Tuesday, July 21, 2009

syukuri nikmat sihat

Bismillahi walhamdulillah.
Lama sikit kot dah tak menulis di sini. Sengaja mungkin, agar manusia yang belum mengetahui tentang facebook mengetahuinya dan membuat penilaian sebaiknya.

Apa khabar iman kita hari ini? Sudahkah membarukan niat, hidup dan mati kerana DIA? Hmm, kalau belum, sempat lagi ni, selagi izrail belum memunculkan kelibatnya. :)
macam tu la niat kawan-kawan, sebab ia selalu berubah kalau tak diperbaharu kan. sebab Syaitan tu xpernah leka nak lalaikan kita anak Adam ni. Hoho so mari le kite berhati-hati!


Read more..>>



Maaf kerana post ini agak peribadi.
Sekadar memaklumkan kepada sahabat semua bahawa saya mungkin akan berehat dari menulis, atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Kalau menulis pun, mungkin sekadar sikit-sikit lama jadi bukit atau pun copy paste dari mana-mana yang saya suka. hihi.

Masuk hari ni, dah 6 hari demam dan batuk melanda diri. Entah bile mahu kebahnya. Kadang-kadang badan menggeletar, dan sekarang selesema pula yang datang. Semalam baru ke klinik. Doktor kasi obat saje la kan. Siapa yang biasa dengan isu semasa, mungkin akan tahu simptom yang saya hidapi sekarang ni simptom penyakit apa. hehe. Takpe. Kita tunggu sampai hari Jumaat. Kalau tak kebah juge, alamat nya ambil darah la ye.

Sebelum cuti Paper Mid Term Exam: Introducion to Information Literacy & Physics dijawab dalam keadaan kepeningan dan kemualan. Tapi takde muntah-muntah pun. Hish.

Bila dah sakit takde makne la berstreamyx kali pertama di rumah.
Bila dah sakit memang hilang la mood cuti di kala orang lain bergumbira bersama keluarga.
Bila dah sakit memang susoh le nak concentrate bace buku programming ngan buat latihan maths.
Bila dah sakit, ha, baru kamu tahu ape rasenye sumaiyah.

Saya yang sememangnya suka makan pun sudah jadi terpaksa menyumbat makanan ke dalam mulut supaya perut tak lapar dan untuk memudahkan proses penghadaman ubat yang berjumlah 5 kapsul sekali makan. Ubat bukan satu benda yang susah bagi saya, cuma sakit kali ni terasa sangat pahitnya ubat itu. Oh!

sakit pun kena senyum tau (:


Ahad malam Isnin, terasa bersalah sebab rasa tak tolong umi abi apa-apa pun hari tu (sampai rumah Ahad thari). Malam tu tolong la umi gosok baju untuk sekolah esoknya walaupun rasa tak larat. sambil tu air mata pun jatuh, rasa-rasanya macam nak dekat masa je. Terbayang wajah arwah 'Ammar dan arwah Nabil yang pergi mereka dalam kesudahan yang baik. Saya? Maksiat masih berleluasa, tanggungjawab dan amanah dalam persatuan, masyarakat masih belum terlaksana. Takkan nak mati macam ni? Dalam hati berdoa moga Allah panjangkan umur saya lagi dalam ketaatan :'(

Tak dapat nak terbayang waktu Demam Denggi Berdarah di Hospital Taiping dulu. Rasanya lagi teruk. Tapi oleh sebab saya cepat lupa, maka tak teringatlah semuanya. Yang pasti sepanjang di hospital, umi ada bersama. Tak dapat dilupakan, kunjungan Ustazah Siti Fatimah Othman, ketua warden SERATA. bersama doa dan harapan moga saya disembuhkan. Dengan izin Allah, doa mereka dimakbulkan.

Bila dah sakit, baru lah tahu apa nikmat sihat. Bak kata umi, baru kamu tahu langit tinggi rendah. Tapi sempat lagi tu pergi walimah kak izaidah (k.zack) dan Abg Fikri di Teras Jernang sabtu hari tu.

sama comel sama padan

majlis yang sangat sederhana ;)


di kesempatan yang ada, mohon maaf diucapkan kepada semua yang mengenali. Sahabat-sahabat sejak kecil di sekolah, DQ, CFS, alam maya, semuanyalah; Seandainya atau tidak seandainya ini kali terakhir saya akan mencoret mengarut di blog ini.
yang saya ada hutang padanya apa-apa atau nak kritik atau tegur, minta hubungi 0132001056 takut-takut kalau saya terlupa untuk melangsaikan apa yang patut.

Kepada yang masih sihat dan bertenaga, gunakanlah kesihatan yang Allah beri dengan sebaiknya. Nanti Allah tanya kita nak jawab apa ye? Takkan nak jawab kita lepak dengan member saje, takkan nak jawab kita dating dengan couple kot? Takkan nak jawab kita tonton cerita tahape-hape kt tivi yek? Oh!

Jika abg 'Ammar dan abg Nabil mendapat bidadari di syurga, saya bagaimana? Hmm, terfikir juga. Ya Allah, ampunilah dosaku dan redhailah kehidupanku.. Ameen.

والرب أدعو مخلصاً أنت رجائي
أبغى آلهي جنة فيها هنائي


4 comments:

ain^mohd said...

kenapa kawan aku sorang nie.
smoga cepat sembuh.

su said...

kak su doa kan sumaiyah cepat2 sembuh~ xpe, insya Allah nnt elok ler tu~
rajen2 makan ubat ye~
oo skang tgh mid term ke? teringat lak dulu2~ gud luck~
salam sayang dr cni~

:)

sumai said...

ain, kawanmu ini selalu diuji, moga jadi jadi penghapus dosa :|

kak su, thanks for the du'a and wish. terharu pule rasenye hihi ;)
insyaAllah xde ape kot, doktor ckp kena banyak minum air :D

Smile's said...

Salam. Wahai Sumaiyah mengertilah ujian itu tarbiyah Allah bagi mengiktiraf iman hambaNya...Laatahzan!

Minum air salah satu aspek yang penting dalam penjagaan kesihatan (2.5L/hari).Namun jenis air mestilah yang berkualiti seperti air zam-zam dan air yang bermineral yang telah dirawat melalui sistem penapisan canggih yang ada di pasaran masa kini sebagai contoh BIO-AURA...Wallahua'alam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...