Sunday, May 10, 2009

entry untuk ummi

Alhamdulillah.
Saya merasa sangat berysukur kerana dikurniakan ibu, emak, bonda yang sangat ceria dan gembira, di samping tidak melupakan elemen² penting dalam mendidik kami semua anak².

Kamu tahu? Bila ummi cerita tentang anak muridnya di sekolah, bagaimana sakitnya hati melihat ramai antara mereka yang kurang adab, melawan guru, tak hormat rakan² serta peraturan dan macam2 lagi la.

Ummi pernah cerita bagaimana ketika perhimpunan hari Isnin, apabila ditanya berapakah orang yang solat subuh pagi itu, tidak sampai 10 tangan yang diangkat. Hairan kan? Apabila ditanya, rata-rata berkata 'Mak ayah saya pun tak solat.'

Read more..

Kamu nampak tak apa itu? Ya, the main role are on the parents. Saya rasa amat bersyukur kerana dikurniakan ummi abi yang sangat mengambil berat tentang kesihatan rohani, di mana kesihatan jasmani sudah tentulah kan.


Sempena hari ibu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ummi tercinta, Puan Salbiah bt Noordin, kerana tanpa beliau tiadalah saya dengan jati diri yang ada, berbekalkan panduan Al-Quran dan Sunnah, serta hidayah dan taufik daripada Allah.

Dalam bas tadi, terdengar..

duhai apakah gerangan budi bahasa
bagi insan melahirkan membesarkan
berguguran air mata bila mengenangkan
betapakah besar budi ibunda berikan

tiada bahagia andai tiada doa puja restu
Syurga itu di telapak kaki ibu


Memang saya menangis bila dengar. Cubalah renung2kan kembali apakah yang telah kita lakukan untuk ibu kita. Dan saya jua terbayang bagaimanakah perasaannya bagi mereka yang sudah ketiadaan ibu. Oleh itu, bagi kita yang masih ada ibu bersama, manfaatkanlah masa bersama beliau, kerana banyak yang didapati bahawa remaja seperti kita lebih suka kawan² berbanding keluarga sendiri. Kan? Begitu jua bagi yang punya couple, usually family are always been neglected.

Entry ini untuk ummi, jua sebagai renungan buat pembaca semua.

Kasih ALLAH tiada tandingan, kasih ummi membawa ke SyurGa

Allahua'lam :)

My Happy Ummi


Allah is the only One!

ummi memang suka gini padahal xde orang pn dlm hp tu hihi *winks*

wanita solehah akhir zaman. Ameen!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...