Saturday, February 7, 2009

ikan

Hari ini sabtu. Ada exam english td. Lepas habis je exam, ramai sokmo orang pergi bandar. Ada yang ke mid valley, mydin mart, times square, sunway pyramid, low yat dan macam2 lagi. Macam2 ada. Saya? Duduk dalam bilik diam2, buat apa yang patut. Hehe. Tahukah bahawa hari sabat itu juga hari sabtu? ala, eja nama arabnye pun sama. sin, ba, ta. :) Jadi, hari ini?

Hari ini kisah hari sabat.

hari sabat adalah hari ibadah orang Yahudi, yang mana nama itu diambil sempena harinya iaitu hari sabtu. Allah telah menceritakan kisah kaum ini di dalam Al-Quran antaranya adalah dalam Surah Al-A'raaf, surah ke 7.

Dan tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri yang terletak berhampiran laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabat, (yaitu) ketika datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, padahal pada hari-hari yang bukan Sabat ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka disebabkan mereka berlaku fasik. (7:163)

1-Kota Eilah yang terletak antara Laut Merah antara Kota Madyan dan Gunung Sinai
2-Menurut aturan, mereka tidak boleh bekerja pada hari Sabat, kerana hari Sabat itu dikhususkan hanya untuk ibadah.

Once upon a time, ada satu kaum Bani Israil (kini yahudi). Mereka tinggal berhampiran pantai/laut. So, mestilah pekerjaan utama mereka adalah nelayan. Allah perintahkan mereka supaya tidak bekerja pada hari Sabtu, untuk beribadah kepadaNya. Dan bila Allah dah perintah, mesti Allah uji mereka. Macam kita, Allah cakap jangan mengumpat, tapi Allah uji kita dengan selalu bersembang ngan member, cakap pasal manusia, peristiwa dan macam2 la.

Ok, balik pada kisah Allah perintah mereka jangan bekerja (menjala, memancing, mengumpan bla3) pada hari sabtu tu. Nak tahu x, waktu hari sabtu tu la Allah bagi ikan banyak sangat keluar, melompat-lompat atas permukaan laut. Oh! Tercabarnya iman! Ada la satu golongan ni, diorang nak jugak ikan tu. Yela, dahla hari lain susah nak dapat ikan, hari yang disuruh beribadah tu la ikan banyak gile. Seolah-olah melambai kt diorang.



So, golongan yang taknak ikut perintah Allah tu cari helah. Diorang menjala jumaat malam sabtu tu dan angkat jala tu pagi ahad. Huh? Macam2 akal manusia kn. Namun begitu, sama sajalah sikap itu dengan orang yang engkar. Sebab mereka tetap dikira bekerja hari tu, cuma tak turun laut je.

Ada satu golongan menegur golongan yang engkar tu. Mereka nasihat, 'korang ni, Allah kan dah perintah jangan kerja hari sabtu, beribadah je kan. Kenapa korang ingkar ni?' -ayat lebih kurang la.

Dan golongan ketiga pulak,cakap macam kat bawah ni kat golongan ke dua :

Dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata, "Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?." Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa." (7:164)

3-Alasan mereka itu ialah mereka telah melaksanakan perintah Allah untuk memberi peringatan.

Dapat tengok tak, mereka berusaha memberi peringatan agar mereka dapat berlepas dari tanggungjawab yang telah Allah amanahkan kepada mereka.

ganti mereka dengan kita.

kita berusaha memberi peringatan agar kita berlepas dari tanggungjawab yang telah Allah
amanahkan kepada kita. KITA BUAT KE?

Tanggungjawab kita ada 2 yang utama. Sebagai hamba Allah dan Khalifah. Dalam dua tu, ada banyak pecahan lagi. Antaranya amar ma'ruf nahi mungkar. Kita buat ke? Aku buat ke? Oh..

Di mana kita akn ditanyakan di hadapan Allah nanti.. heeee.. haaaa..

Contoh, roomate saya namenye Suliza, saya panggil dia Suli.
Nanti Allah akan tanya saya, 'Sumaiyah, kamu ada tak ajak suli solat jemaah sama2 kat surau?'
Kalau ya, suli akan jawab ya. Maka sumaiyah terlepas dari tanggungjawab tu. Suli join sumaiyah atau tak, itu hal lain. Kalau Suli jawab, 'Takde pun.'
Habislah Sumaiyah! Diazab dengan azab yang keras..

----------------------------------------------------------------------

Rasul--KITA--Umat selepas kita

Dan demikian pula KAMI menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu.. (2:143)

Umat pertengahan di atas mambawa dua maksud. Maksud umum, umat yang seimbang di antara dunia dan akhirat. Dalam kata lain, tidak mengabaikan dunia di samping berbekal untuk Akhirat.

Dan satu lagi makna, di mana kita adalah yang berada di tengah-tengah. Kita berada di antara rasul dan umat selepas. Allah nanti akan bertanya pada kita, 'Apakah telah sampai seruan dari rasulmu?' Kita pasti akan jawab ya. Ada Al-Quranul Kareem dan Al-Hadith.

Namun kelak, umat selepas kita ditanya Allah, 'Apakah telah sampai kepadamu seruan dari Sumaiyah?' -ayat lebih kurang-,, kalau mereka jawab tidak, maka hancurlah saya.

Umat selepas kita tak semesti anak cucu cicit kite je. Ia juga boleh dimaksudkan dengan mereka yang sekeliling kita sekarang. Roomate saya, classmates saya, senior dan junior saya. Masyarakat kita.

Apa yang hendak dijawab nanti andai tanggungjawab tak terlangsai..?

Ya Allah, bantulah kami.

lepasni kite crite surah al-buruj pulak. sebelum tu, bace la kisah ni dulu! Ashabul Ukhdud

3 comments:

Hamas Guy said...

ade 1 persoalan...

'Contoh, roomate saya namenye Suliza, saya panggil dia Suli.
Nanti Allah akan tanya saya, 'Sumaiyah, kamu ada tak ajak suli solat jemaah sama2 kat surau?'
Kalau ya, suli akan jawab ya. Maka sumaiyah terlepas dari tanggungjawab tu. Suli join sumaiyah atau tak, itu hal lain. Kalau Suli jawab, 'Takde pun.'
Habislah Sumaiyah! Diazab dengan azab yang keras.'...

hmm..sy rase awak xkan diazab klau suli ckp takde pon..sbb perempuan x dtuntut solat bjemaah dmasjid...lelaki je yg dtuntot ke masjid..

LOO (o_o) said...

sue mksdkan,kalu kita tak ajak orgbuat baik..kita akan di salahkan akhirt nnt.sama gak r kalu buatbaik sorg,tak peduli org lain..

ucu,best la cite dlm blog ucu.cite ni lect RIM andah cite dalam kelas sem lepas..cite lagi..

SuMaiYaH said...

erm, actually itu kt surau, n i mean surau level 3 kat mahallah aisyah ni ha. hehe. tq hamas guy for reminding :)

Andah,
oho yeke? bestnye! sape lecturer andah tu? ntah2 ucu kenal dok? heheh :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...