Thursday, May 14, 2009

Dia

Malam itu. Dia menangis lagi. Menangis kerana mengenangkan ujian sebegini berat diutuskan padanya. Nafsunya menggila. Namun dia tahu Allah memerhati, walaupun seringkali dia tersasar dari target yang telah dia tetapkan.

Dia baru ditinggalkan. Oleh seorang lelaki yang dulunya mengaku menyayanginya. Alasan, kerana tidak mahu couple. Dia pasrah walaupun hatinya merintih pedih. Kerana memang itulah yang patutnya mereka lakukan sejak dulu lagi. Dalam diam, hatinya bersyukur kerana lelaki itu yang memulakan.

Dalam esak tangisnya, dia merintih mengapa dia ditimpa ujian sedemikian rupa. Hatinya perit menghadapi ujian sebegitu. Ujian cinta, ujian nafsu yang menggoda.

'Ya Allah, kenapa aku diuji dengan ujian begini? kenapa aku tak mampu melawan nafsu yang ada?'

Jika sebelum ini hanya tangisan menjadi peneman tatkala hendak melelapkan mata, kali ini dia terus ke bilik air. Mengambil wudhuk, menyarungkan tudung lantas membuka Kitabullah peninggalan Rasulullah, panduan umat akhir zaman. Dalam keadaan yang kurang sihat, dia terus membaca sehingga dia terjumpa satu ayat dari surah Al-Ankabut:

Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya KAMI akan tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam Syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang beramal,
(iaitu) yang bersabar dan bertawakkal kepada Tuhannya.


Air matanya mengalir. Merintih lagi. Betapa peritnya hati merindu kepada yang bukan hak, sedangkan yang dirindu itu jua adalah makhluk yang tidak kekal sepertinya.
Atmanya meronta, mengharapkan kekuatan untuk menghadapi semua ini. Mencari hikmah yang tersembunyi.

Ya Allah, kuatkanlah aku.. Ya Allah, sabarkanlah aku dengan semua ini..

Menangis lagi.
Lantas meneruskan bacaan, hingga tiba lagi pada ayat ini,

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main, Dan sesungguhnya Akhirat itulah kehidupan sebenarnya, kalau mereka mengetahui.


Betapa dia menginginkan kematian saat itu, andai itu yang terbaik untuknya. Dia tidak tabah seperti yang disebut-sebut orang. Dia tak kuat. Dia hanya orang biasa.

Dan akhirnya,

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari kderedaan) KAMI, benar-benar akan ditunjukkan kepada mereka jalan-jalan KAMI. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.


Itulah antara yang membantunya untuk terus hidup, walaupun dengan ujian bertimpa.
Dia berdoa yang terbaik untuk mereka berdua, walaupun hatinya terguris sakit.
Walaupun baginya dia tidak mampu menyayangi orang lain seperti dia menyayangi orang itu.
Sedangkan Allah lah yang paling sayang padanya, dengan mengurniakan ujian sehebat itu.

Air matanya mengalir lagi. Sambil memohon agar disabarkan hati dengan ujian nafsu.
Agar kuat pergantungannya pada Allah.
Agar dikuatkan hati untuk bertawakkal padaNYA semata.
Agar kuat keyakinan bahawa janji Allah itu sangat pasti, wanita yang baik untuk lelaki yang baik, walaupun dia tidaklah sebaik mana, dia tetap mengharap.
Semoga dia akan bertemu dengan insan pelindung yang bisa menyayangi sepenuh hati selepas Allah, Rasul, jalan dakwah ini serta keluarga.
kalau bukan di sini, mungkin sekali akan dia temui pada bidadara Syurga.
Yang hidup di sana indah sekali, yang menjadi dambaan semua manusia.

Akhirnya dia lena dalam tangisan, hingga menjelang Subuh.


Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah DIA menciptakan untukmu pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA di antara kamu berdua rasa kasih dan sayang (mawaddah dan rahmah). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.

ArRum:21

Nasihat saya kepada 'dia':

Oh remaja, harapan keluarga
Putera puteri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama
Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kautahu
Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu..

Allahua'lam. :)

9 comments:

LOO (o_o) said...

Al-Quran mmg peneman yg setia.penenang jiwa,penyejuk hati.kerana ia wahyu dari DIA.pemilik segala cinta,pemegang segala hati.
sejak meninggalkn bumi itu,peneman setia itu dianak tirikn.yg sekular dijadikn anak kandung.bila dtimpa ujian baru lah teraba-raba menyapa peneman itu dlm debu tanpa disentuh.atau hanya diusik pabila punyai waktu senggang.

beruntungla dikau kerana terima ujian sebegitu.moga ia mjadi penguat jiwa dlm perjalann mcari cinta hakiki.

Muhammad Hamidi Zamri said...

Syukran ats prkongsian.. mcm prnah dgr je lirik yg bwh 2...

SuMaiYaH said...

Andah,

thanks. Ape yg andah tulis sume btui. Al-Quran itu telah dianak tirikan. Sekian lama. Moga dengan ujian yang menimpa dia akan lebih dekat dengan Tuhannya. Ameen :)

Hamidi,
'afwan. hidup untuk memberi.
itu lirik nasyid kump inteam. almaklumlah die hard fan of nasyeed.

www.nasyeed.com

estudiante said...

salam ziarah.singgah memberi komen.

entry yang memang memberi semangat pada saya.sedang berlaku dalam diri sendiri konflik ni.doakan yang terbaik ye.

2 mggu lepas,seorang sahabat datang pada sy.mengadu masalah yang sama seperti ini.sakit katanya.memang sakit.lagi2 dalam fatrah imtihan ini.moga2 sahabat saya,diri saya dan sesiapa sahaja yg sedang 'berjihad' dikuatkan diri dan ditenangkan fikiran.

Amin Ya Rabb.jzkk ya Ukhti. =)

p/s: kawan putri zainab,aisyah kat DQ ye?

SuMaiYaH said...

thanks for the ziarah. kiranya dia dalam cerita dia atas tidak keseorangan. Sungguh, Allah menyayangi mereka.

Ya, doakan mereka ditetapkan iman selalu, agar terus istiqomah di jalan ini. Hidup itu tidak mencabar jika tanpa ujian bukan? Kerna itulah warna-warni kehidupan dan itulah yang mematangkan kita.

Allah akan membantu insyaAllah! Juga kepada sahabat² di Al-Azhar yang sedang exam, anda juga kan? hehe. All the best! Ameen. :D

+ profile saudari nmpknya not available. tringin jugak nak kenal hehe :) sila² la kenalkan diri. sebetulnya saya kurang fhm p/s di bawah tu hihi. Loo di atas namenye aisyah jugak. hehe. kawan kisas & dq putri. Saya kawan Taayah ngan dq putri! haha excited pulak. Moga ukhuwwah berkekalan! :)

estudiante said...

aiwah.aisyah=loo..

oh,sy bukan pelajar al azhar.pelajar cairo uni.
huhu..insyaAllah moga dithabatkan hati ke jalannya.

mahu kenal saya ke?
www.noorasyila.blogspot.com
jemput ye..

ni blog saya.profile tu saya hide dr umum.

jzkk..

SuMaiYaH said...

thanks! :D

Nabila H.... said...

salam...
ku doakan si dia tabahkan hati...
semoga ALLAH merahmati mereka berdua...dibukakan jalan mendekati ILAHI di atas perpisahan ini..

eh, lagu in-team ke?
kenapa xpernah dengar pun?...
isk3..da lama tinggal dunia nasyid nih..

SuMaiYaH said...

salam nab! hihi.
thanks for the doa :)
aah lagu inteam. tue le, teman pn da lame tinggai dunia nasyid, tapi still kipas susah mati of inteam, hijjaz bla bla lah. cume, grup2 baru xbrape nak minat. ahaha XD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...