Saturday, September 12, 2009

Lailatul Qadar, Cinta dan Reda

Kepulangan ke kampung kali ini bersama harapan untuk berubah.

Kali ini dia pulang menaiki bas. Sepanjang perjalanan, dia mengisi masa dengan membaca buku Motivasi tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin.

'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul'


"Buat adik-adik remaja yang baru hendak mengenali cinta, ketahuilah bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, dengarilah pesananku, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki."


Kisah dalam buku itu adalah mengenai bingkisan Qani'ah untuk suaminya Dr. Muslih.
Sepanjang membaca, dia terpegun, melihat bagaimana Allah menepati janjiNya, wanita yang baik untuk lelaki yang baik. (AnNur:26)

Bagaimana Qani'ah memburu cinta Allah, sebelum yang lain.
Bagaimana ikatan antara mereka termeterai dan terikat dengan cara yang diredai.
Bagaimana Dr. Muslih yang datang meminang hanya kerana yakinkan agama Qani'ah.
Bagaimana cara Qani'ah disunting melalui ibu bapanya, tertib yang hanya beberapa hari sebelum pertunangan.
Bagaimana terjaganya ikatan pertunangan mereka tanpa sebarang maksiat.
Bagaimana Qani'ah menjaga diri dari maksiat sebelum dirinya dimiliki suaminya.
Jua bagaimana cara Dr. Muslih membawa watak seorang suami soleh yang sangat baik.
Duduk bersama membuat Halaqah keluarga, dating dengan si dia yang sudah halal buatmu, bergurau senda dengan yang sepatutnya, indah bukan?

Dia terpana.
Subhanallah.

Dia mahu menjadi seperti Qani'ah.
Dia mahu reda Allah.
Cinta hanya untuk suami, takkan dikongsi, apatah lagi dengan mereka yang bukan hak, mereka yang haram.
Dia mahu pasangan yang baik, soleh. Agar generasinya akan meneruskan perjuangan da'wah di muka bumi ini.

Apakah sudah terlambat untuk berubah?
Belum. Pintu taubat-Nya masih terbuka selagi hayat dikandung badan.
Semoa Allah membantunya, doanya selalu.

==============================================================

Aku hairan melihat pasangan yang asyik bertelagah ketika bercinta tapi akhirnta tekad untuk berumahtangga.......... Bila bermuhasabah, rupa-rupanya jalan yang mereka lalui untuk tiba ke gerbang perkahwinan bercampur aduk antara yang halal dan yang haram. Kurang sensitif dengan perkara-perkara yang boleh melalaikan hati daripada hubungan dengan Allah SWT. Tidak bahagia di dunia, di Akhirat lebih sengsara.

Aku menasihatkan mereka supaya menaiktarafkan perkahwinan itu dengan taubat. Jangan sekali-kali menyesali jodohmu tapi sesalilah dosa-dosamu. Ingat, usah sekali-kali mengambil langkah mudah untuk bercerai. Apa pun yang terjadi, berusahalah yang terbaik untuk mempertahankan ikatan suci itu.

Oleh itu, bagi yang belum berkahwin, usahlah cemari rumah tanggamu nanti dengan maksiat. Sebelum berkahwin, jodohmu untukmu adalah pilihan. Pilihan tentang sesusuk peribadi dan akhlak yang akan mendampingimu. Nama si dia telah pun tercatat di Lauh Mahfuz untukmu namun peribadinya ditentukan oleh peribadimu. Allah akan menjadikannya kufu pada kebiasaannya. Namun, tidak semua. Jika kau mengimpikan peribadinya soleh, maka soleh dan solehahkanlah dirimu.

==============================================================

Jika kau belum berkahwin, kejarlah cinta Allah SWT sebelum kau mengejar cinta lelaki.
Tanpa reda Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia.
Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu.

Kerana asyik bercinta, mungkin juga jodohmu jadi lambat kerana kebanyakan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yang mudah menyerah. Habis madu sepah dibuang. Jika ingin mencari isteri pula, biasanya mereka akan mencari gadis yang terpelihara dan terjaga.

===========================================================
Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.
===========================================================

BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN


+ Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.

+ Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya.

+ Hati akan terseksa dengan barah rindu.

+ Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.

+ Cinta lalai akan menyebabkan alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan Akhirat.

+ Aku boleh menjadi tidak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.

+ Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh jiwa, akal dan perasaan.

+ Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.

+ Jika aku dan dia berjaya ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

Nauzubillah !!

=================================

TIPS MENEPIS CINTA REMAJA

# Tegas dengan prinsip diri
# Meletakkan misi yang jelas dalam hidup
# Bersahabat dengan rakan sejantina yang soleh
# Mengekang hawa nafsu
# Mendekati majlis ilmu
# Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah
# Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan

====================================

Dia muhasabah diri kembali, apakah yang telah diperoleh sepanjang 2o hari Ramadhan yang lalu.
Meningkatkah taqwanya pada pencipta? Bertambahkah amalan sunat?
Dia gerun mengenangkan ajal yang menjemput sedangkan dirinya masih belum bersedia.
Teringat senior yang telah pergi, mereka tidak mengetahui adakah Ramadhan itu Ramadhan terakhir mereka. Dia nak pulun. Pulun sementara ada masa. Sementara bersisa.
Masa akan datang dia tak tahu. Hidupkah? Matikah? Sakitkah?
OH!

Dalam tangisan, dia memohon ampun pada Pencipta atas segala khilafnya.
Moga dia dikuatkan hati untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ameen.

=============================================

أللهمّ انّا نسألك رضاك و الجنّة .. أمين

5 comments:

Anonymous said...

Sumai laling..

ku bangga dengan kamu deh..seharusnya pengintrospeksian yg kamu lakukan membuahkan hasil yg benar2 utk mencapai redhaNya..

Laling..
Takkan rugi walau sedikit pun jika kamu menyombongkan diri pd yang bukan hak..ku sokong sepenuhnya..

Percaya pada janji2 Allah..ishbir..
Jaga diri,iman n amal ye laling..

Wassalamu'alaikum

SuMaiYaH said...

kakak cayang, doakan ku selalu. Moga kita kan bertemu di Jannah yang didamba. Uhibbuki Fillah :)

wa'alaikumussalam wbt.

eman ainol said...

sue, may i know, where i can find that book?still searching...tp still tak jumpa :( dah merata carik tp tak jumpa...

Ikhwan Zhaki said...

kesian remaja muslim yang hanya menurut trend dan kebiasaan remaja lain, bercouple tanpa menyedari hakikat kepentingannya dan cara yg halal mnurut islam. moga usaha da'wah diperhebat. moga kematangan kian mengakar, bertindak dalam kehidupan dasar keperluan dan arahan Tuhan, bukan perasaan

sumaiyah said...

wei baru perasan komen kome berdua.

ada banyak la iman. try cari kt MPH ke yekk :)

tme ksh ustaz atas pandangannya. Sama-sama insyaAllah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...