Thursday, May 7, 2009

dulu-dulu aku pernah berazam
mahu jadi muslimah mukminah
Allah bantu aku
aku masuk sekolah agama
aku rasa aku dapat semua yang perlu

tapi kenapa sekarang jadi begini?
mengapa mudah sekali tertipu dengan mainan cinta dunia?
oh, cintakan manusia
cintakan harta
cintakan pujian

aku bukan begitu!
aku benci pujian
sebab itu bawa aku ke neraka
aku suka hidup mudah
moga mudah untuk beribadah

tapi aku sering tewas kerana cinta lelaki
lelaki? siapa mereka?
kamu la lelaki, yang sedang baca post ini
kenapa mesti aku jumpe kamu
kemudian kamu menaburkan janji-janji manis
lantas aku yang lemah terpedaya
pada cinta palsu
yang tidak berlandaskan syariat
lantas aku terjerumus ke lembah dosa

ade kes aku yang mulakan
kenapa mesti kau terpengaruh Adam?
kau mesti kuat
kau pemimpin
bakal pemimpin agama
tentu sekali nakhoda rumahtangga
tidak boleh tewas hanya dengan satu suara manja
tiga patah perkataan berbisa
aku cinta padamu?
i love you?
go to Hell!

aku mohon maaf Adam
kerana aku yang memulakan
aku mohon maaf
kerana aku lemah
masih belum mampu menjadi muslimah mukminah
meneraju ummah di belakangmu

Ya Allah, ampunkan kami.
ampunkan kami..
Keampunan-Mu lebih besar dari dosa2 kami..
Yang Maha Pengampun..
Ampunkan kami ya Allah..

Kurniakan kami pasangan hidup penyeri di mata, penyejuk di hati..
Tetapkan hati kami atas jalan ini ya Allah..
Kabulkanlah.. Ameen.

2 comments:

Hamas Guy said...

huh...
agak jiwang...

SuMaiYaH said...

jiwang kah?

rase2 sume orang berharap mcm yg line last2 tu kan..? hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...