Sunday, August 2, 2009

Konsert Antara Dunia : Review

Alhamdulillah. Allahuakbar!

e n e r g e t i c

itulah satu perkataan yang dapat digambarkan selepas menghadiri Konsert Antara Dunia anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) yang berakhir jam 12 tengah malam tadi. Antara kumpulan yang beraksi adalah Hijjaz, Raihan, Rabbani, Shoutul Harakah dan juga Nibras (Arab Saudi).

Perasmi kami ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Sungguh rasa tak percaya bila Tuan Guru berada depan mata sendiri. Allah. Dan tak boleh lupa tentu sekali kata kata Presiden Gamis, Dzulkhairi :

Kami GAMIS tak kisah jika kami tak popular asalkan Islam diangkat, dapat
ditegakkan, popular di atas muka bumi ini!


Kamu tahu, saya tak pernah menghadiri konsert sehebat ini yang mana totally lain 'feeling'nya dengan konsert Search : Di Awan Biru atau Konsert Linkin Park. Wah hebat tuh. Mende yang hebat sangat?

Lagu pertama pun dah best. Pujian kepada Allah, Raihan menyampaikan Puji-Pujian dari album pertamanya dengan sungguh bersemangat! Subhanallah!


Read More..>>



Dan diteruskan dengan Rabbani, Shoutul Harakah, Hijjaz dan Nibras. Manalah hati tak rasa tenang kalau semua lagunya lagu rohani. Lagu mendamaikan jiwa. Lagu yang mengenbalikan jiwa kepada Pencipta.

Kenangan terindah of course lah bila bersama Shoutul Harakah. Lagu jihad menyentap jiwa untuk terus bangun meninggalkan kisah lampau dan memulakan hidup baru sebagai PEJUANG! Ya, kamu akan cakap saya gila kerana titibe je macam ni, semangat tak tentu pasal.

Mana tak nya. Sambil menyanyi dengan sungguh bersemangat, tangan dihayun ke atas. Badan bergoncang ikut rentak lagu, dan yang jadi teraju utama sentapan jiwa adalah liriknya yang berunsur perjuangan!

Perjuangan, hijrah, kehidupan, pengabdian.

Selingan bagi setiap kumpulan yang buat persembahan adalah sesuatu tentang fitrah. Bagaimana kita diciptakan, kematian yang memburu atau diburu, kasih bonda dan ayahanda yang tidak berbelah bahagi, dan yang paling penting ialah cinta pada Allah, ingat padaNya setiap waktu, juga keinginan diri yang mahu sentiasa berjuang, menegakkan Islam dalam usaha memburu redha Pencipta, Allah Yang Maha Agung!

Tidakkah damai jiwa mendengar lagu berunsur kasih sayang, keharmonian, persaudaraan sesama insan yang mana memang dianjurkan Islam? Allahuakbar.

Tidakkah tenang hati menghayati lirik lagu Thank You Allah dendangan Raihan sambil bersama saudara seakidah mengkoreksi diri apakah benar diri ini sudah benar-benar berterima kasih padaNya? Allah Maha Agung.

Allah, Allah dan Allah. Secara jujur itulah yang berada dalam fikiran saya sepanjang konsert. Jihad menegakkan syiarNya, memburu kematian Husnul Khotimah, pembinaan tautan hati dan jiwa bersama makhlukNya, berkasih sayang dalam batas syariat, dan entah berapa macam jenis ingatan lagi telah disampaikan dalam konsert ini.

Kematian. Apakah sudah cukup bekalan? Apakah umur selama ini yang digunakan hanya sia-sia? 19 tahun? 20 tahun? Di Akhirat hanya ada dua kesudahan, Syurga atau Neraka. Kita mencipta watak sendiri atas pentas dunia yang hanya lakonan. Mahu watak baik atau watak jahat? Kalau watak kita baik di dunia tentu award nya di syurga. Dan sebaliknya.

Benarlah, jiwa makhlukNya, jiwa kita semua hanya akan tenang dengan mengingatiNya. Menjadi tabah bila mengenangkan ganjaran Jannah yang didamba. Menjadi kuat bila merasa kita tidak keseorangan, bercambah meneruskan saki-baki perjuangan. Kita ada bersama Allah. Allah Yang Maha Berkuasa. Dialah Pelindung Dialah Penjamin. Allahukbar!

Tahniah GAMIS! Saya sungguh rasa terharu sampai tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Benar, kembara rohani itu akan tidak dapat diterjemah dengan kalam manusia. Ia hanya akan mampu dirasai jika anda melaluinya sendiri. Nikmat indah bersama PENCIPTA, nikmat indah tiada terkata.

Buat semua:
Kawan-kawan, aku mahu jadi pejuang macam kalian. Bawalah aku bersama. Ingatkan aku bila aku lupa. Alunkan aku dengan nasihat tika aku leka. Ajak aku solat berjemaah. Iringkan aku dengan doa agar kuat seperti kalian. Aku mahu ke syurga bersama kalian. Aku mahu jadi mujahidah pembela agama macam kalian. Kalian takkan tinggalkan aku kan? Aku mohon dengan sangat, bawalah aku wahai sahabat..

dan saat ini air mata bergenang lagi. Allah, kuatkanlah aku. Tarbiyahkan aku dengan ujianMu. Kuatkan kami dengan taliMu. Andai sahabat-sahabat kami kasih akan kami, ENGKAU YA ALLAH, Maha Pengasih. Andai ibu ayah kami sayang akan kami, ENGKAU YA ALLAH, Maha Penyayang. Kau bantulah kami mengharungi liku-liku kehidupan yang bersisa ini. Ameen. Perkenankanlah Ya Allah..

5 comments:

Smile's said...

Ameen... betulkan niat sentiasa insya Allah...

criestz said...

ikot org la.. mane2 konsert y die suke..
mst la die kate konsert tu y plg baik..
pndangan masing2 dr kesukaan sndri..

besh ke tgk bola ??

besh ke tgk f1??

best ke tgk moto gp??

besh ke tgk owg memancing??

semua nye dr kesukaan masing2.. so xperlu la kite memperlekehkan kesukaan org lain dgn membanggakan konsert y kite suke kan..

kite juga berada ditahap y sama dgn mereka kalu kite g konsert tu utk hiburan semata2 n xhubungkan hati kita dgn ALLAH..

so xde ape2 kleihan pd kite wlaupon konsert tu brtujuan kearah islam..

p/s: ini comen bukn utk kamo ye tp utk sape2 y niat xbetul lah tetapi ngaku nk bwk islam..
coz rmai je y ak tgk cmni =P

SuMaiYaH said...

thanks to Smile's dan criestz

Allahu yubaarikumaa..

faridmw said...

salam... dengan konsert ni ada banyak faedah kan...

SuMaiYaH said...

salam farid.
insyaAllah. tinggal kita yang nak menghayati dan amalkan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...