Friday, January 9, 2009

Boycott!!

oleh : Salwa Mohd Saleh

"Umat Islam tidak akan mati kalau tidak minum Coca-Cola"
Tun Dr M.


"Hmm..tu lah...dah cakap lama dah..alhamdulillah, sekarang pemimpin juga bersuara..."

Antara reaksi saya pagi tadi sewaktu membaca wawancara Mingguan Malaysia dengan Tun Dr Mahathir. Topiknya tentu tentang keganasan regim Zionis yang sudah memasuki hari kelapan. Namun yang lebih menarik, Tun Dr Mahathir turut menyeru ummat islam untuk memboikot barangan Israel dan AMerika secara terancang. Sgt berguna, sayangnya versi online tidak availanle. Hanya Mukadimmah sahaja. Untuk wawancara penuh, boleh baca dengan melanggan e-paper atau beli Mingguan Malaysia.


Mukaddimah wawancara Tun Dr Mahathir


Antara yang mahu saya kongsikan:

- Tun menyeru untuk memboikot oenyokong kuat Israel iaitu AS.Israel tidak dapat bergerak tanpa AS.
-Negara-negara Islam terutamanya negara-negara Arab perlu berhenti 'memberi hutang' kepada AS dengan membeli bon mereka. Hasil penjualan bon digunakan untuk membekalkan senjata untuk membunuh saudara-saudara kita di Palestin
- Boikot memamg sukar tapi dapat dilakukan dengan mementukan senarai-senarai tertentu. Tun difahamkan di penduduk selatan Thai tidak meminum Coca-Cola.Kita juga dapat melakukan perkara yang sama.
- OIC tidak dapat melakukan apa-apa, begitu juga negara Islam, yang boleh melakukan sesuatu adalah UMAT ISLAM.
- Tidak melakukan perdagangan dalam US Dollar. Lemahkan ekonomi mereka yang sudah lemah supaya mereka tidak dapat memberi bantuan kepada Israel.

So, what say u?

Masih berdolak dalih? Masih tidak yakin? Saya dahulu sewaktu menulis entry tentang ini... (sila rujuk Jgn Buat Derk! (Boycott Israel) ) dipersoalkan. Macam-macam sikap pesimis yang ditunjukkan tapi saya masih dengan pendirian saya.

Kita mahu jadi seperti burung kecil dalam kisah sewaktu Nabi Ibrahim a.s dibakar hidup-hidup. Kita juga mahu sekurang-kurangnya memainkan peranan walau sekecil mana pun. Amat malang orang yang fikirannya sibuk mengatakan "Alah, bukan dapat effect pun..kalo kita boikot...kita ni kecik aje..bergantung kepada AS"... Ingat, sebiji batu memang tak mendatangkan kemusnahan besar, tapi kalau berlori-lori batu?????

Again, dalam entry tu ada link tentang Fatwa Ulama' tentang Boikot Barangan Israel & Amerika

Saya menyeru, ambillah sikap peduli.Cukuplah dengan kita yang asyik menuding jari...menggoyang kaki.Cukuplah.. Hanya 1 Dollar Aje sebulan...takkan tak mampu????


Dan akhirnya, jika benar2 kesempitan wang, maka berdoalah.banyakkan QUNUT NAZILAH FOR UMMAH .... :)

Allahu'alam

Wassalaam

---------------------

Saya boleh dihubungi untuk sebarang keterangan lanjut tentang Palestin, Israel dan apa sahaja tentang solusi membantu penduduk Palestin.
Hubungi: uwa_chomey@yahoo.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...