diamond tak payah story lah kan, ia memang berharga sebab susah diperoleh. Eh tersasul pasal diamond sebab ummi suke sembang pasal benda tu. Hoho.



Read more..>>



Bila terfikir lagi, betapa besarnya peranan tukang tukang jahit di Malaysia yang mengambil tempahan daripada manusia manusia di Malaysia la, takkan Somalia pulak kan. Kalau lah tukang jahit tu menjahit baju yang menutup aurat, ikut syarat sungguh besar sekali pahalanya kan. Membantu manusia melaksanakan tuntutan syariat. Kebaikan bersama sepanjang si pemakai memakai apa yang dipakai. Haha. Dan begitu jugak pada enchek dan mak enchek yang menjahit baju yang kecik kecik, yang ketat ketat, yang entah apa apa lg, adekah keburukan itu bersama si penjahit sepanjang si pemakai memakai apa yang dipakai? Hmm..



Memang kos hidup yang akan dibangkitkan, alasan sebab nak sara diri, mahu kehidupan lebih selesa dan sebagainya menjadi asbab untuk main taram saja ape ape baju yang hendak dijahit. Saya cuma terfikir, tidak rasa bersalah kah kita menyumbang sesuatu yang tidak baik kepada ummah sendiri. Dahle seram sejuk tengok fenomena bermacam ragam tentang manusia la ni, mungkin kah pakaian menjadi punca?

Bukannya tiada manusia yang mahukan pakaian yang menutup aurat. Ramai. Kalau tidak, takkan lah wujud butik Sri Munawwarah, Hajaba, dan tukang tukang jahit yang menasihat tatkala mana si klien nya nak gini gini, gitu gitu yang tak berapa nak molek di mata syariat. Saya dan Ummi adalah antara yang mahu pakaian begini. Walaupun harga yang mahal sering menjadikan kami kensel nak beli. Sobsobsob.

Biarlah hidup ini mudah asalkan berkat nya ada. Bukan tidak boleh hendak bermewah, namun bimbang ia akan menjerumuskan kita ke kancah kufur nikmat seperti yang terjadi pada Qarun. Teringat saya pada ceramah yang saya dengar di IKIM, Engineer Ahmad Jais kot tak silap, kata nya “Kalau kita tak mampu bersyukur dengan harta yang sedikit, jangan harap nak bersyukur dengan harta yang banyak.”

Kalau lihat baju baju siap zaman sekarang, ya ampun, jenuh nak pikir nk beli ke taknak. Terang sangat ke warna baju ni? Jarang ke? Kang lalu kt cahaya tembus nampak semua, apatah lagi dua tiang yang mengukuhkan kedudukan pabila berdiri. Jujurnya, malu saya tengok bila melihatkan fenomena2 sedemikian. Muslimah terutamanya, kalau dah Cina, Hindu buat apa saya nak sibuk sibuk sebab mereka bukan Islam. Mungkinkah agama Islam kita ini hanya setakat atas IC atau tudung sekadar nak cover rambut yang tak berapa nak cun atau pakai tudung cuma sebab taknak orang sekeliling pandang serong atau pakai kain dalam dan stokin time event islamik saja, sebab ada ustaz ustazah. Eh banyak la pulak. Itu semua sekadar contoh. Banyak lagi jika kita mahu memerhati dan memikir.

Adakah salah ibu bapa? Selalu saya terfikir, ala banyak la pulak fikirnya. Maaf. Tapi nak tulis jugak. Kenapa ye ibu bapa biar je anak anak depa pakai baju baju macam tu. Tak rasa malu ke. Kalau nak tayang body, saya pn ada body. Ingat dia sorang je ke ade ? Kehkeh, ala tu ayat ummi la. Mungkin juga ketandusan ilmu. Tapi setahu saya time skolah rendah, skolah menengah, skolah agama rakyat sume da dpt ilmu basic macam tu. Camane ek ? Mungkin mak ayah dia suka anak dia macam tu kot. Bangga sekali anaknya jadi tontonan ramai.

Ingat muslimah, dirimu permata berharga. Jangan biarkan harga dirimu dipijak pijak sedemikian rupa. Islam memuliakan wanita. Jadilah muslimah yang kuat. Minta kekuatan dari Allah Al-Qawiyy untuk membantu kita mujahadah melawan hawa nafsu di kala zaman yang serba mencabar ini. Allah akan membantu, insyaAllah.




Maka kembalilah kepada Allah, serta peninggalan Rasulullah, al-Quran dan al-Hadith. Jangan segan bertanya bila kita tak tahu, tapi malu lah kita bila kita tahu tapi buat buat tak tahu. Perbetulkan diri kita di hadapan Allah, maka automatic kita akan jadi ok di pandangan manusia. Persiapkan diri sebaiknya untuk generasi kamil akan datang. Kita tentu mahu anak anak kita jadi lebih baik daripada kita kan kan kan? insyaAllah.

Maaf lah kalau ada sesiapa terasa. Ingatkan nak tulis sikit je, tapi taktahu cmne dia terpanjang. Nasib baik tak menang anugerah entry terpanjang di dunia ke kan. Hikhikhik.

Semoga Allah mengampunkan dosa dosa kita yang lalu. Barakallahu fikum.
Allah sayang kita. Ingat tu sentiasa. Babai ~



2 comments:

one_munawwarah said...

difficulties to find a ready-made dress yg menutup aurat secara sempurna made me think of attending kelas menjahit, i was supposed to take it last summer when i went back to Malaysia, tp x sempat pulak. really I think the best way to survive this discouraging fashion market is to make ur own dress. sekarang tgh survey2 mesen jahit jugak.

here in Jordan, nak cari jilbab yg menutup aurat pun challenging, oke.

SuMaiYaH said...

may Allah ease ur work, amiin.

xtahu pule susah nk cari pakaian yg menutup aurat kt sana. ish3

dunia duniaaa

pssstt : nanti bleh tempah baju le kt hang =P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...