Wednesday, November 11, 2009

maafkan SAYA ..

untuk servant a.k.a. kak ain,


Sungguh tidak mudah untuk kita tidak meletakkan harapan pada manusia, kerana kita juga manusia lemah. Usah letakkan harapan pada mereka kerna pabila tiba masa harapan itu tidak dapat dia penuhi, kau yang kecewa sendiri. Mungkin mudah untuk membina ukhuwah namun terpulang kepada kondisi hati untuk mengekalkan apa yang terbina itu.

Bukankah pernah kau ingatkan padaku, hidup itu tidak lain hanyalah senda gurau, maka di SANA lah yg Abadi. Kita mahu bertemu Wildan, kau tanamkan itu kukuh dalam diriku.
Namun kini lain jadinya. Tidak dapat tidak, aku katakan ini semua berpunca dari diriku.

Aku yang tidak sempurna, hati rosak di sana sini.
Lantas engkau yang menjadi mangsa.
Tidak lah ku berniat sedemikian.
Melainkan kerana;

aku rasa bersalah kerana tidak mampu membalas kasih sayangmu.
tidak aku tahu kenapa, mungkin kerana aku manusia biasa, yang comot dengan dosa.
kasih sayang yang menjadi fitrah, salah ku kerana tidak mampu memupuk ia sebaiknya untuk dibalas kepadamu.
mungkin aku terlalu sensitif hinggakan perkara kecil jua hendak diperbesarkan.
aku akui itu kelemahanku yang utama dalam menjalin hubungan sesama insan.
namun kebanyakan perkara tidak kusimpan lama, sudah kumaafkan namun aku sering kematian kata kata pabila berhadapan denganmu.
lalu menjadikan aku kelihatan tidak mesra denganmu sepertimana mesra ku pada mereka yang lain.
memang itu salahku..

maafkan ku.. maafkan ku.. maafkan ku..


aku pasti kasih sayangmu itu ada ganjarannya di sisi-Nya.
letakkan lah harapan itu pada DIA yang sentiasa Mendengar, bukan sepertiku yang selalu mengabaikanmu.
hidup perlu diteruskan, kerna nanti kau jua akan miliki hidup sendiri bersama yang lain.
yang bisa menyayangi engkau jauh lebih baik dan tulus dariku.
doaku mengiringi ..



bukan ku menjauhi tetapi amat sukar sekali
bila kenang sekali
aku disisih dan dibuang ke tepi
malah aku tidak dipeduli
Allah Maha Mengetahui yang ada di hati
biar DIA menentukannya

[Redha, InTeam]




Allahua'lam



5 comments:

anak muallaf said...

Salam Su,
Sedihnya umi baca posting kali ni..macam rajuk hati pun ye..Walau apa pun Su kita berserahlah pada Allah Robbul Jalil..Su dah balik kampung ke?Rasa umi exam dah habis kan..Selamat bercuti Su tapi N3 jangan cuti..Umi suka baca N3 su..

Anonymous said...

Btul kata umi. Ana sokong hundred percento. Serahknlah segala pd rabbul jalil. Ramai syg pd nT. Appreciatelah sebaiknya.

Tegas dalam menyayangi.

Hafiz Regist said...

Manusia itu tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan. Oleh itu haruslah kita beringat bahawa hidup ini sangat singkat dan hidup yang sebenarnya bukan di sini. Di sini juga ingin ana memohon maaf jika ada kesalahan yang telah dilakukan sepanjang perkenalan kita semua dalam ta'aruf programme dulu. Wasallam..

SuMaiYaH said...

umi,
salam =) laa tahzan. hehe. thanks sbb dropped by ye umi. tq soo much :)

ANonymous,
ayat2 anda perlu difikirkan. why? mayb u think aonymously is great. hoho. jgn lupe datang lg =) Thanks juga utk nasihat tu.

Hafiz,
thanks Hafiz. xdek salah mende pun. alll the best kt gombak nati.

SuMaiYaH said...

kenapa ada orang cairo suka datang sini :-/

kalau ada apa2 yang hendak disampaikan, sila beritahu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...