Friday, April 17, 2009

mari join!


Palestin Berhad adalah sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan. Ia ditubuhkan untuk membangunkan kefahaman masyarakat Malaysia mengenai isu-isu Palestin. Di dalam memikul tanggungjawab yang besar dan mulia ini, semua peringkat di dalam masyarakat diajak untuk bersama-sama menyokong usaha bagi membebaskan bumi Anbiya' yang bersejarah daripada cengkaman Zionis. Ia memerlukan kerjasama yang erat di dalam menangani isu ini.

Tidak dinafikan lagi bahawa dunia kini menyaksikan kerakusan Zionis dalam usaha mencapai cita-cita besar mereka. Zionis mempunyai agenda utama tersendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi, iaitu agenda menubuhkan sebuah negara yang dinamakan "Israel Raya".

Apa yang disaksikan kini, agenda mendirikan sebuah negara yang besar itu tidak mungkin akan tercapai dalam keadaan mereka ditentang dengan penentangan yang amat kuat, sehingga mereka terpaksa berundur sedikit demi sekdikit pada ketika dan saat ini.

Justeru itu Aman Palestin dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan satu seminar yang bertajuk "Berakhirnya Agenda Zionis" bagi memberikan penjelasan kepada masyarakat khususnya golongan belia supaya melihat semula kegagalan Zionis di dalam mendirikan sebuah negara yang agong itu.


1. TAJUK SEMINAR
"Berakhirnya Agenda Zionis"

2. OBJEKTIF
· Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat khususnya golongan belia terhadap agenda Zionis yang paling utama untuk menguasai dunia sudah berakhir.

· Membangkitkan kesedaran tentang bahaya projek Zionis untuk menguasai dunia dan sejauh manakah kesan kewujudan mereka kepada dunia sejagat.

· Membuat pendedahan kepada masyarakat terhadap propaganda Zionis di dalam mendirikan Israel Raya.

· Memberikan persepsi yang sebenar kepada masyarakat terhadap status terikini agenda Zionis.

· Memberikan kesedaran tentang langkah-langkah yang boleh dimainkan oleh masyarakat bagi menghadapi agenda Zionis.



tarikh, tempat dan masa klik sini

3. TARIKH
9 Mei 2009 [Sabtu]


4. TEMPAT
Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur

5. MASA
8 pagi - 5 Petang

6. SASARAN
3000 kerusi

7. YURAN
RM 10.00 [Boleh dibayar di hari konvensyen]


laman web rasmi

http://kbaz.net/



*credit to Akh LuQman*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...