Tuesday, March 24, 2009

Bila Jodoh Habis?

Tadi saya tonton rancangan Anjakan Paradigma bersama Dr Fadzilah Kamsah di Astro Oasis. Tajuknya agak menarik,

Bila Jodoh Habis

Almaklum sekarang musim kahwin ekspress di kalangan orang Malaysia. Yang terkejut tu kahwin 12 hari pun ada. Apa mau jadi ma. Nauzubillah.



Dalam rancangan tu ada lah dia cakap apa punca cerai di kalangan Malaysians sini. Berdasarkan kajian di Lembah Klang, 30% pasangan bercerai dalam masa 5 tahun. Tak ke banyak? 30 orang bagi setiap 100 orang. Lu kiralah sendiri.

Punca-punca antaranya kewangan, masalah dengan mertua, kurang belaian dari pasangan, suami masih hidup dengan cara bujang, isteri tak pandai masak etc. Pendek kata, benda-benda yang tak ternampak la waktu couple. Waktu couple sume indah kan. Yang ni pandai cover depan awek. Yang tu, pandai tipu pulak cakap pandai masak dan macam2 lagi. Padahal si lelaki tu orangnya panas baran, si perempuannya tak tahu masak langsung! Ada pulak tuh couple 8 tahun tapi bila kahwin cuma bertahan 2 bulan. Ape ke halnya?

Sebelum ni, saya pernah tanya ummi, adakah terjadinya penceraian itu akibat jodoh mereka habis atau apa?

Ummi cakap; in her opinion, sebenarnya semua tu berpunca daripada pasangan masing-masing. Maksudnya toleransi, tolak ansur sesama mereka. maksudnya bukan semata-mata bila dah tak suka, cakapla dah takda jodoh, kami tak serasi, hidup kami lebih baik sebagai rakan bla3.

Namun ada yang memang telah cuba menyelamatkan tapi kalau si suami main kayu tiga, amik nafkah isteri, apa kes? sedihnya bila tengok pemimpin-pemimpin rumahtangga sekarang.

Semoga pasangan kita nanti akan membawa kita ke jalan-Nya. Oh, mungkin ada orang cakap saya masih muda, ade ke cakap benda2 gini. Saya rasa budak sekolah rendah pun dah ada boyfriend/girlfriend kan? Sebab benda ni sume fitrah, cuma sendiri mau ingatla, jangan sampai ke kancah fitnah. Kita w a n i t a la terutamanya. Jadi tak salah lah saya menulis kan, ini sesuatu yang semua orang rasa.

Terang lagi bersuluh la couple itu sangatla tidak membawa kebaikan. Menambah dosa, hati tak tenang, rasa bersalah, jenuh cover depan orang. Kita selalu mementingkan penampilan kita di hadapan manusia berbanding Allah kan? Saya juga.. :(

Banyak lagi cara untuk mengeksperesikan rasa cinta kepada seseorang. Kalau belum masanya, rilek la beb. Ada jodoh tak kemana. Doa la banyak2, Allah mendengar. DIA Maha Mendengar! Kalau nak sangat, suruhla orang perantara ker, parents ker, dll. Moga Allah membantu kita mengekalkan sifat malu yang dituntut dalam Islam! Ameen..

I seek forgiveness from The Almighty and i apologise for anything i had done to all my friends, muslimin and muslimat. May Allah bless us . .

*Arrijaalu qawwamuuna 'alannisaak*

5 comments:

dieyLa said...

so sumaiyah nk kawin nti knl btol2 psgn 2..heehhehe..

SuMaiYaH said...

okeh! dun worry! ada body guard yang akan membantu! hihi :)

go said...

Salam...lagu apa ni Sumaiyah?

SuMaiYaH said...
This comment has been removed by the author.
SuMaiYaH said...

lagu Untukmu Palestin by Raihan :D

-- availablekan la profile supaya senang saya melawat kembali hihi :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...