Monday, August 24, 2009

cerita Ramadhan sumai

Semua orang letak pasal Ramadhan mereka.
Aku pun nak juge. hihi.
Ini Ramadhan kedua di Pusat Asasi UIAM. Semester 1 dulu, agak excited jugak lah sebab kali pertama berpuasa sebagai siswi. ceh, ayat tak boleh bla.

Sahur sem satu dulu, beli makanan kat kafe bawah ni. Biasa nasi goreng, nasi lauk pun adaa. selalu gak minum air masak je. faham faham saja lah kan.

Ramadhan kali ini, sangat syahdu kurasa ketika 30 Syaaban. Entah kenapa. Macam ini yang terakhir pulak. Sob3


Double excited Ramadhan ini sebab biro Akademik IQRA ada anjurkan iadah berpasang-pasangan sesama generasi. Entahla namanya apa, tapi setiap orang ditaklifkan sebanyak satu juzuk, masyikan @ lancarkan selama 30 Ramadhan ni ha. Saya dapat juzuk 17, berpasangan bersama saudari terchenta Qayyimah Nabiha serta Syahrul Farhanah. Memandangkan saya ni ala kureng-kureng iadahnya, maka kuharapkan ini menjadi platform untukku bsemangat kembali. Oh, baru hafal satu dua muka, nak kekalkan hafalan memang susah! Hafal mudah, nak kekalkan dlm kepala otak ni, alahai, Allah saja yang tahu.

Dan kondisi diri yang dilanda perkara lumrah wanita memang menjadikan diri ini kurang feeling nak buat apa-apa. Haish. Tengok member berbuka pun sekadar memeriahkan majlis. Hmmm..

Kalau dulu kat rumah, ummi kejutkan aku dan sarah. Slalu kami sefamili bangun lebih kurang 20 minit sebelum imsak. Makan, biasanya aku banyak cakap lah kan, nak itu nak ini. Kalau Abrar, selalu dia senyap saje, budak kecik la katekan. muehehe. Kuharap adikku itu membaca post ini. hik3

Tarawih di UIA PJ, turun surau ground floor Mahallah Khadijah. Imamnya diambil dari muslimin Gen8, la ni amik Gen9 pulak lah, seingat aku yang jadik imam sem satu dulu dah ke Nilai dah pun. Berpuasa di Nilai pula mereka yek. Lepas 4 Rakaat ada tazkirah, sini solat 8 rakaat saja bah. Witir jua dikerjakan.

Kat Taayah dulu, memang syok lah ramadhan, sebab makan sahur sedap woo (aku pernah ke makan tak sedap? huhe). Sahur memang aku tak pernah miss. Tambah pulak dia bunyikan siren dari dewan makan. Alahai rindunya Taayah. Time berbuka plak, makanan tak cukup compartment kt tray tu ha. Fuh fuh. Fulamak. Moreh plak, aku suka makan roti sosej. Ade gak bubur banyak kaler tu. APe ke nama? bubur gunting kot.

Tarawih kt Taayah, selalu Ust Jawaher jadi imam. Pernah jugak ustaz Azwani,Ustaz Pahmi (suami Ustazah Fatimah) ustaz ape lagi eh. Ustaz Faizol ada x? haila hailaa.. Yang aku paling tak boleh lupa, ada ustaz apa tu dari SIS mai, dia bawak Hafizuddin, Fuh kecoh asrama. Kenapa ngan dia? sebab dia di respect, xsilap aku KU ke entah, yang pasti dia speaking arabic veery well.

Kalau di rumah, tarawihku alamatnya di rumah lah. Nak ke masjid, ummi suruh temankan ummi, umi bukan tak nak, cuma ada masalah kesihatan sikit ler. Maka aku pun setia la menemankan. Di samping kemas kemas rumah, bergurau senda sesama ahlul bait. Kali ni nampaknya aku masih tak berkesempatan jumpa Sarah sebab dia balik khamis, padahal tiket aku balik kuala pun Khamis malam. Adoyai. Sabo sabo

Pernah jugak aku ke Masjid Ubudiah, ni kisah once upon a time la kan, sekolah rendah mayB. Masuk masuk sudah tentu lah macam kijang masuk kampong, terpinga pinga tak tahu mana tempat muslimah. tapi serious lah, ini masjid memang cantaeekk. Air cond kot. Dan sejadah dia bukan yang bulu-bulu tu, yang aku guna hari tu sejadah yang permukaannya macam karpet ke ape yang slalu letak kt dapur tu, bilik pun boleehh. Yang permukaannya lembut lembut bila dipicit, kira comfort lah, dan tak de habuk meno.



Bila sudah Ramadhan, semua rancang dah utk Raya, kalau tak nanti pakat sesok le kt supermarket, hypermarket, gigamarket, entah la. Central market pun boleehh.
Nak baju warna apa pun aku macam xda feeling. Tak payah baju raya boleh tak? Entah natijah puasa apa kita dapat sudah nak beria ria suka ria dan riang ria disney dengan baju raya, kasut raya, gelang raya, rantai raya, brooch raya, brapa kali raya daa..

Ramadhan ini puasa semua yek. Entah, kalau katanya puasa kalau setakat lapar dahaga apa makna? sia sia saja. Bak kata one dalam post nya, bersikap benarlah pada diri. Kalau katanya mahu puasa mata, kamu perlu kurangkan menonton benda-benda tidak berfaedah la di talivision. Begitu juga kurangkan la memandang mereka yang tak perlu, contohnya ajnabi kamu. Kalau da ada meeting jgn la memandang lantai semata pulak. Be profesional lah. Kalau kata mahu puasa hati, elakkan terlibat dengan benda yang boleh sebabkan sakit hati itu.

Contoh paling sonang, maksiat. Spesifik lagi, phubungan dengan yang bukan muhrim. Entah lah, bagiku tak kisah nak berkawan asalkan jangan sampai tercemar hati itu. Tapi setahu aku kalau sudah berkawan, macam-macam boleh terjadi. Tambah tambah pulak aku, peramah dalam alam siber tak tentu hala selalunya. Maka ramai lah yang jadi kawan aku di alam siber, sebab tu dalam profile aku kuletak prefer bersahabat dgn muslimat berbanding muslimin. Entah, sebab kurasa aku banyak lalaikan kaum lawan jenis dengan aku ni.

Dengan bermacam-macam artikel yang aku baca di iLuVislam, lagi gerun rasanya.
Kalau aku lah yang jadi penyumbang kepada masalah hati kamu wahai muslimin..
Allah, kupohon jauh dari apa yang tidak mampu aku memikulnya.

Banyak pulak aku melalut. Di kesempatan yang ada, minta maaf kepada semua. Jika aku ada terasa, merasa, membuat kamu terasa, kerana aku tak bermaksud demikian, mungkin ada aku menegur tapi tak kena cara, aku mohon maaf jua, sebab kalau nak compare aku di luar lagi la mulut aku takda insuran. ohoho.

Kepada mereka yang ada masalah hati dengan aku, aku mohon maaf. Sesiapa yang ada masalah hati ngan aku, better kau jauhkan diri, sebab nanti kau yang parah. Tapi sebelum tu, tegur la aku yuk. Sesiapa nak tegur cara aku, stailo aku; mungkin kamu bisa menulis emel secara direct sebab aku ni kalau cakap umum selalu tak sedar diri. Bajet betui sangat la apa aku buat tu. Bak kata Fa dalam meeting tadi, "Sumaiyah ni product DQ yang corrupt".

Thanks Fa. Kata katamu buat aku terfikir jugak. Banyak lagi yang aku perlu ubah dalam hidup aku. Sebab itu aku perlu kamu, kamu yang membaca, kamu yang hadir dalam hidup aku, kamu wahai sahabat sahabiah yang aku sayang. Ya, aku sayang semua. Lebih pada muslimat lah kan. Apa boleh buat..

Kepada yang ada simpan perasaan pada aku, rindu ke ape2 la kan, aku minta maaf, kalau cara aku tolak kamu macam kasar, sebab aku memang agresif. dan cara kasar itu memang kurasa antara cara untuk kamu tidak ganggu aku lagi. Kalau sape2 ada perasaan jugak kt aku, takpayah la gtau sekarang, nanti aku rasa sakit hati dengan kamu. Bermohonlah pada Allah agar dikurniakan yang terbaik, kerna masa akan datang kita tak tahu. Tapi buat masa ini, ku tak mahu fikir tentang semua itu, stadi pun hancus nak pikir2 pasai ni plak, Alahai.

Entah entah Ramadhan ini tak sempat ku habiskan, Allah yang tahu.
Buat kesekian kali, eh macam lagu Suhaimi ex inteam plak, aku ingin memohon maaf kepada semua. Aku sayang semua di sekeliling aku, termasuk pokok, awan, matahari, bulan bla3. Moga Ramadhan kali ni jadi platform untuk kita hisab diri seterusnya ubah ke arah yang lebih baik. Ramadhan Kareem.. Wallahu AKROM.

12 comments:

one said...

aku pun respect giler kat bliau. big fan ustaz suaiddin.

baru lepas bersahur makan asam pedas.

SuMaiYaH said...

entah apa lah cerita dia ek. takde jumpe dia kt jordan ke one? wihihi

sedapnya asam pedas. aku roti. alhamdulillah

ibnah said...

mak aih, panjang nye post..
xlarat den nak bace...

SuMaiYaH said...

kak kila, kalau sayang saya baca la sampai habis.

muehehe

ain^mohd said...

bubur kale2= bubur cha cha kan name dia.

SuMaiYaH said...

aah la ain.

ta ra ku cha cha

rindu kamu semua. *kiss*

:) amiir.ah said...

tsk tsk. tatau nape tpi bile sumai tules post yg str8 from d heart mcm ni, walopun pjg bebenor..sgt..menusuk kalbu..

SuMaiYaH said...

erk, mungkin cara ini boleh diteruskan, x gitu miirah?

eh, thanks sbb baca smpai habis :) moga ada manfaat..

(sejak bila ckp utagha ni? huhe)

hamba said...

to Sumaiyah, mohon baca e-mail.

Anonymous said...

sudah dibaca. terima kasih.

L u Q m a n said...

;)

SuMaiYaH said...

;))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...