Monday, May 25, 2009

Cerita Niat di Taaruf Week

Alhamdulillah kerna masih diberi peluang untuk menaip walaupun dalam keadaan yang agak letih, sehari suntuk tak tido lepas melayan beratus-ratus sisters di AMF selama 2 hari. Sekarang semua orang cerita pasal Taaruf week. Ya, pelajar baru untuk sesi 2009/2010 telah mendaftarkan diri pada hari Sabtu dan Semalam (ahad).

Kali ini gabung pelajar dari Nilai dan PJ menjadikan jumlah mereka adalah 3500+ . Ramai kan? Itu belum masuk budak DQ lagi, kerna waktu ini mereka masih menghadapi final exam. Oh moga dipermudahkan. Ameen :)

Ok sambung balik pasal cite cfs okay.

Seronok? Tentu sekali kerana saya memang seorang yang suka berada di dalam masyarakat dan membantu mereka, seikhlas yang mampu. Anda tahu? Hidup yang sementara ini perlu digunakan sebaiknya agar kelak kita takkan menyesal. Hidup di dunia ini cuma sekadar persinggahan. Maka tidak hairanlah ada antara kita yang sentiasa menyibukkan diri di sini kerna mereka tahu mereka akan berehat dan bersenang-lenang di Akhirat kelak. InsyaAllah.

Bercakap mengenai Taaruf Week, tersangatla tak pernah lari daripada bercakap mengenai niat.

Niat : perkara paling simple tapi paling susah nak apply dalam hidup.

Bangun je pagi, ade ke kite niat ape2? Baca doa? Mandi niat apa?
Sedangkan rasanya ketika solat hanya hati kita mengatakan niat solat itu kerna Allah Taala.
Adakah benar?

Kerna itu, teramatlah penting bagi kite untuk mentajdidkan niat. Memperbetulkan niat. Kerana manusia itu asalnya na-si-ya = lupa. Manusia = pelaku bagi yang lupa.

Teramat perlu bagi kita untuk meniatkan sesuatu yang dilakukan kerana Allah. Kerana bukankah matlamat hidup kita adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya? Entahlah sudah kali keberapa kita mengingkari janji dalam solat setiap hari:

-sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk TUHAN Sekalian Alam-

Saya pasti anda yang membaca blog ini adalah mereka yang jauh lebih baik daripada saya. Namun ketahuilah matlamat kita sama : mendapatkan redha Pencipta yang Maha Agung.

Walaupun bertimpa ujian DIA turunkan, ketahuilah DIA sayang pada kita. Mengharapkan kita merintih sepenuh hati pada-Nya, bukan pada yang lain. Ujian menguatkan iman yang ada. Kerna dengan ujian kita akan selalu ingat pada-Nya.

Dengan membetulkan niat selalu, kita akan selalu sedar bahawa hidup ini sementara. Kita ada destinasi yang dituju. Akhirat Abadi. Kerna itu, cubalah untuk apply dalam hidup.. Jangan drastik. Pelan-pelan je. Start esok, kita bangun lantas terus memulakan niat. Lipat selimut, kemas katil, mandi, belajar, makan, tidur, sembang dengan kawan, semua kita niatkan kerana Allah. Agar diri lebih berdisiplin, agar Allah berkati ilmu yang kita ada, moga sembang dengan kawan akan menjadikan kita lebih dekat dengan Allah, moga makan akan memberi kita lebih tenaga untuk beribadah pada-Nya, agar kita lebih bersemangat untuk meneruskan Taaruf Week. Allah lah yang memberi kekuatan! :)

Sebab tu dalam Taaruf Week perlu yang amat untuk sentiasa membetulkan niat. Kerana Allah. Berkhidmat untuk masyarakat. Membantu adik-adik yang ada dengan rela. Tak ikut perasaan sendiri sahaja. Ajar lagu CFS, perbetulkan bacaan Asmaul-Husna diorang, tentang baju batik, T-shirt, bank muamalat, al-ma'thurat and so on.

Saya pasti sahabat-sahabat yang menganggotai Student Committee Members amat penat, berdasarkan yang dibaca dalam blog-blog yang ada serta reaksi spontan apabila saya berhadapan dengan kalian hehe. Ingatlah sahabat-sahabat, tiada istilah rehat. Perjalanan kita masih jauh. Walaupun mati itu dekat. Moga amal yang sedikit ini akan dihitung olehNya. Ameen.

p/s : sebagai ahli Registration Bureau, saya kini rasa amat sayang pada ahli biro walaupun ada yang baru dikenali dari Nilai. Oh, terima kasih ya Allah atas nikmat ukhuwwah yang Kau berikan..


kanan atas pakai spec : Amiirah, Head Of Registration aka Boss kami yang susah sangat nak dicapture gambar kerana terlalu bz ke sana ke mari..

sayang kamu semua!

11 comments:

atikah la yg ?? said...

biar aku jd org 1st comment..
hmm..sumaiyahlah thbt..huhu..
best blog ko
tahniah!!
jgn lupe same aku, summer!hehe..

SuMaiYaH said...

fuiyoh! atikah terhebat is the 1st commentor! hihi :P

taniah taniah ye. never forget u insyaAllah..

nanti da hbs taaruf jgnla lari bile jmpe aku yek! haha ntah ape sbb aku ckp gni keh3. kalo nmpk aku xtego, tego je dulu ye, kdg2 aku cm x ingat dunia sikit @ dlm dunia sendiri. haha

sayang kamu atikah summer :D

milimilo said...

jadi committee taaruf mesti penat gile kan..punye la byk bnde nak kne handle..ape yg penting kerjesame.. (wonder pets) ;)

QN2 said...

jelez same kamu...daku sudey lame tidak melibatkan diri dlm aktiviti sosial yg sehat segar bugar!ngeee...ghopr kera sumbang je dah rase...heheu

SuMaiYaH said...

mili,
hihi memang penat gile, tmbh2 sebab kitorg biro registration, sakit laa 2 hari registration tuu hehe :) tp xpe la kan, ini kan kerja sukarela *winks* :D

QN2,
insyaAllah naik sem baru ni moh la ramai2 join aktiviti.. kerna nanti antara yang akan ditanya Allah kelak ialah apa yang kita lakukan waktu remaja dulu.. mari-mari kita bercampur dgn masyarakat, membaiki ummah! :D

Fatimah said...

bangenyer muka ak tselit gak dlm gmbr comittee
hihi...
dis my 1st time ak bukak blog ko exclude kt fnance
pdai gak ko story molly
truskn usaha murni anda
gmbate....
cayok cayok!!!!
aja aja fighting!!
whatever....

SuMaiYaH said...

timah, aku ingat nak letak sume tapi gamoknye kt blogger ade limitation utk pictures :D

aku xde pandai mane, just stori telling ape dalam hati dan ape yang aku suke. aku harap yang membace dapatla amik pengajaran. tak banyak sikit pn jadik la kan. huhu

chaiyok chaiyok jua buat kamu.. ukhuwwah fillah xkan punah! ;)

:) amiir.ah said...

salam sumaiyah :D
jgn pggil sy bos uit! >.<'

SuMaiYaH said...

salam amiir.ah! hihi kalau dah bos memang kene panggil bos laa.. :D ;)

widad fitri said...

ak syg giler taaruf week..esp reg's family...
huhu ssah nk cri teamworks cam korang...

SuMaiYaH said...

kitorang pun sayang hang widad.. oho. sayang kerana Allah, kerna kita bersaudara. kan kan?

may Allah bless you in ur future undertakings.

lurve from me -_-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...