Wednesday, May 13, 2009

Langkah Praktikal Membantu Palestin

1. Berikan pesanan kepada orang ramai :

+ kuatkan iman dan ikatan dengan Allah.

+ jauhi segala MAKSIAT kerana ia menjadi antara sebab tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan Allah tertahan.

oleh sebab itu, jangan marah kepada 'bekas couple' kamu kalau dia memutuskan hubungan. Bersangka baiklah bahawa dia minta putus kerana langkah di atas. Walaupun kamu tak boleh lari dari bersangka bahawa dia dah jumpa orang lain, kamu tak layak untuk dia or whatsoever. Apa yang pasti, bukan kamu tak pernah tahu couple tu haram kan? Cuma nafsu kamu tu nak jugak nak jugak. haha. ade sape² terase ke? haish, janganla mcm tu, takde kaitan dengan sape2 pun. Lagi pun kan, mane tahu kamu dapat orang lebih baik dari dia? atau mungkin orang yang sama cuma dengan iman serta jati diri yang lebih ampuh. Ameen!

pastu, jangan pulak bengang dengan member kalo dia taknak ikut kamu tonton tv sekali kt lobi asrama. heheh. saya tak pernah diajak, cume titibe cam nak tulis pasal ni. Almaklum, kat tv sekarang macam² adaaa.. tinggal iman setipis kulit bawang nak menapis apa yang buruk dan baik untuk diri sendiri. Ingatlah Allah itu Maha Melihat, dan semua yang bersifat maksiat bisa mendatangkan titik hitam pada hati seterusnya menghijab hidayah Allah yang bertubi-tubi. InsyaAllah, DIA pasti membantu kita dalam melakukan kebaikan. Ameen!

macam² la kalau nak cakap pasal point ni. selebihnya sendiri mau ingat ye! :D

2. Menggiatkan program memboikot semua barangan syarikat² Yahudi, Zionis, Amerika, Eropah dan lain-lain yang mana mereka ini membantu menguatkan ekonomi Israel.

Program memboikot sememangnya memberi impak yang sangat besar jika kita semua bersatu. Apa lagi? Mulakan sekarang!

3. Menyertai dan menyokong semua program yang memberi bantuan kepada penduduk Islam Gaza.

4. Melancarkan kempen derma di peringkat individu, yayasan, syarikat, badan dan seumpamanya.

Saya pernah membaca, wakil Hamas pernah merayu agar setiap rakyat Malaysia menderma sekurang-kurangnya USD1 bersamaan RM3.60 setahun untuk mereka di sana, kerna itu sudah cukup bagi mereka. Adakah kita sudah memulakannya?

5. Membuat sebaran dan iklan secara meluas melalui media seperti blog, forum, dan ceramah umum dalam pelbagai bahasa untuk memberi penerangan tentang isu yang berlaku di Gaza.

6. Semua persatuan hak asasi manusia bertindak segera memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang menyokong zionis :

+ menghantar surat mengutuk tindakan zionis.

+ menggerakkan demonstrasi dan perhimpunan menentang zionis dan sekutunya.



*kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...