Monday, March 2, 2009

What's up?

Apa cerita Palestin? Oh, musim2 exam ni, sume sibuk study. Tapi yang sedih gila tu, saya jumpa sisa2 makanan dari KFC, McD dan DOMINO's kat tong sampah berdekatan bilik.

Hmm.. dulu bukan main berdemonstrasi. Sebentar itu sajakah semangat itu?

Sebagai seorang yang suka makan, saya lagi teringin gila nak makan benda alah tu. Tanye la roomate, diorang da penah la mengahadapi situasi saya mintak nak makan dominos. Kupon ada je dalam simpanan. Tapi tahan la ye. Tak mati pun kalau tak makan.


perut da bunyik2


adik saya suka. saya tumpang sekaki


Apa khabar saudara kita??

Mishaal: Menentang pilihan strategik Hamas.

Isnin, 02/03/2009 - Khaled Mishaal, ketua biro politik Hamas berkata pada hari Sabtu perjuangan menentang penjajahan Israel merupakan pilihan strategik Hamas dan akan berterusan sehingga setiap inci tanah Palestin dibebaskan.

Beliau menjamin bahawa Hamas tidak kira sejauh mana pencapainnya dalam bidang politik namun tidak akan berganjak dari prinsip penentangan ini dan perang di Gaza merupakan satu contoh praktikal bahawa tiada masa atau posisi yang mampu mengubah arah perjuangan Hamas, kata beliau kepada kunjungan delegasi Jordan.

Mengenai usaha mewujudkan kerajaan penyatuan, beliau berkata Hamas serius dan positif terhadap langkah ini dalam memastikan perpaduan di kalangan rakyat Palestin sambil mempertahankan prinsip perjuangan Hamas tanpa pilih kasih dan tidak akan berkompromi dalam hal-hal perjuangan.

Sementara itu penayangan filem yang menghina Nabi Isa, ibu baginda Maryam, Nabi Muhammad dan Hamas oleh media Israel menunjukkan masa kehancuran Zionis Israel semakin dekat kerana mereka yang terang-terang menentang Allah tidak akan berjaya atau mempunyai tempat di tanah suci Palestin.

Dalam satu kenyataan yang diterima oleh PIC, seorang pegawai kanan Ikhwanul Muslimin di Jordan, Kadhim Ayish berkata pertubuhan mereka menyokong segala usaha ke arah penyatuan di Mesir dan berharap dialog ini akan membebaskan dari projek Zio-Amerika yang sememangnya terbukti gagal.

sumber : http://www.palestinkini.info

2 comments:

Ibnu Ahmad Zhaki said...

Salam 'alaik,
Apa khabar? Selamat bercuti. Moga masa dimanfaatkan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

SuMaiYaH said...

salam. alhamdulillah. terima kasih. doakan semua..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...