Thursday, July 16, 2009

Ahli facebook kena baca

[scheduled post]

artikel ini saya dapat ketika mencari maklumat tentang facebook dan yahudi di Google dan Google Blogs. Ada banyak pendapat, terpulang nak ambil yang mana. Apa yang saya harapkan, kalian bacalah dengan mata hati dan bukan secara logik dan emosi. Selamat membaca!

Taken from here

Korang tau tak pasal benda nih?! Ades.. Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi.

Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages , kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana!!


Aku Bukan Cakap Kosong. Baca Dibawah!!


Tahukah anda!!!Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008?
Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda!!!
bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga
Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda!!!
bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah
menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda!!!
bahawa
Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.

Tahukah anda!!!
bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara,
Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?



Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...

3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .

5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel

6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya.

Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat
Islam di seluruh dunia?

Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .

Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik .

Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss. Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan. p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari
Sejarah2U so..

kepada saudara muslimin muslimat..
tolong war2kn perkara ini!!!!!!

artikel dah habes. ada pulak yang berpendapat begini. saya ambil dari sini

Berdakwah Melalui Facebook

“Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi beliau.” (Riwayat al-Bukhari)

Apa yang dapat diambil daripada hadis di atas adalah boleh berurusan dengan orang Yahudi, boleh berhutang dengan orang Yahudi dengan cara cagaran, dan boleh mengguna pakai produk Yahudi. Hukum berurusan dengan orang Yahudi pada asasnya adalah halal.

Timbul persoalan di sini berkaitan isu boikot. Adakah semua syarikat yang dimiliki oleh orang Yahudi perlu kita boikot walaupun mereka tidak menyokong sebarang bentuk keganasan?

Syeikh Yusuf Qaradhawi mengatakan kempen boikot bertujuan untuk memberi tekanan kepada bisnesman yang mempunyai sangkut paut dengan keganasan Israel agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka agar menamatkan peperangan.

Minggu lepas sempat saya meletak hadis ini di status Facebook saya dan menerima beberapa komen menarik. Ini sebenarnya bersangkutan dengan beberapa emel yang di’forward’ kepada saya tentang pemilik sebenar Facebook yang merupakan seorang Yahudi.

Jadi, apa salahnya kalau beliau seorang Yahudi?

Islam itu sifatnya adil

Dalam menjatuhkan sebarang hukuman, kita perlu mempunyai hujah yang cukup kuat. Tidak cukup kalau hanya kita katakan pemilik syarikat tersebut orang Yahudi atau dia mungkin ada kaitan dengan salah sebuah organisasi Israel.
Mungkin-mungkin atau rasa-rasa tidak boleh dijadikan hujah. Contoh ada seorang wanita membuat laporan polis yang dia dirogol.

“Saya rasa mungkin orang itu yang merogol saya semalam.”

Polis akan melakukan siasatan terhadap orang tersebut tetapi tidak boleh terus menjatuhkan hukuman hanya dengan hujah rasa-rasa wanita tersebut. Kita bukannya orang liar yang terus menumbuk dan menerajang, menjatuhkan hukuman tanpa periksa.

Dalam isu facebook pula, adakah sudah ditemui sebarang bukti yang mengatakan Mark Zuckerberg, pemilik Facebook, menyumbang kepada keganasan Israel?

Pemilik Google pun adalah orang Yahudi. Adilkah kalau hanya Facebook yang diboikot tanpa hujah yang kuat, sedangkan tidak pula kita mengajak orang lain boikot(tanpa usul periksa juga) website lain?

Apa bezanya menggunakan blogspot(milik Google) dengan menggunakan facebook? Kedua-duanya milik Yahudi.
Pada pendapat saya selagi tiada sebarang pengumuman atau kajian terperinci untuk mengesahkannya, tidak salah untuk kita gunakannya dahulu.

Berdakwah melalui facebook

“Betulkah dia gunakan untuk dakwah? Saya tengok lebih banyak tulis tentang diri sendiri sahaja.” atau “Dia ini lebih banyak main game dalam Facebook sahaja.”

Adakah kalau kita ingin berdakwah kepada seseorang, kita pergi kepadanya dan kata, “Saya ingin berdakwah kepadamu.”

Perlu ada langkah demi langkah. Perlu ada sesi berkenal-kenalan, kemudian dirapatkan lagi dengan perkongsian pendapat dan pandangan. Kalau dalam dunia realiti, salah satu cara untuk mudah mesra adalah melalui permainan.

Pernah sekali saya dan seorang rakan serumah ingin bermain futsal. Lalu diajak beberapa orang kawan lain dengan harapan mereka pun mengajak kawan mereka juga.

“Kau ajak sekali kawan-kawan kau yang lain, lepas itu suruh mereka ajak kawan-kawan mereka pula.”

Maka ramailah yang kami tidak kenal turut bermain bersama pada ketika itu. Tetapi dari situlah timbulnya rasa ingin kenal-mengenali. Tiada salah bermain asalkan jangan sampai terleka.

Adakah kalau ingin berdakwah, kita perlu masukkan perkataan-perkataan Arab di dalamnya dan barulah kelihatan, “Wah, islamiknya budak ini.”

Biarlah kita berdakwah sampai orang itu tidak tahu pun yang kita ingin berdakwah kepadanya. Tepuk dada, tanyalah Iman.

Entri ini ditulis oleh seorang pelajar jurusan Perhubungan Awam. Mohon diperbetulkan sekiranya ada kesilapan dalam sebarang pandangan berkaitan hal agama.


kepada sahabat semua, tepuk dada tanyalah iman, apakah facebook yang kita gunakan selama ini membawa kita lebih mendekati Allah, tengah2 atau menjauhkan kita dari Allah? Saya telah menyedari FB telah melekakan saya satu ketika dulu lalu mendelete akaun di sana, beberapa bulan yang lalu. Biarlah kita dipandang aneh kerana tidak mempunyai akaun di Facebook oleh orang lain. Kenali diri anda, dan buatlah tindakan sepatutnya. Allahua'lam :)

14 comments:

criestz said...

ye sumaiyah..
facebook nie y ak tau pngasas die yahudi..
n ini adelah 1 care utk mengambil maklumat peribadi orang...
tp rmai org xkesah pon psl nie..
manusia akhir zaman..

SuMaiYaH said...

hmm..
manusia punya hati dan dikurniakan ilham dari Allah.. maka sama samalah kita membezakan sendiri..

summer =P said...

sumaiyah,cuba try surf pasal google...then blogspot.
asik kt mgklasifikasikn product2 yg diboikot, terlupa plak pd benda alah internet yg 24/7 kt duk mgadap.mana tau..

SuMaiYaH said...

salam cik atikah summer :P
sebenarnya mende2 yang kita gune di alam maya ni almost semuanya adalah milik deme. cuma, terpulang pada kita untuk gunakan ke arah yang baik atau tak..

aji said...

ish2...
cube bayang kalu kita list seme barang diorang ape yang tinggal je?

SuMaiYaH said...

(xdapat nak bayangkan)

^_^"

Faridrashidi.Com said...

Assalamualaikum,

Semoga tuan rumah sihat-sihat selalu dan dipermudahkan urusan oleh ALLAH SWT.

Salam ziarah dan ukhwahfillah. Kalau kelapangan jemput ke blog saya, baca dan bertukar pandangan.. boleh juga bertukar link Insya'Allah.

KLIK Kembara Sufi Mencari Aspirasi

summer =P said...

salam..
ala,cik sumaiyah knl kt la..
baru nk main nyorok2.
yela..kita yg kne pk sndiri.

~live well or live hell,we choose~

cik sumaiyah said...

kenal la, awak kan kawan kite hihi ;)

Anonymous said...

Setiap perbuatan baik kenalah dengan niat dan ingatlah niat tak menghalalkan cara. Bagi saya facebook gunakan untuk iklan je tak perlu untu k berchat kerana terklalu open dan banyak percampuran info tanpa dapat dikawal... Wallahua'alam...

Ambo said...

Boikot Buku Muka (facebook) yang simpan maklumat muka...!

jal said...

Xde facebook, tapi cuba baca tulisan ust zaharuddin.

http://www.zaharuddin.net/content/view/901/72/

Penat said...

serius kelakar tengok umat Islam melatah.

otak ada, akal ada, pakai lah weh.

bila dah baca pasal Yahudi je, terus nak boikot. apa hal lah.

aku sokong ayat kau yg last:

"FB mendekatkan kita kpd Allah, atau jauh?"

Jangan pndang negatif je kalau otak kita mmg dah negatif. Masalah2

SuMaiYaH said...

ya ya. terima kasih semua.

Penat, semua ada akal tp tak semua dpt berfikir dan bila dpt berfikir, tak semua dpt berfikir ke satu tahap yang sepatutnya. atau mungkin masih tak sedar. sbb tu yang tahu kena bagitahu. Itulah fungsi dakwah.

kalau tak baik duduk bilik kunci.beribadah sorang2.apa kes tuh?

hehe.

tp memang best lah link yang Jal bagi.
FACEBOOK, YAHUDI & STATUS HUKUM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...