Tuesday, March 10, 2009

Kedatangan

Babak 1

Pada suatu hari, sedang kita menonton Akademi Fantasia, ada seseorang memberi salam di luar rumah. Kita lantas menyuruh adik kita jengukkan kerana bosan ada orang mengganggu.

Adik kata dia tak kenal orang tu. Kita pun keluar tanya dia mencari siapa.

Dia membalas : "Aku mahu melawat umatku."

Babak 2

Sekumpulan wanita sedang bergosip di dalam kawasan kerja ketika waktu rehat. Bercakap tentang rakan sejawat yang itu, mengatakan dia selalu bising dengan kerja dan selalu sombong dengan barang kemas yang ada.

Tanpa disedari, ada seseorang yang memerhatikan mereka dengan raut wajah yang sedih sekali. Anda tahu siapa dia? Dia Penutup bagi segala Nabi.

Babak 3

Sekumpulan remaja sedang melepak dengan menghisap rokok, bertepuk tampar sesama lelaki wanita tanpa segan silu, menjerit-jerit tak tentu pasal. Ada insan yang sedang merenung mereka sambil menangis.

Dalam hatinya berkata, "Ya Allah, ampunkan umatku."

Babak 4

Ketika saat kewafatan Kekasih Allah, Rasulullah SAW.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?"

Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?

Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?".

Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku."

baca sini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alangkah sayangnya baginda kepada kita!

Apa agaknye ye, sumbangan kita pada baginda? pada agama ini?

HUrm, kita dah tutup aurat sepenuhnya ke? Kita ikut apa suruhan Allah sepenuhnya ke? Kita amalkan sunnah baginda ke? Kita jaga ke batasan pergaulan lelaki dan wanita?

Tanda cintakan baginda bukan hanya sekadar berselawat namun dengan patuh pada arahan Allah dan sedaya upaya mencontohi baginda dalam segala segi.

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya TUHAN saja yang tahu..

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu..

Happy Birthday Ya Habibullah!

*Masuklah kamu ke dalam Islam secara total*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...