Tuesday, August 11, 2009

GPDP : Teguran Terbuka Buat Yang Dikasihi Kerana Allah

GPDP : Teguran Terbuka Buat Yang Dikasihi Kerana Allah

Satu perkara yang cukup memberi impak yang besar bagi semua mahasiswa di cfs iium adalah program berwajib yang mesti dihadiri dan mempunyai peranan sebanyak 10 peratus untuk subjek wajib kami di cfs iium iaitu FIM.Dan perihal perkara ini dan peri penting program ini berserta perkara yang bersangkutan dengannya perlulah diambil cagna yang tinggi.


Tajuk Post ini adalah “ GPDP : Teguran terbuka buat yang dikasihi kerana Allah “adalah hasil perbincangan saya dan rakan-rakan sepanjang berada di cfs ium selama lebih kurang setahun kami berada di sini.Juga adalah survey terhadap students 1st year yang baru usai GPDP mereka minggu lalu. ..

Mudahan beroleh manfaat bersama.

GPDP(Global Player Development Programme)

Pertama sekali saya sangat memuji pembahagian markah untuk subjek FIM yang dilakukan dengan mengadakan 2 program yang dianggap bagus dari segi TEORInya.Satu melalui program Study Circle yang bolehlah dianggap sebagai ‘ usrah wajib.Satu lagi program yang menyumbang 10 markah bagi subjek ini adalah GPDP(Global Player Development Programme) yang diurusselia oleh LTD(Leadership Training Deparment).


LTD Objectives

1. To make students understand the vision and mission of International Islamic University Malaysia in the light of the new challenges.

2. To develop Islamic personality and leadership qualities among students.

3. To make students realize their roles in the future.

4. To fomster closer Islamic brotherhood among students.

SYABAS.Melalui 2 program ini mahasiswa tidak terbelenggu dengan budaya peperiksaan yang amat menyakitkan seperti subjek yang lain.Sekurangnya markah yang diperolehi dari 2 program ini sebanyak 20 peratus menjadi pencetus kepada pengurangan budaya “ exam oriented “ pun begitu selaku seorang mahasiswa yang telah memasuki sebuah universiti yang dianggap berPRESTIJ di Malaysia,izinkan saya menegur beberapa perkara di peringkat pelaksanaan yang barangkali memberi implikasi yang besar kepada penghasilan modal insan di peringkat kampus cfs seterusnnya dalm proses “ penyumbangan mahasiswa yang berintegriti dan berkualitas ketika di kampus utama “


TEGURAN BUAT YANG DIKASIHI


Antara perkara-perkara yang perlu diberi penekanan adalh perihal universiti sebagai salah satu badan bebas yang tiada kaitan dengan mana-mana badan politik.Hal ini ada disebutkan oleh Dr.Siddiq Fadzil dalam pembentangan kertas kerja bertajuk “Krisis Pendidikan Malaysia : Cabaran Membina Generasi Berjiwa Merdeka “.Beliau menyebut bahawa ipt kini menjadi korban politisasi.Mahasiswa seakan2 dipaksa memilih antara “ Yang Majoriti Memerintah “atau “ Yang Minoriti Memerintah”.Walhal ini bermaksud mahasiswa tiada pendirian yang tersendiri.

Berbalik kepada GPDP,wujud budaya penDOKTRINAN yang sengaja ditimbulkan yang memihak kapada pihak yang tertentu.Ini secara tidak langsung bias melahirkan mahasiswa bukan dengan personalitinya yang tersendiri tetapi personaliti yang diTENTUKAN.Maka budaya politisasi dikalangan mahasiswa cfs uia terwujud dengan sendirinnya.Dan hal ini saangat menyedihkan kerana mematikan idealisma mahasiswa itu sendiri..

Perkara yang lain juga adalah berkaitan dengan ‘baiah’ yang telah dilafazkan oleh mahasiswa cfs ini

ketika minggu orientasi(Taaruf Week Proramme).Teringat lagi dengan penuh khusyu’ dan khudu’,mahasiswa ini semua melafazkan ikrar setia mereka yang mengandungi

1.Uphold the good name,of the Centre For Foundation Studies of the International Islamic University Malaysia;

2.Obey all the rules and regulations of the Centre for Foundation studies;

3.Perform the five daily prayers and conduct myself in accordance to the teaching of islam;

*4.observe Islamic religious prohibitions regarding immoral behavior and improper relations between males and females;

5.Strive to the best of my ability to achive the highest level of academic excellence while studying in the Centre for Foundation Studies;

6.Promote the spirit of Islamic brotherhood and cooperation among all students;

7.Abide by all the Laws of Malaysia.

Pun begitu,melalui maklumat yang diperolehi dari peserta gpdp,perihal ini tidak diberi perhatian yang baik(*Lihat perkara 4)


’Modul balut badan dengan tisu “ brothers balut sister “ menambahkan kekeruhan baiah yang dilafazkan.Duduk bersebelahan yang sengaja disusun tambah menyedihkan.Alasan yang diberikan adalah untuk menghilangkan gap dan mengeratkan ukhwah.Kasihan,mahasiswa ini terpaksa melanggari baiah suci yang mereka lafazkan.

Tarian “ chicken dance “ sebagai senamrobik disamping paparan artis di skrin juga menimbulkan tanda tanya mendalam di kalangan mahasiswa adakah mereka benar-benar berada di universiti islam atau hanya sekadar retorika semata-mata.

Malah sebahagian respon yang saya terima mengatakan bahawa seandainnya beginilah rupanya program berwajib setiap tahun,maka tak mustahil GPDP adalah penyumbang terbesar kepada keruntuhan moral di uia.

Seterusnya,Program GPDP ini dihadiri mhasiswa bagi mendapatkan markah dalam subjek di cfs iaitu subjek agama.Tetapi sejauh mana proram ini mendapat pantauan atau baangkali kelolaan dari pensyarah IRKHS.Sangat menyedihkan andai para pensyarah berkobar menerangkan perihal peri pentingnnya menjaga akhlaq,ikhtilat muslimim-muslimat dalam teori di kelas,tetapi luar dari kelas,pelajar-pelajar ini keliru dengan perkara yang berlaku keliling mereka.

Justeru,dengan penuh perasaan rendah diri dan mengharapkan yang terbaik bagi seluruh warga CFS,saya meminta agar pihak yang berWAJIB yang punyai kaitan secara langsung mahupun tidak dalam penyelenggaraan program ini agar menilai perkara-perkara yang telah saya sebutkan ini diperhati dan diperhalusi mengikut sekadar yang termampu.

Insya Allah andai diminta untuk memberikan pendapat tentang penambahbaikan program ini,saya berserta rakan-rakan yang lain sudi membantu dengan sekadar yang termampu

Ambillah teguran ini sebagai salah satu proses pengislahan demi kebaikan secara bersama.

Setinggi ucapan tahniah untuk LTD atas usaha-usaha peningkatan jati diri pelajar,barangkali andai usaha itu dapat diusahakan secara usahasama dengan persatuan-persatuan pelajar di cfs iium seperti FSCC,FRC,Medcy,Engenius,Press,intechs,Idea,Perkim dan lain2 beserta kelolaan dari para pensyarah IRKHS pasti hasil yang terhasil akan lebih menarik untuk kita hayati bersama.

Mudah-mudahan,Tujuan pendidikan sebagai MEMANUSIAKAN MANUSIA akan terhasil dan kita di CFS IIUM sebagai pencetus kepada universiti yang lain.InsyaALLAH.

* “ We are the torchbearers for the Ummah “

“ Guide by Qur’an and sunnah “

* Cfs song


originally written by : Nuur Asyrafuddin Mohd Said.
Gen 8 DQ-UIAM.

this post is previously posted in his blog but currently the authorities asked him to delete the blog. Kejam tak pihak uia ni? pergghh. sabar sabar T_T



cerita ni pun saya tahu lepas baca kat SINI. Moga Allah beri hidayah pada kita semua. Ameen.

6 comments:

jalilah said...

yeke sue?

kejam jiddan uia ni...x sgka btul..huh..politik2..org tgur cr baik,xnk terima pulak...adeh..

xpe2,ujian ni.Nabi pun susah pyh n trima byk tntgn sebarkn islam,xkn kite snang2 pulak Allah bagi..insyaAllah yg susah 2 la yg akan drasai kmanisannye...;)

moga Allah trus bg kkuatan pd saudara asyrafuddin n kita smua jgk hndaknya..insyaAllah

SuMaiYaH said...

iye benar jal.
tiada yang benar melainkan yang beno beno belako.

yah, moga Allah menabahkan hati saudara asyrafuddin dan kita semua.

Perjuangan tak pernah selesai!
Allahuakbar!

ariz azali said...

bukan nak politikkan yea...
cuma ada cetain tempat yanh aku
tak setuju ngan
gpdp and lead train ni...

yang aku in gat, masa bulan pose taun
lepas.. ada gpdp, pastu ada program yang
kena pekik memekik...
then masa penutup tu...
siap ada nyanyi2 lagi..
even lagu raya pun, semua tu tetap tak elok..

amat bersetuju dengan ketidakcakanaan irkhs,,
sebab tu adalh untuk markah subjek diaorang..
memang kita pelajar u, yang tak perlu bergantung
lagi dengan org yang dewasa, tapi masalahnya ni la...
jiwa kita jiwa remaja..

SuMaiYaH said...

hurm.

bukannya xde generasi kita yang tak mampu memimpin.

ramai je kawan2 ku yang kurasa mampu mengubah, mereka cuma perlu diberi ruang.

alhamdulillah leadtrain under FRC dengo2 nye sangat best, siap ada mujadalah lagik. kenangan dq menggamit. ohhh..

amii said...

mcmne diorg bole bgi bros balut sis? peliknye!! xkn la committee leadtrain xde sorg pn yg bantah? evn org yg xbrape nk alim pn taw tu x elok. masyaAllah.

sumaiyah said...

amii ni miirah ker? haish.

entahle, mgkin ada yang nak bantah tp apa deme bleh buat, tu arahan pihak atasan.

im not really sure how they jalankan aktiviti tu. wallahua'lam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...