Friday, July 10, 2009

Mual

...Duniaku, Jauh dari pandanganmu...


Lewat teori retorika para daie, saya jadi Mual.

Mual pada -konon- Pengubah Dunia kepada satu Utopia syar'ie. Sedang mutabaah mereka lompong di sebukkan agenda rejuvernasi bumi yang tak sudah-sudah. Pastinya, khilafah hanyalah seperti melihat oasis di padang pasir. Saya juga rasa jelik. Jelik pada daie yang terlebih mufti,yang bagai mengerti siapa penghuni syurga neraka. Pada niat kudus mereka, mereka mendobrak jahanamkan agama kita, menyempitkan lorong-lorong serakan hidayah dari langit.

"Enti tak rasa ke yang enti tu bakal penghuni neraka?"


"Api neraka dah terlalu menggelegak nak sambar rambut enti tu"


Mungkin akibat berasa diri itu "terlalu suci" sampai nampak tanda-tanda penduduk neraka pada insan lain. Apakah terlalu sulit untuk mempelajari seni dakwah?.

Saya juga jemu,
Jemu pada golongan -konon- "Thiqah". Zahirnya terpelihara pandangan matanya dari fitnah-fitnah dunia dengan tunduk patuh pada syariat langit, tetapi bila bertemu skrin komputer mahupun television, segalanya santapan mata. Laman komuniti apa? Friendster? myspace? facebook?, semua layan. Si jejaka alim berkopiah dengan pencarian wanita thiqahnya untuk di buat -konon- sayap kiri perjuangan dalam dakwahnya. Si muslimah ayu bertudung litup menyapu lantai tekun membalas mesej pemuda-pemuda dakwah idamannya. Thiqah apa namanya tu?

fenomena overseas.
seorang wanita melayu, pabila menaiki train atau bas, ada seat kosong sebelah lelaki melayu, tapi tak mahu duduk, katanya untuk menjaga ke-thiqah-annya. "Saya lagi rela berdiri walau apa jua keadaan". Tetapi, jika terdapat seat kosong sebelah mat salleh ataupun pak arab , bagai cahaya, dialah pemenang merebut kerusi.Thiqah kah? itu bukan Thiqah, itu namanya RACIST!


Read more..>>



Seorang lelaki melayu, dalam perjalanan sebatang jalan, bertembung pula dengan pelajar perempuan melayu walau jarak 10 meter kehadapan, dengan penuh kesanggupan serta kemachoan dan lagak wara'nya melintas keseberang jalan semata-mata untuk tidak bertembung dengan perempuan melayu.Katanya hendak menjaga Thiqah, tapi itukah yang diajarkan nabi? kenapa tidak berbuat demikian kepada wanita-wanita arab mahupun eropah. Dengan selamba bertembung sambil meninjau-ninjau ukur lilit tubuh menarik. Itupun namanya Racist campur Miang.

ada lagi,
seorang Ukhti, mulut kelu terkunci bertemu seorang Syabab. Kalau bercakap, terkenang pengalaman di Kisas, liqa' albab namanya. berbicara di sebalik pintu tanpa mengenal si pemilik suara.Thiqah katanya. Tapi bila berbunyi Sms masuk, bukan main ligat. Itu bukan thiqah, tapi Malu. Ganjilnya, bila di telefon , bersayang-sayang, tak tahu pula malu.

apa yang mereka faham tentang thiqah dan ikhtilat sebenarnya? Sedang para sahabat utusan Allah pun sanggup mempelawa isteri nabi menaiki unta. Lalu, apakah yang terlalu membuatkan kita menjadi sebegini?Berpaling muka bila bertemu sambil melontarkan muka masam.Apa yang hendak dijaga sebenarnya?.

Saya juga menyampah.
Menyampah dengan Aktivis jemaah yang sempit ruang lingkup pemikirannya.Juga yang tidak reti-reti bertolak ansur tentang Taadud jemaah.Kenapa tidak terbenih dalam benak pemikirann mereka akan keperluan kepelbagaian jemaah yang berjuang pada wasilah-wasilah yang pelbagai. Sedang mereka sebenarnya melengkapkan antara satu sama lain, Cuba perhatikan pada PAS yang bagi saya sudah menombor-dua-kan Tarbiah dan terlalu meletakkan politik kepimpinan sebagai prioriti utama, maka wujudlah ISMA juga JIM sebagai jemaah Tarbiah yang mengisi lompang-lompang pada PAS. Juga, jika ISMA dan JIM merupakan jemaah tarbiah yang menyasarkan kepada golongan intelek sahaja.Maka siapa pula yang bertanggungjawab kepada pakcik-pakcik tua serta tukang sapu mahupun pengutip sampah dan juga buruh Indonesia? Di sini barulah kita nampak peranan Jemaah Tabligh dalam menyampaikan kesedaran agama kepada mereka.

Begitu juga dengan kehadiran Hizbut tahrir, Wamy, Pks dan lain-lain.
Kenapa tidak nampak pada Manfaat yang luas itu?

Saya bertambah bosan melihat pergaduhan perbalahan tak berkesudahan antara jemaah-jemaah Islam, saling tuduh menuduh, mengatakan Si jemaah A agen yahudi untuk memecah-belahkan ummat Islam , Si Jemaah B pula ingin memegang tampuk kekuasaan di kawasan C. Mungkin kerana masing-masing dengan gahnya mengatakan MANHAJ jemaah kamilah yang ter"SYUMUL", maka tertolaklah segala jemaah yang terwujud atas mukabumi ini.Mereka yang saya kira buta tidak dapat melihat permasalahan dasar ummah kini iaitu " memberi kesedaran beragama" dan "bertanggungjawab pada agama".

Butakah mereka pada ragam ummah?
adakah telah sampai masanya Islam mencapai ustaziatul alam?. Sedangkan Hedonisme masih menguasai pemuda seusia saya. Jangan cuba mempamerkan fatamorgana pada ummah dengan laungan-laungan Revolusi Islam pada masa terdekat ini pada LUMPUHNYA program Tarbiyah. Pastinya, golongan bawahan seperti saya terus musnah.


kenapa tidak dapat bertolak ansur pada kekhilafan dan cuba sedaya upaya bekerjasama pada yang telah disepakatkan?


Mungkin taadud jemaah ini melambatkan kebangkitan Islam kerana terpecah seleraknya tanpa kesatuan menjadi alasan. Adakah kebangkitan itu mampu terjalan tanpa bermulanya kesedaran?Adakah terlalu susah untuk mengikuti marhalah-marhalah yang ditetapkan?.Pembentukan bata-bata khilafah yang terdasar semakin punah pada rakusnya nafsu untuk memegang tampuk kepimpinan. Adakah mereka lupa kegagalan Parti Refah di Turki?, akibat terlalu tergesa-gesa melaksanakan hukum Tuhan, mereka tumbang bawah telapak kaki sekular.


Saya juga semakin Rimas.
Rimas dengan golongan Agamawan berlainan ideologi mazhab pemikiran. Bila berbalah perkara yang tidak memberikan langsung faedah terhadap ummat Islam. Cukuplah dengan perbalahan salafiah/wahabiah dengan Khalafiah ,di tambah dengan Ahbash juga syiah. Apakah dengan pentakwilan sifat Tuhan memberikan kemenangan mutlak umat Islam? atau hanya dengan membidaahkan pentakwilan itu musuh-musuh Islam akan jatuh kecut berlari terpusu-pusu ketakutan? Belum lagi mazhab akidah Syiah yang aktif mencaci para Sahabat ,membongkar maqam para Isteri Nabi dengan arahan ulama mujtahid mereka.

Jangankan Ulama yang menyusahkan Ummat!.

bukan saya Ahlinya membincangkan tentang ini, Cuma ini adalah yang masalah terpapar pada skrin alam yang terbentang. Jika berterusan, manakah titik pengakhiran? Lupakah mereka pada ini,

"Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara salah" (Riwayat at Tirmidzi, Ibnu Majah, Abu Daud dan Daruqutni)


Dan akhirnya,
saya jadi musykil, apakah teramat susah memahami Islam?...

Juga saya rasa sedih,
Sedih kerana menjadi sebahagian dari mereka jua tak mampu berbuat apa-apa.

4 Julai 2009
Bait Intifadha, Shari' Siddiq
Mansurah

-credited to akh BaiHaQi-

24 comments:

one_munawwarah said...

uish. agak emo entry ni. pastu rupenye dr rumah lain.

mostly agreed.

tapi, bagi aku lah kan. bila sebut pas menomborduakan tarbiah. hmmm. agaknya, dari kacamata mana ye penulis ni melihat sampai nampak macam tu.

SuMaiYaH said...

adeh.
aku punya sama rasa hati seperti akh ini namun aku tak mampu nak meluahkan seperti ini.

mungkin penulis ni nampak dari kaca mata.. ape kata tanya dia sendiri nak x?

xpe2 nanti akan dijemput penulis itu dengan segala hormatnya~

disiniku mencari sinar said...

salam ukhwah....

hmm..amat menusuk hati bila baca post nie...papepun tahniah kp penulis kerana sudi b'kongsi pndpat nya...krana dengan inilah kita sume dpt menilai balik diri sendiri....

papepun ana kurang b'setuju dengan pendpt die yang mngtakan sume aktivis kampus tidak paham akan ta'adud jamaah....tapi ana stuju klo die ckp golongan sstegh jer...sbb pndpt ana org yg xphm nie hnyalah t'dri drpd mereka yang mnyokong ssbuah jemaah shja tanpa ad ilmu tntang ape itu jmaah n ap adab2 bile b'ad dlm jmaah...wallahhua'lam...

syukran jazilan...

Ahmad Baihaqi said...

alaikumsalam,

to disini kumencari sinar..

hurm,

nti ada kekurang-fahaman ketika membaca kot.

"Menyampah dengan Aktivis jemaah yang sempit ruang lingkup pemikirannya"

ayat ini bukan ayat umum tapi ayat khusus.
ana tak tulis seperti di bawah;

"menyampah dengan semua aktivis jemaah"

sila baca dengan lengkap tanpa tersekat-sekat walaupun anda gagap.

ok, cuba baca sekali lagi...

"Menyampah dengan Aktivis jemaah (yang sempit ruang lingkup pemikirannya )"

kalau tak termasuk dalam golongan dalam kurungan tu, rasanya tak ada yang terasa kan? :p

"ramai orang membaca tapi tersalah menafsir apa yang dibacanya" :)


to one munawarah,sumaiyah serta sekutu dengannya...

ana bukan mengambil pendapat sesiapa, pendapat ana sndr selaku ahl jemaah tersebut ditambah dengan beberapa pengakuan tokoh jmaah tersebut yang mngatakan sememangnya terdapat kekosongan pada peneraju tarbiah dlm jemaah itu, dan dikatakan tiada lagi yang layak utk mengisi kelompongan tersebut. Yang ada sekarang tak mencapai kapasiti yang ditetapkan...

juga, isu politik semasa sendiri telah pamerkan bagaimana jmaah itu sendiri dah melonjak naikkan kepentingan memegang tampuk pemerintahan berbanding menyebarkan kefahaman...

oh ye, nti rasa, brapa ramai yang menyokong jemaah tersebut benar-benar faham Islam, serta perjuangan jmaah tersebut?

atau... mereka hanya sekadar mencari alternatif :)

takpe2,sabar2...
para ikhwan (golongan azhari) lain yang di mesir skarang sedang bertungkus-lumus persiapkan diri utk mengisi kelompongan tersebut selepas digesa oleh org atasan...

Ahmad Baihaqi said...

tambahan ++ :P


apabila membaca sesuatu yang penuh emosi, sila ambil kira intonasi bacaan serta lahjah yang digunakan. Kalau mampu, selidik dahulu penulisnya bagaimana..:) haha

Ahmad Baihaqi said...

to disini kumencari sinar..

kusangka wanita rupanya jejaka,
maaf2..:p

nta*

nurul said...

salam sue..
suka post nie...
aku sokong dgn brother yg menulis artikel ini..
aku juga mual,rimas and confius dgn skarang ini dan akan datang.

SuMaiYaH said...

disiniku mencari sinar,
rasanya akh Baihaqi sudah menjawab soalan enta :)

akh Baihaqi,

oh ye, nti rasa, brapa ramai yang menyokong jemaah tersebut benar-benar faham Islam, serta perjuangan jmaah tersebut?

ana punya seorang teman, ayahnya seorang adun di satu kawasan yang dirahsiakan :p

berdasarkan cerita kwn ana tu, ayah beliau memang mempunyai visi yang jelas tentang perjuangan ini. Permah diceritakan temtang bagaimana ayahnya menyertai meeting namun meeting tersebut sering dicemari dengan suara-suara mendahulukan kepentingan memperjuangkan ideologi politik jemaah dan bukan kalimah tauhid itu sendiri.

ana yakin, insyaAllah ayah teman ana itu bukan keseorangan.

dan bak kata enta, ramai dalam golongan azhari yang sedang mempersiapkan diri dan rohani untuk sume ni.

sama-sama kita doakan mereka, di samping mempersiapkan diri sendiri jua ;) Allah akan membantu!

ameen.

criestz said...

bt0l2 sy sokong..(smbil mengangkat tngn tinggi2)

SuMaiYaH said...

nurul,
siapakah gerangan ini? seperti kukenal tetapi di mana ya? profile tak dapek dikenal pasti :P

criestz,
yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, insyaAllah :)

Baihaqi,
kami ada ketidakmampuan untuk menyelidiki penulis artikel ini bagaimana.. harap maaf! haha

aishah said...

sumai amek kat mane ni?
ape2 pun...kite kena blaja dari sejarah

SuMaiYaH said...

haish hakkai nih..
kan dah tulis, kredit tu akh Baihaqi. tu yang sedang menulis kat atas komen2 ni.

so, itu cuma pandangan peribadi, its just, i like this post :P

sejarah.. teringat zmn sekolah, ramai student benci sejarah, hoho :D

Ahmad Baihaqi said...

to sumayyah..

oh tidak mengapa..
i afraid that u may lead me to hell...wakaka..:P

SuMaiYaH said...

it is good if you know
(serious mood)

lili suriyani said...

Salam...
ana musykillah.. btol ke nta ni dr jemaah tu..
sbb stahu ana.. klu sbg ahli jemaah ni kita kne jg sir wa hazar jemaah tersebut.. mana bleh dedahkan kat org awam..

ke mana prinsip nta sbg ahli jemaah??

lili suriyani said...

erk, msg atas tu tuk saudara baihaqi..

(^^!)

Ahmad Baihaqi said...

haih, bosannya....

takde maklumat pun yg tdedah...
lgpun tu soalan common..ok,
sila tgk komen2 kat entry asal...

dah la, takyah lg nak ptkai pasal jmaah..
kerja jalan tak?
ok.

kalau ana bukan dr jmaah tu pun...knp?

lili suriyani said...

alhmdulillah..

L u Q m a n said...

hurm.. lame x ziarah..
cam kenal ye cerite 'tu' ye. ;p

nak suh komen ke?
xyah la. i rather cakap,
boring.. the same isu.
gerak kerja lebih diutamakan.

Ana menghormati segala apa yg diucapkan oleh akh baihaqi.

malas dan xde kuase nk cakap byk2.
bak kata ML ~ okay! proceeed! haha.

sumaiyah said...

LuQman,
thanks for the comment :)

Handzalah said...

Salam...
Sila bezakan antara taadud jamaah dgn Tanawwu3 Jamaah...
Pernahkah penulis menerima tarbiyah Pas klu nk ckp Pas menombor dua kn tarbiyah....
Hadamkan betul2 Arkanul bai'ah bru ckp ttg tarbiyah Pas...
wslam...

Ahmad Baihaqi said...

sila bknalan dgn pnulis.,sblum mmbuat simpul salah...

Ikhwan(Qs) said...

Politik itu hanya sebahagian dari Islam.

Jika sebilangan ahli jemaah di dalam sesebuah politik melakukan kesilapan maka bukanlah kesilapan mutlak pimpinan politik.
Jika sebilangan pemimpin jemaah di dalam politik tertentu melakukan kesilapan maka ahli jemaahnye juga akan terikut walaupun sedikit.

Di dalam mana2 jemaah politik wajiblah mengutamakan tarbiah.

Maaf jika apa yang ana katakan mungkin menguris mana2 jemaah politik,tiada perkara yang sempurna dan tiada jemaah yang sempurna.Namun wajib cuba yang terbaik dalam yang terbaik.Pas mempunyai modul tarbiah terhadap jemaah dan bukan jemaahnye.Namun kadang kala amat merusingkan apabila sebilangan jemaahnye apa bercakap atau berdebat berkaitan politik dengan lawan politiknya maka tarbiah itu lari dari landasannye kerana terdapat perasaan amarah dan kadang kala terdapat pula cacian.Harap modul tarbiah itu di mantapkan dan dijanakan lebih aktif bagi meluaskan tarbiah kepada semua ahli jemaah.

Tiada perkara yang sempurna,namun terimalah pendapat dan kritikan bagi membina jemaah yang lebih kukuh.

Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Smile's said...

Salam. Fitrahnya manusia ingin dikasihi dan disayangi. Justeru lemahnya kekuatan jiwa sebagai seorang hamba disisi Allah membuat kita sering tersasar. Namun Islam tak mengecam fitrah ini apa yang penting betulkan niat, segera bertaubat dan kembali ke landasan sebenar...Tawakkallah pada Allah, kerana tiada jaminan bagi kita syurga atau neraka...Wallahua'alam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...