Saturday, February 21, 2009

IQRA' Family Day

Alhamdulillah, semalam, baru selesai diadakan Family Day bagi Sekretariat IQRA', persatuan pelajar dq-uiam di CFS ni ha. Petang tu, sumaiyah and the gang tiba di court belakang mahallah Zainab Jahsy lebih kurang 5.45PM. Dah ada orang la, Ada Aflah, Radhiyah, Ameenah, Jalilah n sape lagi ye. Ade la. Hehe.

Diorang main netball. Tapi second year ada 2-3 orang je. Hari tu Aflah cakap, 2nd year yang beria nk buat family day ni, sebab diorang nak kuar dah, ni last semester bg diorang. sementara nunggu yang lain, kami pun warming up.

hiyahh! hiyahh!
kami joging kat court, 3pusingan je. then warming up buat senaman2 yang disulami dengan zikrullah. Then?

Kita belajar tarian Poco-poco! Hehe. Ini yang seronok. Nampaknya Ucu hidayatul n Usu Poo_Jan dah master poco2 seh! taniah2! :P

The, ada request nak main chicken dance. Amin@ Ameenah la yg tak tahan tu. Sangat bersemangat! Bagus2. Ini la yang kita cari! Muslimah aktif! heheh. :D

dah ramai2 sikit tu, kami main orang muzik pulak, macam kerusi muzik, tapi rebut iorang, means kena peluk la orang tu. Hehe. Best2, sebab tak pernah2 akak 2nd year nak peluk titibe dapat pelukan ukhuwwah. Alhamdulillah..

Then, main Digital Quran Manual. Banyak betui mainnye ye. Yang ni, kena ingat ayat yang diberi. Kumpul ikut biro, then dapatla setiap satu kumpulan tu, 4-5 potong ayat daripada surah as-Syu'arak. Rasa cam suasana kat DQ ada balik.. Sob3


Malam tu, Maghrib, di surau mahallah Aisyah @ AC. SOlat Maghrib, Hajat sempena exam, baca yaasin dan solat Isyak. Pastu salam widak utuk akak2 tersayang then makan! Hehe. Ada kek chocolate pulak tu. Kebetulan ada hisbah yang anjurkan solat hajat tu, ada la makanan lebih2 dapat kat kami suma. Alahai, rezeki jangan ditolak! Makan besar kami malam tu. hehe.


Alhamdulillah, rasa seronok sangat walaupun pada mulanya hati agak berat untuk pergi. Yela, exam da dekat. tapi bagi orang yang selamba cam saya, tak kisah kot, sebab memang jarang sangat study. huhu. sangat teruk!

Yang agak sedih, ramai yang tak turun, especially sahabiah 1st year la, sebab sama ngan saya kn. Yang ada hal, masyaqqah watsoever, nevermind, nak wat gmana kan. Tapi yang memang tak suka program, nak study fizik la.. Orang lain pun exam jugak kakak.. saya sangat sedih. Sebab dah takde banyak masa da kita nak sama2. Bila lagi nak eratkan ukhwwah yang dijalinkan kerana Al-Quran ni kan? Moga Allah beri Hidayah pada kita semua. Ameen.



Apapun, life must go on. All d best kepada semua pelajar CFS IIUM! Yosh!! :D


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...