Tuesday, December 9, 2014

Siapa aku di Kenanganmu

Salam.
Kadang terfikir, apakah memori diriku dalam kotak ingatan teman teman dan kenalanku. Apakah mereka mengingati aku sebagai orang yang baik,  sombong, ego, kuat cemburu ataukah apa. Majoriti peribadiku negatif atau positif ya. Dahulu sering berfikir fikir mahu mencipta satu set soalan untuk mereka yang telah lama atau baru mengenaliku, sekadar soalan ringkas untuk bertanyakan mereka akan pendapat mereka tentang diriku. Namun semuanya tinggal kemahuan. Jalan sudah ada tapi hanya tinggal anganan. Lagipun jika wujud set soalan seperti itu, aku merasa sangat ingin tahu siapalah agaknya yang sudi menjawab soalan sedemikian. Mungkin bagi sesetengah orang aku ini sudah buang tebiat. Entahlah. Kumohon hidayah dari Allah untukku dan juga kamu. Jumpa lagi inshaAllah.


Tuesday, October 7, 2014

To live within our means..

Source
Gaji tak cukup

Let me share a little story with you.

When I graduated from UTM with a degree in Civil Engineering many years ago, it was difficult to find a job. The local and the global economy wasn’t doing very well. So my friends and I went around looking for whatever job we could find. I went for interviews at fastfood joints, petrol stations, bookshops and one engineering company. I didn’t get any jobs. But we went on looking [and we did not guling-guling on the streets or whine or shout at the government to get jobs for us].

I finally found a job as a research assistant with a salary of RM 400 a month. That’s right four hundred (not four thousand). After one year, my salary increased to RM 600 a month. Another year later it increased to RM 800 a month.

I travelled by bus. I went to work by bus – which meant leaving my rented room at 6:30 a.m. and arriving back home about 7 pm at everyday. – enduring the traffic jams and the thrilling journey on the mini buses. I did not try buying a car – I could not afford it. I didn’t blame the government, the society, my parents, the opposition, George Soros, the Yahudis, etc – it was very simple. I was earning very little and I had to live within my means. If you don’t have money, behave as such. The problems start when people try to live a life beyond their means. [BTW, I managed to buy a second-hand car after three years of working. It was a Datsun 120Y and cost me RM 14000].

For the first 3 years of my working life, I never ate at any fancy restaurants, never owned any fancy toys or tools or gadgets, never went on holidays and never bought any luxury goods. It was very simple lah – I could not afford these things. My philosophy was very simple – you cannot afford it, don’t buy it. I didn’t blame the government, the society, my parents, the opposition, the LGBT, the Singaporeans, Bill Gates, Kim Kardashian, etc.

To top up my income, I gave tuition at night and did part-time translation work during the weekends. Still my total income was not enough to spend on any luxuries. I lived in a small flat along Jalan Tun Razak which I shared with 10 guys. We cooked ourselves or ate very cheaply in the stall around our place. Rice, eggs and sardine was my staple diet for the first 3 years after graduating. Going to KFC or McDonalds was actually a treat – which we did once in a month. BTW, I also managed to complete my Masters degree during this time. Most importantly, I did not borrow money from anyone so that I could enjoy luxuries. No hutang is good.

Of course life started getting better after that. 

The point I want to stress here is that people often forget to live within their means. They forget that if you earn RM 100, you should try to spend RM 90 or less. The problems start when you earn RM 100 and you start spending RM 120. If you cannot afford a car, travel by bus. If you cannot afford to go on holidays, don’t go. If you cannot afford to Starbucks everyday, drink Kopi-O at home. If you cannot afford to eat at the fancy seafood restaurant, perhaps you can learn to cook great seafood yourself.

If you do not live within your means, no one can help you. Regardless whether you earn RM 400 a month or RM 4000 a month or RM 40000 a month, if you do not live within your means, you will suffer.

Have a good weekend, people.

Source

me : Nice one. Let's try to live within our means, jom?

Monday, September 8, 2014

Buat Graduan Muda

Sumber Gambar
Panduan ini khusus untuk graduan muda, yang baru memasuki fasa 7 tahun pertama.
Jadi, selama 7 tahun pertama ini, jadikan 9 langkah mudah ini sebagai panduan hidup.
1. Buka akaun Tabung Haji secepat mungkin. Cukupkan simpanan RM 1,300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin.
2. Sasarkan simpanan sehingga wajib bayar zakat simpanan. Dan terus menyimpan menyimpan dan menyimpan.
3. Cari pasangan yang sudi naik kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu. Sekufu dari sudut minda kekayaan.
4. Jangan beli kereta baru yang mahal-mahal. Graduan yang bijak tak terus beli kereta yang setiap tahun harganya pasti turun.
5. Dah bergatal bercinta, terus lah fikir bagaimana berkahwin tanpa perlu berhutang. Menabung. Elakkan jadi raja sehari seterusnya jadi hamba bank 10 tahun. Kalau tak mahu menabung, jangan langsung berfikir nak mengurat anak dara orang.
6. Beli aset sikit-sikit. secara kecil-kecilan. Apa-apa aset. Bajet khas pelaburan pertama.
7. Buat bajet siap-siap untuk:
Beri duit kepada mak bapak setiap bulan.
Bersedekah setiap bulan.
Melaksanakan ibadah korban setiap tahun.
Wajibkan diri untuk amalkan perbuatan memberi seperti ini sebagaimana kita komited membayar cukai pendapatan kepada LHDN atau cukai pintu kepada Majlis Perbandaran atau cukai tanah kepada Pejabat Tanah.
8. Sediakan bajet yuran pembelajaran pasal urus dan labur duit melalui buku, ebook atau seminar. Barangsiapa yang tak melakukannya bersedialah membayar cukai kebodohan pada masa hadapan nanti.
9. Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks / ngeteh malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai telefon berjenama mahal. Kalau kita tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita ?
Masuk sahaja fasa ke-2, iaitu 7 tahun kedua, tuan pasti tersenyum lebar…


Pendapat peribadi : Peringatan yang sangat baik. Sejak menghadiri pengebumian Opah Som hari tu, saya nampak bahawa harta yang banyak tak membawa ke mana pun. Amal ibadah juga yang dibawa mati. Tak salah kumpul harta tapi hiduplah apa adanya. Sebab sebenarnya apa yang kita ada itu, sebenarnya milik orang lain juga. Jumpa lagi =)

Thursday, April 24, 2014

Berbahagialah :)

Saat kita semua sudah mula meningkat dewasa. Saat umur makin meningkat melepasi 20. Pasti tiada sunyi daripada soal hati.
Walau dinafi sejauh mana. Sibuk dengan society maka tiada masa untuk cinta. Baik dengan pelbagai jantina maka tiada masa untuk cinta. Tidak kenal spesies Adam atau Hawa dengan begitu dekat maka tidak wujud rasa cinta.
Usah dinafi. Sememangnya fitrah manusiawi untuk menyayangi dan disayangi itu ada. Biarkan sahaja perasaan sebegitu. Usah dihalang. Namun pandailah dalam mengawalnya.
Sekalipun sibuk dengan urusan persatuan sana dan sini.
Sekalipun masa habis untuk kerja-kerja dakwah.
Sekalipun budak nerd sibuk dengan tugas-tugas akademik.
Sekalipun muka riang main jongkat-jongkit macam kanak-kanak.
Paling tidak tetap juga berfikir tentang jodoh.
Fikir tentang jodoh itu bukan gatal.
Itu tanda diri sudah makin matang,
You know you are matured enough to think about your own serious life.
The time has come.
Ada hati yang naif tentang cinta.
Ada hati yang sudah kerap terluka kerana cinta.
Ada hati yang baru mahu mula membuka ruang mengenal cinta.
Hati itu banyak rasa.
Dan mungkin antara rasa yang menyakitkan adalah saat cinta yang terluka.
Perempuan.
Tak selera makan kerana lelaki. Normal.
Perempuan.
Emosi jadi tidak menentu kerana lelaki. Normal.
Itu kerana kita manusia. Tiada yang salah dengan rasa yang begitu. Hargai fitrah rasa sebagai manusia.
Bukan satu kisah tentang cinta yang bercerita. Banyak.
Yang bahagianya ada. Namun yang terluka itu lebih banyak.
Sayang. Hidup kita di atas dunia ini bergerak atas setiap ketentuan-Nya. Apabila segala yang berlaku mengikut setiap susunan Allah maka perancangan apa lagi selain aturan Dia yang terbaik?
Kesatlah air matamu. Cukuplah hati itu yakin bahawa Allah tahu yang terbaik dan hanya mahukan yang terbaik buat dirimu.
Soal jodoh itu rumit. Rahsia yang tiada mudah tertafsir.
Terkadang bertemu orang yang baik juga bukan bermakna dia yang terbaik buat diri. Kerana baiknya itu terbaik buat baik yang lain. Baiknya dia tidak bisa melengkapi jiwa baiknya kita. Kerana ada baiknya yang lain yang Allah jadikan yang terbaik buat diri.
Baik namun mungkin gaya pemikiran kita dan dia berlainan.
Baik namun mungkin keluarga dan cara hidup kita dan dia yang berbeza.
Baik namun belum bisa melengkapi dengan cukup sempurna.
Mungkin perjalanan menemui cinta itu mudah. Mungkin jua perjalanan menemui cinta itu memakan jarak masa yang jauh.
Mahu berlari ke arah penjuru mana jua.
Hanya satu yang bisa dikatakan.
Allah knows best.
Ada sebabnya mengapa kita belum diizin bertemu cinta.
Mungkin hati yang belum sedia. Mungkin diri yang belum layak untuk melalui fasa yang lebih jauh. Mungkin tanggungjawab terhadap ibu bapa belum dipenuhi. Mungkin belum pandai mengawal emosi. Mungkin belum bisa ditaklif dengan bebanan kerja yang menimbun.
Banyakkan koreksi diri. Dan perbaiki. Koreksi dan perbaiki. Koreksi dan perbaiki.
Juga satu yang harus kita ingat.
Kita mungkin merancang untuk mendirikan mahligai pada usia 25.
Namun Allah dengan perancangan-Nya mungkin sahaja mengatur untuk memanggil kita di usia 24.
Jangan kerana soal cinta hingga terganggu amalan dan ibadah.
Jangan kerana soal cinta meroboh reda dan percaya akan Dia.
Jangan kerana soal cinta membiar diri rebah dan berada dalam keputus asaan.
Bangkit. Dan pantaslah berlari ke arah-Nya.
Jodoh di dunia barangkali.
Tetapi kematian itu pasti.
.... kerana awak berhak untuk bahagia 


"This is a good sign, having a broken heart. It means we have tried for something."



Tuesday, March 11, 2014

An Achievement :)

Alhamdulillah it was an achievement.
Managed to jogged for 2 rounds of my hostel in 20 minutes.
0710-0730.
5 minutes warming up and 7 minutes cooling down.
(the length supposed to be vice versa).
Then preparing to go to work!
Departed from hostel on 0830.
Ride the bus, arrived at the LRT Gombak,
Go to the supposed station, ride bus again.
and reached the office!

Lama dah plan nak jogging before going to work,
but only today I achieved.
Praise be only to Allah!

Have no feeling to update on FB, Twitter or even Instagram.
Is it because no more happy moments happening?
Maybe. Maybe not.
Just wanna enjoy the life as it is.
May Allah guide me,
and of course you too,
ameen Ya Allah.
See you in a while! 

Sunday, March 2, 2014

Donate Blood

Salam. Hi Again! Hihi. Amboi kemain update kan.
Alhamdulillah Allah has granted my wish to donate my blood. So this morning I went to National Blood Centre or also known as Pusat Darah Negara. Letaknya di Jalan Tun Razak. So before ke sana dah google bagai la, nak usha naik ape semua kan. So lastly I made a decision to use LRT, transit at Masjid Jamek and disembark at Maluri. Situ ada bas B114 yang lalu Jalan Tun Razak. Bertolak dari uia dalam jam 9, sampai sana dalam 11am.

Seronok maaa, of course lain macam yang biasa diderma yang PDN datang kat masjid UIA tu. Kali ni aircond baq hang. Lepastu duduk je memane kerusi, dua2 boleh buat tangan kanan atau kiri. As for me a right handed, I use my left hand to donate blood hoho. Excited betul. Seriouss. Tapi macam barang2 kita dia tak letak atas lap, and blood pine tu pun ade tempat khas, ade dalam gambaq slideshow jap lagi. Lepastu dah habis, makan sodap pulak. Nasi goreng pun dibagi haha. Ape lagi, lunch terus aja laa, sebab breakfast pun dah pukul 8 kat bilik kan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...