Sunday, February 1, 2009

banyak kisah

Selamat Hari Lahir

kepada adikku tersayang Siti Sarah bt Yahya yg genap umurnya 15tahun. Moga dapat menjadi hamba yang taat kepada Pencipta, anak yang solehah kpd ummi dan abi, pelajar yang baik kepada guru2, rakan yang sentiasa bersama di kala duka dan suka. Moga hidupmu sentiasa dalam berkat dan rahmat-Nya! Ameen :)


Teknologi memakan diri

Peristiwa ini terjadi pada saya. Kita tentunya punya rakan yang kita senang bersama. Begitu juga saya. Kadang-kadang bila keluar sama-sama, kita tentunya banyak perkara yang ingin dibualkan. Tapi yang saya perasan, kita selalu menghargai yang tiada di depan mata berbanding apa yang di hadapan kita.

A ke bandar bersama B. B antara yang A sayang, kerana dia adalah adik beradik seusrah A di tempat pengajian yang sama dulu. Tapi, ah, mungkin salah A, mereka seperti tidak begitu mesra seperti selalu. Kerana? handphone. ya, itulah dia. Masing-masing sibuk bermesej dengan orang lain hingga xsedar ada manusia yg wujud bersama. anda sedar? saya tak tahu. tapi ini yang saya dapat lihat dan rasa.

Kadangkala pulang ke rumah, kita sibuk melayan orang di dalam handphone berbanding ibu bapa dan adik beradik kita. kadang-kadang ada yang tidak makan bersama keluarga kerana bersembang dgn kawan di hp. atau makan sendirian di hadapan laptop menonton cerita jepun, korea, atau online YM. Hah.

Adakala waktu yg sepatutnya digunakan utk mengeratkan ukhuwwah sesama keluarga, kawan atau guru telah dicuri dengan gelagat kita sendiri yang mendengar lagu di mp3, atau main gameboy atau apa saja.

sedang jalan2 dengan kakak, tapi saya pasang earphone di telinga, kakak nak sembang pun serba salah. Oh!

Kadangkala saya tak suka akan teknologi, walaupun tidak saya nafikan sumbangannya pada manusia. Adakah kerana saya yang memang tidak mesra menyebabkan orang bosan bersama saya? atau saya menyalahkan teknologi? haha, kadang2 memang berbaloi punya handphone yang tidak punya bluetooth, skrin tak berwarna dan cikai. heh.

entah. hitunglah diri sendiri, ape salah n silap mohon dimaafi .. :)


Kisah derma darah

Alhamdulillah hari tu 28hb Jan, saya dapat derma darah buat kali ke3 dalam hidup secara tak rasmi dan secara rasminya yang ke2 la. hehe. tiba-tiba time tengah syok berbaring, teringat pula yang saya pernah mengidap chikunguya oktober tahun lepas.

'boleh ke aku derma ni?'

ingat nak tanya doktor selepasnya, tapi terlupa.

Then 2 days later, i went back.

'Doktor, kelmarin saya ade derma darah. Tapi baru hari ini teringat nak tanya. Saya kena demam chikunguya bulan 10 hari tu. boleh ke derma?'

Doktor : Kalau demam denggi n chikunguya, after 6 bulan baru boleh derma.

[doktor cakap dgn muka risau sbb darah saya dah sampai ke Pusat Darah Negara, sambil kawan-kawannya pun muka cam xtahu nak buat pe, same as me]

akhirnya, saya kena tulis nama pnuh n no IC so mereka akan check balik darah tu. saya tak pasti adakah mereka akan buang terus darah tu atau mereka akan check kandungannya dulu.

Dapat tengok x, kadang2 bukan sume yang kita nak, kita akan dapat. Be cool la bebeh :)

Sekarang saya sedang menghitung hari untuk menunggu bulan April, so that time i'll be available to donate blood again. Erm, sape2 ade info pasal tempat derma darah sekitar selangor dan perak bulan April nanti, do tell me ya, TQ ! :D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...