Thursday, April 30, 2009

Warkah utk arrijaal~

Ketahuilah lelaki, makin kau lari, makin dia m'hampiri
Usah dinafikan
Ikutlah kata hati,
satu saat kau pasti jua akan bicara mengenai an-nisa.

Usah dinafikan kata naluri
Jgnkan dikau manusia biasa
Nabi Muhammad SAW pun sunyi tanpa an-nisa
Apa lagi yg tidak ada di Syurga
Nabi Adam masih jg rindukan Siti Hawa.

Hakikatnya
Kami perlukan ar-rijal sbg pemimpin sufi
Menelusi jln yg penuh duri
Jangan jinakkan kami dgn harta duniawi
Itulah punca kami m'jadi liar
Jangan hiburkan kami dgn kecantikan
Itulah punca kami derita
Kenalkan kami dgn mahabbah fillah
Kenalkan kami dgn cinta Allah
Zat yg kekal
PadaNya kami b'serah.

Kami juga punyai hasrat, impian & amarah
Jika di lorong itu
Kau cuma m'jeling sepi
Siapa lagi yg akan m'bongkar diskriminasi duniawi
Jika kami dah jelas bengkok
Kenapa tak kau luruskan
Kalau pemimpin itu adalah syuhada
Jgn biarkan kami hanya kerana impian lelaki.


Eksploitasi n diskriminasi duniawi
Mengagungkan kami
Sehingga lahirlah Aishawarya Rai, Erra Fazira,
Jenniffer Lopez
Kamilah women gladiator
D ceruk mana pentas dunia pun
Kamilah teratas
Tp, hakikatnya akhlak kami di kaki lelaki
Kami derita dgn nama
Kami liar mengejar kemewahan
Tiada janji yg abadi.

Jika cinta ini kosong
Huru-haralah masyarakat
Ibu kan kehilangan anak
Suami kehilangan isteri
Bapa kehilangan puteri
Bila kami derhaka
Duniamu akan huru-hara
Bila tulang rusuk m'jd rapuh & patah
Rosaklah jantung, hati n limpa.

Inilah akibat kerana lelaki
Akibat kami x kenal Tuhan
Tak kenal diri sendiri
Apa lagi mengenal lelaki.

Ketahuilah rijal
Jika cinta ini subur pdNya
Bahagialah & b'untunglah dirimu
Kamilah pencipta sejarah
Sejarah Rabiatul Adawiyah telah pun terbukti
Cinta pd Yg Esa tak berbelah bagi
Sejarah Khadijah menuntut pengorbanan.

Tiada apa yg kami harapkan
Jgn biarkn kami kecewa hanya kerana
Mata hatimu yg gagal mengenali kami
Kamilah insan terhampir dgnmu
Kamilah ibu, kamilah anak, kamilah teman hidupmu
Smkin kau lari, smkin kami hampiri
Siramilah kami dgn sinar Islam
Pimpinlah kami bukan kerana rupa
Kerana hati ini lebih kekal dari yg sementara..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...