Wednesday, February 18, 2009

Gugusan bintang

Al-Buruj (85)

1. Demi langit yang mempunyai gugusan bintang,
2, dan demi hari yang dijanjikan.
3. Demi yang menyaksikan dan yang disaksikan.

4. Binasalah orang-orang yang membuat parit (iaitu para pembesar Najran di Yaman),
5. Yang berapi (yang mempunyai) kayu bakar.
6. Ketika mereka duduk di sekitarnya,
7. Sedang mereka menyaksikan apa yang mereka lakukan terhadap orang-orang mukmin.
8. Dan mereka menyeksa orang-orang mukmin itu hanya kerana (orang mukmin itu) beriman kepada Allah Yang Maha Terpuji,
9. yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Dan Allah maha Menyaksikan segala sesuatu.
10. Sungguh, orang yang mendatangkan cubaan (bencana, membunuh, menyeksa) kepada orang2 mukmin lelaki dan perempuan lalu mereka tidak bertaubat, maka mereka akan mendapat azab Jahanam dan akan mendapat azab (neraka) yang membakar.
11. Sungguh, orang-orang yang mengerjakan kebajikan, bahawa mereka akan mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, itulah kemenangan yang agung.
12. Sungguh, azab Tuhanmu sangat keras.
13. Sungguh, Dia lah yang memulai penciptaan (makhluk) dan yang menghidupkannya (kembali).
14. Dan Dia lah Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih.
15. Yang memiliki Arasy, Maha Mulia.
16. Maha Berkuasa berbuat apa yang Dia kehendaki.
17. Sudahkah tiba kepadamu berita tentang bala tentera (penentang)?,
18. (Yaitu) Fir'aun dan Thamud?
19. Memang orang-orang kafir (selalu) mendustakan,
20. padahal Allah mengepung dari belakang mereka (sehingga tidak dapat lolos).
21. Bahkan (yang didustakan itu) ialah Al-Quran yang mulia,
22. yang (tersimpan) dalam (tempat) yang terjaga (Lauh Mahfuz).

dah baca kisah Ashabul ukhdud? ayat 4 hingga 8 cerita tentang pembesar Najran yang seksa orang beriman, sambungan kisah ashabul ukhdud tu la.

Berdasarkan Tafsir Fi Zilalil Quran, ayat ni diturunkan kerana sahabat pada zaman Rasulullah sangat bersedih kerana mendapat tentangan hebat dari pihak musyrikin. Dengan tak ramai orang nak masuk Islam, sahabat2 rasa sgt down. Allah turunkan ayat ni supaya sahabat tahu pada zaman sebelum mereka, ada kaum yang mendapat cubaan lebih hebat dari apa yang mereka alami. Dan Allah memujuk mereka dengan 10, 11 dan 12. Subhanallah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...