Monday, April 27, 2009

cerita pesta buku

Alhamdulillah Allah telah izinkan kami memijak bangunan PWTC dengan jayanya pada 25 April, seusai exam MUET yang mencabar. Hehe.Perjalanan kami dimulakan dengan Metro Bus No 12, cam bese la. Turun di KL Central lalu mengambil perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu atau lebih dikenali sebagai KTM. Dulu ingatkan KTM=komuter rupenye salah. Haha.

Kak Is and the gang dah tunggu kami kt KL Central, almaklumlah mane pernah poie PWTC hihi. Thanks to Kak Is! Semoga Allah membalas jasa akak :)

Sampai kat Pesta Buku yang dinanti kira-kira jam 3.30 pm. Macam rusa masuk kampung, redah saje sume. Tapi yang pertama sekali dicari tentunya kedai yang menjual air, kerana kami dah hampir mati kehausan. Waha. satu botol RM3, standard la bg tmpt gitu. Sebelum jumpe kedai tu, tanye orang jugak la, mane diorang dapat air mineral yang dorang minum. haha orang desperate katekan. At last, beli la kat kedai yang mahal tu..


Read until the end.. ^_^



Mule2 memang kelam kelibut gile sbb peta pn taktahu. lepas solat asar, barula jumpa peta. Actually saya cari JIMedia punye booth, tapi sbnrnya mereka tidak wujud. haha. Abang yang keje situ cakap yang diorang kan NGO so tade booth maa. Cume gabung dengan satu booth yang dikenali sebagai Readnetwork tak silap. Saya pun belila satu buku, 2 button badges dan jugak 2 pelekat Save Gaza & Freedom For Palestine, untuk kereta di rumah, sebab ummi nak. tapi nanti kalo beli satu je nanti abi merajuk. hihi. :)

Kebetulan jua, penulis novel Ayat-ayat Cinta, Mr Habiburrahman El-Shirazy (saje je panggil Mr) ada sidang di situ jam 5.30. wah, adela peluang bertemu muka, walaupun dari jarak yang jauh.









Then jalan-jalan lagi, jumpe booth PTS Millenia, Hijjaz Record, Inteam, Galeri Ilmu. Wah, Ustaz Hasrizal pun ade! Adela nampak buku yang ijat suruh belikan, Bercinta Sampai Syurga -Aku Terima Nikahnya II- dan juga pasal buah Tin tu, tulisan ustaz Hasrizal jugak. Ustaz pun ade kat situ sibuk menyain autograf yang diminta peminat. Hehe. Nampak seperti ustaz penyenyap, dan mungkin tak sihat atau penat.

Ade jugak Haji Bad, penulis kolum rumahtangga yang kartun dalam majalah Anis. Saya suka baca kolum beliau. Saya ade la bgtau dia, then dia suh saya beli buku I Love You Too, karya terbarunya. Saya cakap la tade duit dah. Dia gelak je. Gayat cakap 'dia ni belum kahwin lg la.' Haji Bad ckp, bagi kt mak ayah ke, wawa. masalahnya wang dah ilek.

Then Gayat ade ajak balik daa. Huhu solat Maghrib kat KL Central. Mule2 saya setuju then tak jadi la, solat kat situ jugak.Ya Allah ramainye orang. Waktu saya sampai elok2 aja tengah azan. Memule ingat nak solat sendiri tapi bile perasan orang sebelah solat berimam muslimin kt tirai sebelah,saya pn tukar niat. Subhanallah, rase seronok sangat. Yela, duk kat rumah mane nak dpt solat jemaah. Susah.

Dan Subhanallah, seusai solat, orang sebelah menjenguk muka saya, rupenye dia ialah Aisyah Tahir! teman satu sekolah sampai Form 3 di Taayah, then beliau ke Kolej Islam Sultan Alam Shah aka KISAS, skrg di KDU College. Tak ingat Sri KDU atau KDU. Dia di situ kerna akaknya kerja part time di PTS Millenia,lebih krg buat layout buku la. Sembang2 sekejap then beranso.

Waktu nak beranso ni la, kasut hilang sebelah. Dengan satu arus untuk orang ke surau, dan satu arus untuk yang mahu keluar, memang kasutku entah kemane. Dengan muslimin yang menakutkan [haha ayat hiperbola], adik2 dari bermacam sekolah, tak berapa nampak, jumpe sebelah je. Akhirnya itu dia! Kasutku! Beramah sebentar kat adik yang sekolah mane ntah tu,baju batik warne merah,

'Jap-jap dik! Bagi akak amik kasut akak jap!'

Dia pn stop la jalan kejap. Seusai ucap terima kasih saya pn terkocoh-kocoh ke luar, nk pakai kasut lagi. Jumpela Taqwa, Rawaida [Agen HerbaLife] & Fariha, member DQ. Hihi.

Oleh sebab saya jenis yang suke jalan laju, kadang2 tak perasan orang sebelah pun. Ya Allah, terlanggar dengan Abu Saif waktu nak keluar tu. Terlaga bahu ke tangan entahla, ustaz bagi saya jalan dulu. Bile terpandang barula perasan itu ustaz Hasrizal! saya bagi salam, tapi taktaula ustaz dengar ke dok. Dgr cam ustaz tergelak la. Haiya, malu dibuatnye.

Dah terlambat ni! Mintak maaflah Gayat, saya ckp sekejap je, tapi lame pulak. Huhu. Kesian Gayat menunggu. Dia jama' takhir saje.

Balik.. Nyeberang jalan macam orang tak betul, biasalah orang kecoh macam kami ditambah dengan kereta yang banyak. Hihi. Sampai kat KL Central jam 8 lebih, makan Spicy Fried Rice kat Food Court. tak tipu, macam Nasi yang ku selalu makan di Johnny's.

Dan tunggu bus, no 12 cam biasa. Adela satu adegan kelakar, yang mana pelakon utama ialah Gayat! haha, tamo la citer, nanti Gayat mara. hihi :P hanya mereka yang ada di tempat kejadian yg mengetahui.

Alhamdulillah jua, puji hanya bagi NYA, kami selamat tiba di depan pagar CFS hampir jam 10 malam. Ow, belum solat Isyak keh! Balik, roomate, amsya tade sampai lagi. Santai-santaila berehat, penat sungguh. penatla kot. Tapi enjoy! Thanks Gayat!

Berikut antara majalah dan buku yang saya beli :







PTS Millenia
-Tuhanku Maha Best! [Muhammad D. Sensa]
-Yakjuj & Makjuj [Muhammad Alexander a.k.a Wisnu Sasongko]
-Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain [Afareez Abd Razak Al-Hafiz]

JIMedia - Biarkan Aku Jadi orang Palestin

Telaga Baru - Majalah SOLUSI Isu 3 & Perdana

yang buku HAMAS tu, beli di MPH lame dulu. Currently im reading that. Serious, memang banyak ilmu tahu tentang mereka, saudara kita, adik beradik kita.Kalo ade peluang, bacalah! tak menyesal! Confirm! :)

---------------------------------------------------------

Gayat dalam cerita di atas adalah senior saya, Wan Nur Izzati Wan Ghayatuldin yang merupakan classmate kelas english saya selama 2 semester. Sorang yang happy go lucky juga, cuma beza umur setahun dengan saya. Akan ke IIUM Gombakpada esok hari, menyambung pengajian. Saya ngan amsya je panggil dia Gayat kat cfs ni. Dia ni best! tatau mau ckp camane. Best Gile! Thanks akak! :)


saya sayang akak!



----------------------------------------------------

Saya juga dapat merasa kemanisan berhijab waktu ke sana. Ya, dengan ramai orang, susah nak jaga wudhuk dari asar ke maghrib, itulah antara kelebihan menutup aurat, selain mengelakkan gangguan orang2 jahat [hiperbola lagi haha], rasa selamat dan tenteram. :)Thanks Allah. :)
itu saja corat-coret pesta buku kali ini. Moga Ada umur untuk yang akan datang! Bi-iznillah. Till then, fi 'amanillah! :D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...